SHORT UPDATE #3

hai.

kelas harini semua pun subjek bosan. sumpah bosan dan mengantuk. aku tahan-tahan je mata ni. nampaknya semester ni aku akan selalu bersama cermin mata sebab bila tido dengan cermin mata, mata tak adalah kering. hehe.

bila aku dah mula rasa mengantuk, aku capai tab dulu. tujuannya adalah untuk buat apa-apa aktiviti yang boleh hilangkan rasa mengantuk. dannnnn.....apa yang aku buat dengan tab tu? aku melukisssssss... sesapa yang terlintas kat kepala aku, aku main lukis je... ni adalah hasil istimewa aku tau untuk korang yang bertuah... hahaha.

ni junior aku yang lukis. kurang asam punya alan! haha
sebenarnya aku ada lukis rumet aku tp dia lukis diri dia sendiri. haha

abe we...igt tak mesej aku dalam kelas tadi? kpop = krim pop = krim yang nenek aku pakai. hahahahaha
korang sangat bertuah sebab lepas je aku lukis korang ni kan, aku rasa tambah mengantuk lalu tido. korang memang buat aku mengantuk la..hahahah

bui bui! :)