DIA IDOLA SAYA :)

hai.

asalkan hujung minggu kehidupan aku mesti jadi bosan. nak kan pulak aku terpaksa 'ikat perut yang tak buncit ni' daripada keluar ber'ulala ulale'. serius aku nak 'ikat perut yang tak buncit ni'! TEKAD! (tekad selalu nak manis je tapi bukan buat betul-betul pun) haha. KALI NI AKU SERIUS. LAIN KALI JE AKU TAK SERIUS. haha.

bangun tido tadi aku dah tak tau nak buat apa. rumet aku pulak dah keluar pergi beli barang untuk jualan pandu puteri. aku seorang je la tinggal kat bilik. tiba-tiba....aku teringat n tau apa yang perlu aku buat... hehe.

disebabkan haritu printer aku dengan babang, so, aktiviti print gambar-gambar terpaksa dibantutkan sebab aku malas la nak pergi print kat koperasi. mls! =_='

kebetulan pulak haritu ada beli 'giant frame' kat nilai 3. aku apa lagi....print gambar la......... hehe.

at last...dah siap. puas hati tengok gambar sendiri terpampang besar-besar atas meja. lagipun aku ni jenis serabut kalo meja aku kosong dan tak lawa. susun susun sikit barang atas meja...yey! sedap pun mata memandang. tak adalah rasa stress duduk kat bilik sendiri.

disebabkan sekarang ni aku agak sibuk dan penat, aku rasa seronoknya kalo duduk rumah. duk rumah boleh goyang kaki walaupun aku kena jugak kemas-kemas rumah, tolong mak masak. tapi best lagi duduk rumah. ada ruang untuk bernafas. tak payah fikir pasal duit. (sebab mak sentiasa ada duit. sentiasa tolong bayar itu ini. hehe), nak keluar jalan-jalan pun ajak je mak bila-bila masa, internet pun laju. semua pun rasa seronok bila duduk rumah.

tiba-tiba bila dah sibuk dan penat, rasa rindu sangat kat family. baru terlintas...

"ouh betapa penatnya dorang bekerja cari duit untuk aku, babang n amim,"
"ouh betapa dorang sayang duit dorang,"

whatever is, my mum is my idol. aku respect cara mak arrange duit perbelanjaan walaupun mak selalu membebel kat aku pasal kewangan. ye, aku seorang yang boros. sebab tu nak cari laki kaya! haha. elaun aku pun mak yang arrange kan. kalo harapkan aku, memang cepat habis la. memang semua benda la aku nak beli. memang semua orang la aku nak belanja.

tapi kali ni, aku nak cuba arrange sendiri. baru aku hargai betul-betul nilai duit tu. selalu aku tadah tangan je nak duit. hohoho.

nak jadi kayaaaaaaa!

*dulu jadi princess je..sekarang baru aku rasa cmana rasanya tak jadi princess! haha"

No comments: