DEMAM


tak payah tanya aku demam apa. gambar menjawab semua pertanyaan. hahahaha. tengah semangat nih! haha

TAK APA KALAU TAK CANTIK DAN KACAK. JANJI PANDAI PAKAI

hai.

kecantikan, kekacakan adalah subjektif. kita tak boleh nilai kecantikan, kekacakan dan kecomotan seseorang. tapi kan kalau orang tu dah obvious comot, memang comot la kan? hehe

mungkin bagi aku lelaki A kacak, tapi mungkin bagi rumet aku lelaki A tergolong dalam lelaki biasa-biasa je. mungkin bagi aku lelaki B tergolong dalam lelaki biasa-biasa je, tapi mungkin bagi rumet aku lelaki B kacak.

aku ada tanya seorang kawan yang aku lawa ke? dia jawab " kau tak cantik tapi kau sweet"

tak malu kan aku tanya cmtu? haha. memang tak malu pun sebab dia tanya aku dia kacak ke tak. haha.

tapi semua tu tak penting. sebab tu la Allah S.W.T ciptakan semua manusia cantik dan kacak. dan setiap pandangan manusia adalah berbeza-beza. kalau lah sama, kesian lah perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki yang tak cantik dan kacak tu. tak kwin la sampai ke tua. hehe.

dan sebab tu la, kalau kita tengok... perempuan lawaaaaaaaaaaa sangat. tapi bf/suami dia biasa-biasa je. ataupun lelaki dia kacaaaaaaaakkkkk sangat. tapi gf/ isteri dia biasa-biasa je pun.

beruntung tau kapel dengan orang yang kurang kacak atau kurang cantik... sebab..... dapat pahala hasil umpatan orang. hahaha. biar kurang kacak atau kurang cantik di mata orang ramai. janji kacak dan cantik di mata sendiri dan Allah s.w.t.

mak aku selalu cakap " lelaki yang tak kacak ni akan jadi kacak bila pandai dressing." so, pemakaian jugak memainkan peranan yang penting. tapi bagi aku, kalau dah kacak/ cantik, pakai apa pun kacak / cantik.

so, jagalah pemakaian anda. tak perlu pakai seksi-seksi untuk tarik perhatian lelaki. banyak lagi cara lain. :)

sebelum dan selepas. kan aku dah cakap..kalau pandai dressing yang tak lawa pun blh jadi lawa. erk, aku mksdkan suwit. hahaha
p/s: kecantikan dan kekacakan adalah subjektif. kalau dalaman dah kacak/cantik, pasti luaran akan jadi kacak/cantik dengan sendirinya. 

 bui bui! :)
Perempuan yang banyak cakap, dan banyak gelak. Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis, dalam diam.

-that's me-

-

ALAMANDA AGAIN. DUH!

hai. 

u know la kan..aku paling suka tulis cerita pasal aku pergi jalan-jalan. memang sah! dan aku suka jalan-jalan. hehe. dan bila pergi jalan-jalan tak sah kalo tak amik gambar. so, let's the story begin.

seperti yang dah diberitahu dalam post yang lepas, kami cuti 5 hari. dan malam ni aku keseorangan di bilik sebab rumet aku balik putrajaya. aku dah biasa tido sorang-sorang dan tak takut okayyy! 

semalam berkira-kira tak mau pergi alamanda. ouh, u know what. harini kan ada perhimpunan BERSIH kat KL. so, kami ke alamanda sebab tak mau terlibat dengan perkara-perkara yang akan buat kami kena buang maktab. mana tau kan. tak memasal kena tangkap bila TERpergi perhimpunan tu. hikhikhik.

back to the story...

semalam aku berkira-kira tak mau pergi alamanda sebab tujuan utama kawan-kawan aku adalah tengok wayang. dan bad habit aku sekarang bila tengok wayang adalah aku suka tido dalam panggung. dan hal ini sangat tidak berbaloi buat aku sebab aku beli tiket wayang. takkan la beli tiket wayang semata-mata nak tido je kan?

so, semalam masa tengah tengok tv sorang-sorang aku buat decision la. okay, aku keluar! tapi aku dah inform kat kawan aku yang aku tak mau tengok wayang dan masa dorang pergi tengok wayang, aku akan forever alone jalan-jalan cuci mata dalam alamanda tu. yeye la kau kan?!! haha

harini adalah GIRLS DAY. kami berempat. aku, ateh, fiq n iera. supposely rumet aku ikut tapi sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan, dia tak dapat pergi sekali.

saya, fiq, ateh. aku macam seorang kakak la sebab tinggi. hehe
ateh, iera, fiq
sampai alamanda pergi beli tiket. okay fine! ramai gila orang. semua pun macam nak tengok cerita The Avengers. ateh, fiq n iera decide nak tengok battleship tapi aku kan dah tengok cerita tu dengan clasmet aku yang lain. so, aku decide nak tengok The Avengers sorang-sorang. ceh! mula-mula cakap tak mau tengok wayang. last last tengok jugak. sorang pun sorang lah! showtime movie kami sama iaitu pada pukul 3.45 petang.

lepas beli tiket, kami pergi makan. baru nak mula makan, napi datang join kami kat kfc. u know what, aku cm dah lama tak makan kfc. hehe. tujuan napi datang adalah untuk amik tiket wayang dorang yang aku beli. yela, dorang nak tengok waktu malam. nanti habis pulak tiket. dah alang-alang aku beli tiket, baik aku dahulukan dulu duit aku.
kesian fiq rendah. hehe. try again next time, fiq
 next destination is to MPH. ateh & iera nak habiskan baucar buku. ktorang spend time lama gila kat kedai buku. baca buku free. hehe. lepas tu, masuk kedai kasut, masuk kedai baju, masuk kedai itu, masuk kedai ini. napi pun dah naik bosan lalu beliau berhajat untuk pulang. haha. kalau berjalan dengan perempuan, sabar je la ye? perempuan memang macam ni. kalau boleh, semua kedai kat mall tu dorang nak masuk. hehe.

saya suka posing buat-buat baca buku macam nerdy. haha
ouh, ateh, fiq n iera masuk PDI tau. mula-mula tu aku masuk jugak kedai baju tu. tapi sesak sangat keadaan dalam kedai tu, aku pun tunggu kat luar. lagipun aku nak elakkan diri daripada tengok baju-baju. nanti konfem aku TERbeli. baju aku kat bilik dah banyak. satu beg besar lagi! huh!

ya allah, punya kemain lama aku tunggu dorang beli baju dalam PDI. masa tu kan, aku pun terfikir cmtu la kot kan perasaan lelaki tunggu gf masing-masing pergi shopping. lagi naik angin kalau lama kita tunggu orang tu shopping  last last dorang keluar daripada butik dan cakap " tak ada yang berkenan la," hahaha. aku dulu selalu la buat macam tu. hehe. sebab tu aku tak suka pergi shopping dengan bf sendiri. TAPI aku suka pergi shopping dengan abe we. hehe.

ouh, bila dah tunggu lama kat luar butik tu, aku cari-cari la dorang kat dalam butik tu. ouh, ada lagi dalam butik. ingat dah keluar. dan bila dorang keluar, amboih! masing-masing bawak plastic bag. haha.

penat wei tunggu dorang habis beli baju kat PDI :(


macam aku sedang memanah betul-betul la pulak. hehe




at last, ktorang separate masuk panggung masing-masing. aku kan duduk seorang dalam panggung tu dan sebelah aku adalah seorang lelaki. aku tak pandang pun lelaki tu. macam melayu. dia pun solo fighter macam aku lah! haha. tentang cerita yang aku tengok tu, aku rasa cerita tu best sangat tapi part yang nak habis dah la. yang awal-awal tu aku rasa bosan sikit. mungkin sebab aku mengantuk kot. nasib aku tak tertido.

dalam cerita tu, aku paling suka watak Iron man sebab dia dah la boleh terbang, kuat pulak tu. then secondly aku suka pemanah tu. style gila dia memanah. tak pandang masa memanah pun boleh kena. dah la kacak! haha. tapi dia tak boleh terbang. hehe.

lepas dah habis tengok wayang, teman kawan pergi Carrefour kejap sebab dorang nak beli barang. pergi sana. pergi sini. at last bila waktu untuk balik, aku je yang tak ada pegang plastic ke apa. wahhh! hebatnya aku. hehe.
okay, tumpang rehat kat rotiboy. haha

penatlah harini. tapi tetap best sebab dapat jalan-jalan. thanks friends! :)

bui bui!

JADUAL PADAT!

hai.

gambar hiasan. gambar yang menunjukkan aku sedang seronok bercuti. hehe
cuti sudah bermula tapi bagi aku, aku tak boleh cuti. aku kena kerja keras untuk capai sesuatu. apa dia benda tu? adalahhhh..orang yang terdekat je yang tau. hahaha

okay, bulan Mei ni jadual aku penuh sangat dan aku rasa aku akan jadi hitam sebab dua minggu camping. dah la semua pun aktivit berkaitan dengan air. berjemur tengah panas. memang syok lah! tak mau aku keluar rumah masa cuti nanti. hehe

let's check it out!


u see....penuh. dengan nak exam lagi. semester ini sangat tough. sebab banyak gangguan sebelum exam. banyak aktiviti. haish! dan yang paling sedih, aku tak dapat pergi majlis konvo abang aku. 14 Mei tu adalah paper pertama aku.

tapi dalam perbualan aku dengan mak tadi, mak cakap lepas dia balik dari konvo tu, boleh la dia singgah jemput aku kat maktab. aku dapat balik rumah seremban sehari sebab 15 Mei mak n papa nak balik sabah dah. so, aku nak la hanta dorang ke airport. dan adik aku akan stay kat semenanjung sampai lah aku habis exam dan nak balik ke sabah. 

tapi......parents aku tak tau sama ada nak balik semenanjung cuti 25 Mei tu ke tak sebab dorang ada urusan kat seremban. dah la aku baru beli tiket balik sabah. takkan la dorang balik seremban aku tinggal sorang-sorang kat sabah?! sayang la kalau tiket tu burn gitu je. huwaaa... sayangnya duitku... 

dan sebenarnya 4 Mei tu, aku dan batch aku kena pergi BTN. urgh! habis clash dengan aktiviti ktorang nak pergi Johor. tak tau la cmana. ktorang plan nak teruskan je aktiviti ke Johor tu. 

selagi kita hidup, selagi itu kita boleh berharap di samping berusaha
tak sabarnya nak habis exam dan enjoy dan bercuti. hehe. petang tadi borak panjang-panjang dengan mak. gelak-gelak. macam dah lama tak borak dengan mak. mak pun sibuk. macam-macam share dengan mak. besfren aku adalah mak, amim dan boifren aku. tapi aku tak ada boifren. so, besfren aku setakat ni adalah mak dan amim. hehe. aku nak tunggu aku umo 24 tahun baru aku nak ada boifren. boleh caya tak? hahaha. aku pun tak tau. hehe.

p/s: seronok gila conquer tv. dah la boleh tengok channel sesuka hati. hehe. macam tido kat bilik tv ni je malam ni. haha

bui bui! :)

PROGRAM PEMULIHAN KHAS. TO UKM WITH ❤

hai.

minggu ni aku rasa minggu yang sangat ringan. wah! seronok wei hidup di maktab. hehe. minggu ni hari isnin je ada kelas. tu pun 1 kelas je. hari-hari seterusnya ada heaven. cutiiii. hehe. disebabkan kami cuti 5 hari iaitu dari jumaat sampai selasa, aku ingat nak stay kat maktab je. orang lain semua balik. tapi kan.. ada seorang gadis telah menggoda saya untuk keluar ber'ulala ulale'. ouh, macam tak keluar je. sebab baru je bayar Mary Kay. koyak dah purse. haha

btw, MK kita dah sampai dan aku rasa sangat teruja. hehe.kita tunggu dan lihat 30 hari akan datang. kuikuikui

baiklah, harini tak ada kelas TAPI kami kena pergi UKM untuk hadiri program pemulihan khas. kira bestlah jugak sebab boleh jumpa orang lain. i mean, boleh cuci mata tengok budak UKM. lagipun aku tak pernah lagi masuk UKM.
ceramah tu berlangsung kat dewan apa entah. tapi dekat Fakulti Pendidikan. dan audiens yang hadir adalah pelajar-pelajar UKM fakulti pendidikan. lebih spesifik adalah pelajar yang ambil kos pemulihan khas macam kami. hehe.

program tu sekejap je. actually penceramah yang bagi ceramah tu adalah penceramah yang pergi bagi ceramah kat kami tentang pemulihan khas. tapi lokasi dia berbeza. haritu dekat IPG Kampus Pendidikan Bahasa Melayu. so, isi yang disampaikan adalah lebih kurang sama dan semuanya teori-teori yang ktorang blaja kat maktab. ceh! bajet banyak ilmu. haha.

anak sape la yang tembam kat belakang tu. ya ampun!

classmates yang comel-comel. boleh pilih nak yang mana satu. haha
 10 minit pertama tu iye la aku khusyuk dengar orang bagi ceramah. 10 minit kemudian, tangan aku dah gatal nak main game. hikhikhik. lepas main game, main amik-amik gambar la pulak. bluetooth gambar dengan lecturer, online. download itu ini. tengok tengok dah habis dah program. wah wah wah. untung bangat sih! haha


u know what, aku rasa macam nak tergelak. masa tengah bluetooth gambar dengan lecturer, boleh pulak satu kelas tengok aku dengan lecturer. pastu siap cakap "untung la ada geng iphone," okay fine! aku pelik asal dorang semua tengok-tengok. malu kot aku! huh! haha. pastu lec aku siap suruh download whatapp. whatapp tu tak best la, dr. download la viber. boleh hantar gambar n kol. dari haritu lagi aku pesan kat dia install viber dan dari haritu lagi dia pesan kat aku install whatapp. hahaha

hajat nak amik gambar dengan rumet je tapi tiba-tiba juwe sibuk kat tepi. layan~
bila nak balik maktab, macam rasa sedih la pulak sebab....... habis sudah bha sesi mencuci mata. haha. yela, lumrah manusia suka melihat kecantikan dan kekacakan. suka tengok tak semestinya suka atau jatuh hati. tapi kalo nak terjatuh, nak buat cmana kan. haha. tak mau la yang kacak di mata semua orang. nanti dia jadi lupa diri dan mula tamak. aku selalu cakap dengan aa "orang kacak selalu tamak!" sememangnya! :3

sampai maktab, sesi untuk rehatkan diri. walaupun pergi program sekejap je tapi penat dia tak payah cerita. macam lari 8 round padang. okay, itu hiperbola sangat!

p/s: masa nak bayar makanan kat kafe UKM tadi, bukak purse ada seringgit je. rumet pun ada lima ringgit. cek punya cek nasib ada RM10 dalam poket purse. fuhhhhh! aku lupa yang duit selebihnya ada kat bilik. hish!

p/s: Happy Birthday to my dear classmate, Iqram Akeef. semoga cepat kahwin! haha

bui bui :)

SHORT UPDATE #11

dah berkurun aku tak bukak formspring.

 hormat-menghormati dalam sesuatu hubungan adalah sangat penting. selagi minat yang dia minat tidak menyalahi akta hubungan (<---- ada ke akta hubungan), kita perlu bagi support kat dia. semakin aku dewasa, aku semakin menghormati minat seseorang. kalau tak nak pasangan halang kita shopping sepuas-puasnya, jangan halang minat yang dia minat sangat. woha!


inspiration : arwah atuk dan paklong. mereka berjaya sehingga mampu beli banyak kereta yang mereka suka. :)


bui bui! :)

BABAI HUBUNGAN ETNIK. JUMPA LAGI MASA RESULT KELUAR (^-----^)

hai.

meh nak cerita sikit. agak klaka la jugak bagi aku. harini kan aku exam subjek Hubungan Etnik.

watak untuk hari ini : juwe dan saya :)
sebelum tu, aku nak bagitau. aku kalau exam, aku takut sangat nak meniru. aku akan jadi terketar-ketar dan merasakan penjaga exam tu perhati kat aku je. so, selalunya bila exam aku memang takkan jeling-jeling orang sebab aku takut nk meniru dan takut nak bagi jawapan bila orang mintak jawapan.

disebabkan hubungan etnik ni aku tak sempat stadi sangat untuk soalan objektif, ada satu dua tiga empat soalan yang aku tak tau. serius! aku tak sempat baca tajuk tu kot. esei dengan subjektif lancar je tapi bila masuk objektif yang ada pilihan jawapan tu, aku jadi, OH MAI! mana satu jawapan ni?

masa exam tadi, sebelah aku tu seorang budak lelaki. clasmet aku. juwe. sebelum exam, dia dah cakap kat aku, share-share la jawapan. so, aku cakap okay. bukak kertas soalan tengok-tengok soalan yang keluar. okay, juwe dah tunjuk-tunjuk kat paper dia jawapan untuk soalan subjektif tentang "Kebebasan Beragama" pasal akta-akta bagai.

dipendekkan cerita lepas kami dua dah siap jawab esei dengan subjektif, juwe jeling-jeling jawapan subjektif aku soalan yang pasal kebebasan beragama tu. dia tenung lama. i guess dia mesti susah nak baca tulisan aku. so, aku pun amik pensel n tulis besar-besar jawapan. pastu hulur kertas tu sikit-sikit kat dia. masa tu, kau jangan cakap la aku tak bergegar! rasa macam gempa bumi! haha

then masa jawab soalan objektif, ada satu soalan yang ktorang dua konfius jawapan dia. juwe cakap jawapan D, aku cakap jawapan B. so, ktorang berbincang la senyap-senyap. main bahasa isyarat. rupanya masa tengah bincang guna bahasa isyarat, ada penjaga kat belakang. memang tak pasan la.

then penjaga tu datang berdiri kat tepi meja aku. ya allah, time tu aku cuak gila. masa tu aku rasa macam "mak aih, memang aku kena tangkap meniru la ni," lama gila penjaga tu berdiri kat tepi aku. dah la masa tu aku tengah bulatkan jawapan objektif nak konfemkan kat juwe. memang mampus! juwe pulak buat-buat tengok atas la, buat-buat tido la. haha.

then, penjaga exam tu pergi kat meja kawan aku. kawan aku tu depan aku je. dia berdiri n perhati ktorang je. aku buat muka berkerut. konon-kononnya tengah berfikir gila la ni. padahal masa tu aku rasa nak tergelak campur takut! cuak!

nasib tak kantoi walaupun macam penjaga exam tu dah syak ktorang tengah bincang guna bahasa isyarat. fuhhhhh!

lepas ni aku tak mau buat kerja jahat lagi. sumpah takut! haha

btw, aku bincang pasal dua tiga soalan objektif je okay. yang lain aku buat sendiri :)

bui bui! :)

BILA LA NAK BERJODOH DENGAN SINGAPORE NI?

hai.

masa kelas subjek Pentaksiran aku sibuk baca Hubungan Etnik. hafal macam nak rak. esok exam dan aku tak mau aku dalam keadaan stresss walaupun aku rasa sekarang aku tengah stress yang memuncak. jadi, aku nak lupakan perkara-perkara yang membuatkan aku stress sebab aku tak boleh dengan gangguan-gangguan seperti tu. macam-macam perkara boleh buat untuk hilangkan stress. dan aku akan berlagak cool supaya tak stress. dan bila aku stress aku akan diam! untuk halau stress tu pergi, aku akan menangis. that's me! :)

im deeply in love with you, etnik! muah!
balik daripada kelas tadi, singgah bilik eka kejap. yela, orang baru balik daripada Singapore. syoknya dia. rasa nak pergi. membuak-buak gila! haha. dengar dia cerita pasal undang-undang kat singapore. baru aku tau kat singapore tak boleh buat sembarangan. nanti kena saman. saman dia bukan alang-alang. $1000 mampus kita nak bayar guna duit RM.
okay fine! eka telah jeles kan aku dengan hanta gambar ni kat twitter.
contoh perkara yang kita buat yang boleh kena saman adalah merokok. so, abe abe yang merokok tak boleh datang singapore. hehe. then, kencing merata-rata. kalau kat malaysia ni kan, kalau dah tak tahan nak kencing, stop kereta kat tepi semak then kencing. kat sana tak boleh! kena saman. meludah jugak akan menyebabkan kita kena saman. DAN.... kita tak boleh duduk saja-saja kat kedai makan kalau tak nak makan kat kedai tu. nanti kena saman! semuanya kena saman. 

tadi ada dapat souvenir sikit daripada eka. thank you. tak stress kejap. hehe. tengok gambar-gambar dalam fon eka, memang lawa la tempat-tempat yang dia pergi. terutamanya kat entrance Universal Studio. 

u see... NO SPITTING! $1000
u see....comel kan kat entrance USS! sukanya dengan candies kat pokok tu. comel!
ni masa ktorang pergi genting last time. tak ingt tahun berapa. but then tmpt ni pun comel!
ouh, tak sabarnya! semester depan kita pulak yang pergi okay, eka! :) nak masuk USS kena sdia RM250. okay, fine! =_='

p/s: nak start kumpul duit! haha

bui bui!

ONCE A SMOKER ALWAYS A SMOKER

hai.

pernah tak rasa kecewa dan sedih dengan orang yang kita sayang? lebih-lebih lagi bila dia buat benda yang kita tak suka? mestilah kan?!!


yes. sangat sedih. aku memang akan sedih kalau nampak orang yang aku sayang MEROKOK depan aku. tak kesah la kawan ke, family ke atau sesiapa. janji dia termasuk dalam list orang yang aku sayang.

luckily dalam family aku tak ada yang merokok. aku bukan nak cerita pasal ada family aku merokok ke apa. jauh sekali pakwe yang merokok. sorry, aku takkan pilih.

jadi, siapa yang merokok sebenarnya ni?

TO BE CONTINUED....:)

HOBI ADA BANYAK. TAPI APA HOBI KAMU?

hai.

sebelum aku sambung belajar, aku nak tanya. semua orang ada hobi kan? tak kesah la hobi yang korang setiakan sangat or hobi persinggahan. yes, semua orang pun ada kan. sama macam aku. hobi aku kadang-kadang boleh bertukar. semua ikut keadaan dan mood.

contohnya hobi aku membaca novel cinta. ouh, masa datang mood yang setahun sekali, memang aku akan habiskan masa dengan baca novel. tak kesah la kat mana pun. kalau boleh membaca novel masa mandi, memang aku akan bawak. masa tu aku takkan pandang-pandang jeling-jeling kt fon dah. lantak kau lah ada 20 mesej 20 miskol pun. haha. tapi bila hobi baca novel tu habis, kau bagi la novel yang ada gambar artis korea pun aku tak mau baca! hehe

ni antara list hobi aku :

  1. paling top sekali adalah pergi jalan-jalan. tak kesah ke mana. janji dapat pergi sesuatu tempat.
  2. shopping. agak tak logik kalau perempuan tak suka shopping. hehe
  3. tidur dalam kereta. hobi yang menempah maut. bukan hobi. bad habit! ish!
  4. menyanyi. sebab tu aku akan sentiasa bawa ipod dalam beg. boleh menyanyi sambil dengar lagu. haha
  5. tengok gambar dan ambil gambar.nak simpan buat kenangan laaaa...
  6. berenang dalam kolam renang. aku tak suka sangat mandi pantai. 
  7. baca buku. hobi ni dah habis mood dah sebab baucar buku dah habis. haha
dan hobi terbaru aku sekarang adalah............. 

tadaaa! saya suka tomato sangat-sangat!!! saya nak jadi comel macam tomato. haha

okay, jom makan tomato macam makan anggur. nyum nyum!

 bui bui! :)

HAJAT DI HATI INGIN BERMAIN LAYANG-LAYANG TAPI JAUH MELAYANG

hai.

selepas bersosial pada siang hari, petang tu aku telah diajak oleh ain untuk pergi main layang-layang. ouh, macam seronok jugak ye. so, dengan cepat-cepat aku pun bersiap.

dah lama tak main layang-layang. dulu masa jadi budak kampung kat kelantan, aku selalu main layang-layang dengan jiran-jiran. buat layang-layang sendiri guna lidi penyapu lidi yang ada kat rumah. lepas tu guna plastik. saletip sikit. dah jadi layang-layang. sebab tu aku kreatif bila dah besar. ouh, perasan! haha. bestnya jadi budak kampung. rindu!

hajat untuk pergi main layang-layang tak jadi. sebab kat tasik cempaka tak ada angin. cuba la bangi ni ada pantai. kan seronok. boleh lari-lari kat pantai perasan kena kejar dengan pakwe. hahaha.

tapi aku tak suka pantai. sebab bila aku nampak pantai, aku akan rasa nak mandi pantai je. tapi aku tak suka mandi pantai sebab nanti aku akan jadi hitam. dan satu lagi...aku akan jadi lupa diri bila nak mandi pantai. aku akan lupa bukak jam tangan dan padahnya jam tangan akan rosak. itulah keburukannnya. haha

disebabkan tak ada angin kat tasik cempaka, kami pun pergi la jalan-jalan kat putrajaya. mana la tau ada angin. boleh jugak main layang-layang. haha. tapi..tetap tak ada. kesian kan :(

selama 3 tahun belajar kat sini, aku tak pasan pun ada jambatan yang unik kat belakang tu. hehe
nampak tak jambatan tu? kat situ kalo lepak malam-malam sangat romantik. haha

akhirnya bila tak ada angin untuk main layang-layang, aku bersama ain n cucut melayang ke alamanda. semua ni salah aku la ni. masa tengah jalan-jalan kat taman kt putrajaya tu, aku terpandang satu family tengah picnic. then ada kek. terus rasa nak makan kek. cis!

sampai alamanda, aku tak beli pun kek. dah makan famous amos terus aku lupakan kek. teman ain usha jam tangan kat swatch. actually dia nak belikan untuk pakwe dia. yela, hadiah anniversay. untung laaaaaaa dah dua tahun. semoga cepat kahwin. aminn...
 #1 Jam yang ain beli. yang warna hitam .tapi aku lagi suka warna putih. smart!
 #2 Jam yang aku berkenan nak beli. jam budak-budak tapi macam suit je aku pakai. comel! 

bui bui! :)

6 EMOTICON YANG MELAMBANGKAN SAYA

hai.

harini jadual aku penuh dengan ceramah je. ceramah.ceramah.ceramah. pagi ceramah. petang ceramah. malam pun ceramah. ceramah waktu malam adalah ceramah tak rasmi dimana aku kena ceramah dengan seorang kawan sebab tak dengar ceramah betul-betul untuk ceramah petang tadi. hadoiii. banyaknya istilah ceramah.

petang tadi hujan lebat gila. aku ingat aku akan ber'kuch kuch hota hai' lepas habis ceramah tadi. nasib rumet aku ada tertinggal payung kat kelas. kalau tak, mesti aku demam balik. dah la nak exam dah minggu depan. :(

pukul 12.30 tengah hari tadi, ada usrah. nasib la usrah aku jenis yang buat sempoi-sempoi je. aktiviti usrah kali ni adalah MELUKIS perwatakan masing-masing. aku suka bab lukis melukis ni. hehe. jadi, aku telah melukis sesuatu yang melambangkan diri aku.



Emoticon Senyum
Ia melambangkan aku. kalau dalam sehari aku tak ketawa dan senyum, orang sekeliling aku akan rasa pelik dan mula berfikir sama ada aku sedang bersedih, moody dan yang sewaktu dengannya. aku juga seorang yang tak serius bagi sesuatu yang tak serius dan akan serius dengan sesuatu yang serius. aku banyak main-main. tapi kadang-kadang aku serius dalam main-main. aku suka dengar cerita lawak. suka mereka cerita lawak. dalam kehidupan aku, aku suka bergembira. aku tak suka meratapi sesuatu yang tak berguna bagi aku. aku selalu ingat pesan mak "delete orang yang tak berguna dalam hidup kita". aku lebih suka buat tak tahu daripada ambil tahu sebab kadang-kadang 'mengambil tahu sesuatu yang tak berfaedah akan menyakitkan hati'. hehe

Emoticon sedih
Ia juga melambangkan aku. aku kadang-kadang tak faham kenapa ada istilah "tak ada mood tiba-tiba" dalam hidup aku. suka-suka hati aku je nak ada mood atau tak. selalunya aku akan jadi malas melayan orang sekeliling aku bila aku tak ada mood. dan selalunya aku akan jadi garang sewaktu aku tak ada mood. untuk mengelakkan aku marah-marah orang, aku suka berdiam diri. tapi sebenarnya dalam kegarangan aku, aku perlukan seseorang yang pandai mengambil hati aku. senang cerita orang yang manjakan aku sewaktu aku tak ada mood. "aku seorang yang manja tau!" haha. hanya orang yang betul-betul rapat je tahu aku seorang yang manja. aku suka dibelai. terutamanya dibelai rambut. woha! haha

Emoticon garang / nakal
Disebabkan aku seorang LEO, aku takkan lari daripada perwatakan garang dan kuat marah. aku memang senang nak marah KALAU aku nak marah dan aku CEPAT sejuk. selalunya aku akan cepat sejuk. so, jangan risau. tapi aku tak adalah suka marah tiba-tiba tak tau hujung pangkal. rules berkawan dengan seorang LEO ni senang je, "dia seorang yang baik hati tapi jangan sesekali buat dia marah. dan dia takkan marah tanpa sebab." so, dah baca kan? konklusinya aku tak suka marah-marah. penat tau marah-marah ni. so, jangan buat aku marah dan marah-marah aku. tapi.. sejak jadi guru pemulihan ni, aku jadi seorang yang bersabar. nakkan pulak ada seseorang yang sangat tenang dan susah nak marah. jadi, aku nak ikut perwatakan dia. hehe

dan aku seorang yang nakal. kadang-kadang kalau datang mood gila, aku akan buat sesuatu yang gila. bukan aku gila. kadang-kadang kalau tengah duduk melangok, tiba-tiba rasa nak makan big apple kat alamanda ke, aku akan pergi ke alamanda semata-mata untuk beli big apple. cmtu la. dan satu lagi, aku suka sangat kacau kawan-kawan. tapi bukan selalulah. ia lebih kepada sakat. sape yang salu kena sakat dengan aku tu, dia faham la cmana cara aku sakat tu. hehehe

Emoticon berserabut.
Itu juga melambangkan aku. aku seorang yang cepat stress. aku seorang pemikir yang kritikal. aku suka berfikir sampai akar umbi. wooohhh! untuk kurangkan stress, aku akan ketawa. aku juga akan stress kalau persekitaran aku busuk ataupun bersepah. sebab tu, sebelum aku tido, aku akan make sure persekitaran aku kemas dan tersusun. kalau tak kemas, aku tak boleh tido dengan lena. kalau tak percaya, boleh temu bual mak aku. aku akan kemas rumah sebelum aku tido. hehe.

Emoticon sedih + air mata.
Ouh, aku seorang yang cepat tacing. aku cepat tacing bila tengok orang menangis. tak kesah la dia menangis sebab apa. bila tengok orang menangis, aku jadi nak menangis. dan aku tak boleh tengok orang sakit yang masuk hospital. lebih-lebih lagi orang yang dekat dengan aku. aku akan rasa nak menangis. sama la jugak bila aku tengok drama ke, filem ke. asal ada part tacing, mata aku akan bergelinang air mata. dan satu lagi, aku tak boleh tengok peminta sedekah ataupun penjual tepi-tepi jalan. aku rasa kesian dan terbayang camana la kalau aku atau family aku berada di tempat dorang. lembut sungguh hati aku. hehe.

Emoticon pemalu.
Aku memang! kalau aku tak kenal, aku akan rasa segan melampau-lampau. serius! kadang-kadang aku takkan bercakap dengan orang tu ataupun akan mengelak daripada terserempak dengan orang tu. sebab tu bila orang tak kenal aku, orang akan cakap aku sombong. bukan sombong. aku cuma segan dengan orang yang aku tak rapat. Bila tiada pilihan dan terpaksa berinteraksi dengan seseorang, aku terpaksa tahan malu dan kena berlagak cool depan orang yang aku segankan tu. tapi bila sekali aku rapat dengan orang, banyak cerita aku nak kongsi. aku suka berkongsi cerita dengan orang. believe me! :)

 dorang yang lain lukis tisu, jubah n meow :)

tak boleh tido masa ceramah pagi tadi. sejuk sangat. kalaulah ada selimut..lagi heaven!
kawan aku cakap muka aku semakin sembuh. alhamdulillah. aku hanya perlu bersabar. Allah S.W.T uji sekejap je. sabar.sabar.sabar. :) dan apa yang paling penting, aku kena kurangkan stress dan kurangkan tengok cermin sebab nanti akan jadi stress tengok muka sendiri. haha. sebab tu bila aku tengok cermin, aku tak pakai spectacle. nanti stress! haha.

gudnite! bui bui! :)

RABU YANG SANGAT RELAX! :D

hai.

harini kelas sangat ringan sebab tak belajar pun. dah kerja aku adalah baca majalah cleo dan majalah seventeen dalam kelas. lepas tu bila ada dressing yang smart, aku akan tunjuk kat abe we. hehe.
kau tengok muka aku yang merah dek jerawat? sedih tau! tapi aku masih mampu bagi senyuman. hahaha
kat kelas tadi, duk borak je. okay, lepas ni aku akan sibuk yang aku sendiri tak tau sibuk apa. sibuk olok-olok je kot. haha. 

ain skema! hohoho
bila bosan. meja akan jadi mangsa. habis semua aku gunting daripada majalah.
 btw tadi masa bosan kat kelas, aku ajak abe we pergi pameran TITAS yang dianjurkan oleh junior. seronok la jugak sebab dapat cuci mata. hehe. cuci mata saje! rupanya banyak jugak muka-muka junior yang aku tak familiar ye. 

patut la aku terbau colok. rupanya kat pokok ni dorang bakar colok.  dalam zon tamadun china la katakan. hehe
rutin pada hari rabu bagi sebelah petang adalah pergi PBSM. nak kawad konon tapi hujan la pulak. langsung tak buat apa-apa. Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) sem ni aku kena bertugas untuk PBSM. kalau ada orang sakit masa sukan, aku kena bergegas menyelamatkan dorang. woooohhhh! entah cmana la nanti tu ye? lama-lama bukan pesakit yang pengsan. aku yang pengsan. hehe

7-10 Mei ni aku akan pergi camping PBSM kat Kem Tasik Biru, Melaka. bila dengar lec briefing pasal camping tu, macam best bunyinya. suka memang suka tapi leceh la pergi camping ni. faham-faham je la kan kalau tido dalam khemah. urgh!

balik daripada camping 10 Mei. exam pulak 14 Mei. memang terbaiklah! apa dia ingat aku otak robot? cmana nak dapat 3.9 ni? nak dapat hadiah daripada amira.. :)

bui bui!

SABAR JELA DENGAN YOU NI...

hai.

tadi pergi kafe untuk beli makanan..

"haa, pakai la ni. bagus ni. pakcik pun dulu muka macam ni bla bla bla.."

aku dengarkan aje apa yang pakcik tu nak cakap. bagi aku, pakcik tu lebih kepada promote produk. haha. dah lali aku dengar orang promote guna itu guna ini. aku layankan aje.

"terlalu banyak orang promote aku guna itu ini. sampai satu tahap aku rasa malas nak dengar," aku cakap dengan seorang kawan.

tulisan seorang cikgu pemulihan sangat lawa. hahaha
KESABARAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA KEMATANGAN. aku bukan nak cakap aku bersabar dengan muka aku tapi kan.... bersabar makan 250g gula-gula lada hitam. ouh!

aduhai...
makanlah gula-gula lada hitam bagus untuk kesihatan anda. erkkk..
setiap hari aku harus/ kena/ wajib makan sebijik. kalau tak makan, nanti entah bila gula-gula tu akan habis. entah-entah setahun akan datang. fyi, aku seorang yang kurang makan gula-gula. bukan kurang tapi lebih kepada tak suka makan gula-gula. kalau orang bagi aku gula-gula, aku akan lebih untuk menolak pemberian tersebut. 

sebab apa? sebab sebaik sahaja gula-gula tu masuk dalam beg aku, aku takkan jumpa lagi gula-gula tu dalam masa terdekat. hahaha. maksudnya, gula-gula tu akan kekal berada dalam beg aku sampai la satu masa bila aku kemas beg aku tu aku akan cakap "aik, sejak bila ada gula-gula dalam beg ni?" ataupun "Ya Allah, dah cair dah rosak dah gula-gula ni," lalu gula-gula yang rosak itu masuk ke dalam tong sampah. haha. kejam kan aku. haha.

tapi gula-gula ni special case. daripada orang yang jarang aku dapat jumpa. kuikuikui. so, lepas ni setiap hari aku akan bawa gula-gula lada hitam kesayangan aku dan tercinta ke kelas. bila rasa mengantuk je aku akan makan gula-gula tu. selalunya paling limit aku makan gula-gula tu adalah sebijik je. tak sanggup makan lebih daripada sebijik untuk sehari. haha.

by the way, thnks kepada amira sebab belikan ai gula-gula lada hitam. amira tau dan faham betapa peritnya aku nak habiskan sebijik gula-gula lada hitam. haha :) apa-apa pun ai still appreciate apa yang aa bagi. jangan risau. ai akan habiskan gula-gula tu sebelum ai grad! hehe :)

bui bui! :)