TO KELANA JAYA FOREVER ALONE

hai.

last Friday i went to Kelana Jaya. alone. forever alone. riding solo. i got something important there. woooh, i can't believe that i'm typing in English for this paragraph! haha.

okay, aku makan belacan. mee belacan. macam 'orang' tu la.. makan mee belacan. mee belacan. haha. so, disebabkan kita makan belacan, kita cakap melayu je la ye. haha.

kalau lah orang tu balik hari ahad, tak de lah aku nak ke kelana jaya untuk suka-suka. disebabkan malam jumaat tu, orang tu inform aku dia balik hari sabtu, aku dah heart attack. kau tau betapa terkejut jantung aku ni lepas baca mesej orang tu? kesian jantung kita tau... :(

kol ann tanya boleh tak hantar "kuih tradisional b.b bangi " esok jugak sebab orang tu balik hari sabtu. dan jawapannya TIDAK BOLEH sebab ann habis kerja pukul 10 malam. nak tak nak, aku terpaksa jadi kereta bergerak ke kelana jaya with love. fuhhh 

ni la kawan aku, ann
tanya polan boleh teman ke tak. polan cakap tak boleh. tanya polin boleh teman ke tak. polin cakap tak boleh. tanya polus boleh teman ke tak. polus cakap tak boleh. semua pun tak boleh :( so, kesimpulannya aku kena pergi sendiri dan berdoa je agar tak ada pape. aku berani tapi kalau boleh nak la pergi berteman. tapi kalau polan,polin n polus dah tak boleh pergi, aku tekad pergi sendiri!

aku gerak dalam pukul 3 petang. aku berkasut untuk senang lari kalau ada pape, pakai spec takut terlelap dalam train nanti mata jadi kering, berbeg galas untuk senang lari dan tak kena ragut, bawak cutter untuk protect diri, bawak air mineral supaya tak haus bila berjalan n makanan sikit supaya kalau aku kena ragut dan tak ada duit, at least aku ada makanan. haha.

mula-mula aku ke kl sentral. otw ke kl sentral, seorang junior aku teman aku. kebetulan pula dia nak ke sana. so, apa kata dia protect kakak senior dia dulu sebelum kakak senior dia seorang diri. aiseseh ayat macam sengal je.

sampai kl sentral aku berdikari sendiri. naik putra dan terus ke kelana jaya. kelana jaya ialah stesen terakhir. ada lapan stesen sebelum sampai kelana jaya. aku sebenarnya mengantuk dalam putra tu tapi aku tahan je. tak mau tido. bad habit. bad habit.

sampai kelana jaya, ann kol suh fetch cab pergi Citta Mall sebab dia tengah buat kek n tak dapat jemput aku kat stesen. alhamdulillah dah sampai pun kat mall tu.

tak ada sape nak tolong amik gambar kite :(
disebabkan kawan aku tu tengah buat kek, dia suruh aku jalan-jalan cuci mata dulu kat mall tu. mall tu cam baru lagi, so, banyak kedai tak bukak lagi. aku lepak kat kedai buku Times je.

ni la tempat ann kerja.
kek ann buat yang sangat comelsssssss
see...semua kek yang korang nampak tu adalah kek buatan tangan ann. jeles la sebab aku tak reti buat kek! ouh, tgk ann yang tengah khusyuk buat kek
brownies ni pun ann yang buat dan sangat sedap!
lepas dah siap semua, ann hantar aku balik ke stesen kelana jaya diiringi dengan kuih tradisional. best borak-borak dengan ann. :) 

ni la kuih tradisional orang b.b bangi makan.. hahahaha

masa naik putra nak balik ke kl sentral, ada seorang lelaki yang aku rasa macam mental sikit kot. dia duduk depan aku. at first dia bercakap sorang-sorang tau. aku ingat dia tengah calling. tapi tengok kat telinga dia tak ada la pulak bluetooth ke pe. then, dia tepuk-tepuk tangan tiba-tiba. macam orang gila. gelak-gelak. serius takut aku nak pandang dia.

masa dalam putra juga, kotak cupcakes ni still okay tau. bila dah naik ktm, habis hancur lebur kotak dan tunggang terbalik cupcakes ni orang duk himpit. :(

at last aku selamat sampai maktab dan aku rasa sangat penat. but then, aku sempat lagi pergi lepak-lepak makan dengan junior aku kt kafe. :)

p/s: aku berjaya keluar seorang diri ke kelana jaya. keberanian aku teruji! haha. lepas ni tak mau keluar sorang pergi jauh-jauh. takut! tapi kalau dah desperate macam ni, dimaafkan. alhamdulillah. thnks Allah sebab lindungi aku sepanjang perjalanan.


*cupcakes kali ni cam kurang comels dan kurang berwarna-warni. dulu punya cuppy lagi comels.


 bui bui :)