HAJAT DI HATI INGIN BERMAIN LAYANG-LAYANG TAPI JAUH MELAYANG

hai.

selepas bersosial pada siang hari, petang tu aku telah diajak oleh ain untuk pergi main layang-layang. ouh, macam seronok jugak ye. so, dengan cepat-cepat aku pun bersiap.

dah lama tak main layang-layang. dulu masa jadi budak kampung kat kelantan, aku selalu main layang-layang dengan jiran-jiran. buat layang-layang sendiri guna lidi penyapu lidi yang ada kat rumah. lepas tu guna plastik. saletip sikit. dah jadi layang-layang. sebab tu aku kreatif bila dah besar. ouh, perasan! haha. bestnya jadi budak kampung. rindu!

hajat untuk pergi main layang-layang tak jadi. sebab kat tasik cempaka tak ada angin. cuba la bangi ni ada pantai. kan seronok. boleh lari-lari kat pantai perasan kena kejar dengan pakwe. hahaha.

tapi aku tak suka pantai. sebab bila aku nampak pantai, aku akan rasa nak mandi pantai je. tapi aku tak suka mandi pantai sebab nanti aku akan jadi hitam. dan satu lagi...aku akan jadi lupa diri bila nak mandi pantai. aku akan lupa bukak jam tangan dan padahnya jam tangan akan rosak. itulah keburukannnya. haha

disebabkan tak ada angin kat tasik cempaka, kami pun pergi la jalan-jalan kat putrajaya. mana la tau ada angin. boleh jugak main layang-layang. haha. tapi..tetap tak ada. kesian kan :(

selama 3 tahun belajar kat sini, aku tak pasan pun ada jambatan yang unik kat belakang tu. hehe
nampak tak jambatan tu? kat situ kalo lepak malam-malam sangat romantik. haha

akhirnya bila tak ada angin untuk main layang-layang, aku bersama ain n cucut melayang ke alamanda. semua ni salah aku la ni. masa tengah jalan-jalan kat taman kt putrajaya tu, aku terpandang satu family tengah picnic. then ada kek. terus rasa nak makan kek. cis!

sampai alamanda, aku tak beli pun kek. dah makan famous amos terus aku lupakan kek. teman ain usha jam tangan kat swatch. actually dia nak belikan untuk pakwe dia. yela, hadiah anniversay. untung laaaaaaa dah dua tahun. semoga cepat kahwin. aminn...
 #1 Jam yang ain beli. yang warna hitam .tapi aku lagi suka warna putih. smart!
 #2 Jam yang aku berkenan nak beli. jam budak-budak tapi macam suit je aku pakai. comel! 

bui bui! :)

No comments: