JAYA JUSCO BALAKONG

hai.

Rabu yang lepas, aku dengan badan yang masih lemah, telah ke Jaya Jusco Balakong bersama tiga orang kawan. cud, ain dan mawa. aku belum lagi baik daripada demam, dah nak pergi jalan-jalan. tujuan kali ni adalah untuk habiskan baucar buku masing-masing.

mula-mula aku memang excited. dah sampai JJ dah masuk Popular, pilih-pilih barang dan tiba-tiba perut aku jadi senak macam dicucuk-cucuk. rasa berpinar-pinar pandangan aku. memang nak pitam. masa tu, memang aku tak kesah kalau aku pitam kat situ sebab ramai orang. nanti orang tolong la kan? aku duduk terjelepok kat lantai dengan bakul. beberapa minit duduk, dah okay sikit. sambung lagi pilih barang. Ya allah..anak sapa la ni. boleh pulak kan lepas pitam sambung shopping. ish ish ish. tapi lepas tu memang mood aku nak shopping lari sikit.

selepas habis shopping kat popular, singgah kedai aksesori perempuan. you know what, at last aku terjumpa jugak cekak besi. aku nak bagi kat somebody. senang la dia main badminton nanti. tak ada lah rambut masuk mata lagi. hahaha. memang tak ada keje kan aku ni belikan orang cekak. haha. rumet aku duk borong banyak gila barang kat kedai tu. agaknya dah lama tak keluar memborong barang-barang perempuan. hahaha.

destinasi seterusnya adalah pergi kedai kasut. ain nak beli wedges yang tapak flat tu. untung la ada pakwe. anniversary tahun kedua. pakwe belanja la wedges sebagai hadiah. okay, agak jeles sedikit la kat situ tapi tak adalah jeles sangat. hahaha. lagipun mak kita ada beli wedges and heel baru untuk kite tauuuuuu?!! ayat sengal gila! haha
aku berkenan dengan wedges flat yang ain beli tu. nak beli jugak tapi no no no! tak boleh beli. mak dah blikn wedges haritu.
orang kat blkg terpaksa dibulatkan sebab menjadi perosak gamba aku. hahah
walaupun sedang sakit, aku mampu bagi senyuman paling lebar untuk kamera. hehe
 dah habis beli barang-barang semua, ktorang pun balik ke maktab. sampai bilik, aku sambung makan tomyam ayam aku yang tak habis sebelum keluar pergi JJ tadi. hikhikhik.

bui bui! :)