SABAR JELA DENGAN YOU NI...

hai.

tadi pergi kafe untuk beli makanan..

"haa, pakai la ni. bagus ni. pakcik pun dulu muka macam ni bla bla bla.."

aku dengarkan aje apa yang pakcik tu nak cakap. bagi aku, pakcik tu lebih kepada promote produk. haha. dah lali aku dengar orang promote guna itu guna ini. aku layankan aje.

"terlalu banyak orang promote aku guna itu ini. sampai satu tahap aku rasa malas nak dengar," aku cakap dengan seorang kawan.

tulisan seorang cikgu pemulihan sangat lawa. hahaha
KESABARAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA KEMATANGAN. aku bukan nak cakap aku bersabar dengan muka aku tapi kan.... bersabar makan 250g gula-gula lada hitam. ouh!

aduhai...
makanlah gula-gula lada hitam bagus untuk kesihatan anda. erkkk..
setiap hari aku harus/ kena/ wajib makan sebijik. kalau tak makan, nanti entah bila gula-gula tu akan habis. entah-entah setahun akan datang. fyi, aku seorang yang kurang makan gula-gula. bukan kurang tapi lebih kepada tak suka makan gula-gula. kalau orang bagi aku gula-gula, aku akan lebih untuk menolak pemberian tersebut. 

sebab apa? sebab sebaik sahaja gula-gula tu masuk dalam beg aku, aku takkan jumpa lagi gula-gula tu dalam masa terdekat. hahaha. maksudnya, gula-gula tu akan kekal berada dalam beg aku sampai la satu masa bila aku kemas beg aku tu aku akan cakap "aik, sejak bila ada gula-gula dalam beg ni?" ataupun "Ya Allah, dah cair dah rosak dah gula-gula ni," lalu gula-gula yang rosak itu masuk ke dalam tong sampah. haha. kejam kan aku. haha.

tapi gula-gula ni special case. daripada orang yang jarang aku dapat jumpa. kuikuikui. so, lepas ni setiap hari aku akan bawa gula-gula lada hitam kesayangan aku dan tercinta ke kelas. bila rasa mengantuk je aku akan makan gula-gula tu. selalunya paling limit aku makan gula-gula tu adalah sebijik je. tak sanggup makan lebih daripada sebijik untuk sehari. haha.

by the way, thnks kepada amira sebab belikan ai gula-gula lada hitam. amira tau dan faham betapa peritnya aku nak habiskan sebijik gula-gula lada hitam. haha :) apa-apa pun ai still appreciate apa yang aa bagi. jangan risau. ai akan habiskan gula-gula tu sebelum ai grad! hehe :)

bui bui! :)

No comments: