HARI SABTU MINGGU NI SANGAT SERONOK!

hai.

semalam which is Sabtu aku bersama dua orang clasmet, Hafiz & Fazlin telah ke LCCT. hafiz telah memenuhi permintaan aku. wah! terima kasih banyak-banyak hafiz. :) so, di sini aku telah menghadap muka ke muka, badan ke badan, kaki ke kaki bersama amira. wah, macam lain jek bunyi tu. haha.

amira dijangka sampai airport dalam pukul 11 lebih. aku dengan hafiz n lin sampai dalam pukul 11.10. aku dah cuak tahap nak pengsan. takut tak sempat lambai dan bagi kuih tradisional je sebab masa dah sampai airport tu, nampak dah bas U amira. masa tu memang rasa separuh 'peras' jugak la. dah la tak ada parking. hafiz pulak suruh aku turun tunggu kat balai ketibaan SORANG-SORANG. lagi rasa nak pitam.


kau tau betapa 'debor' nya aku kat sini?! first time la guna 'debor'. ni pun sebab amira selalu guna istilah tu.sejuk gila tangan aku. untuk hilangkan rasa 'debor' tu, aku pun kol la eka. cakap pape yang patut. sambil tu aku tunggu amira.

aku perhati satu persatu orang yang keluar daripada balai ketibaan tu. ouh, tak ada muka yang biasa aku tengok kat fb. kalau aku nampak muka kawan-kawan amira, at least aku tau jugak dia dah setel ambik beg.

then, tengah cakap dengan eka, okay, i guess nampak somebody yang aku familiar muka dia. kalau tak silap, the guy yang pakai cap. kalau tak silap jugak nama dia kat fb nick hafiz. i guess so. then, nampak coach amira. nampak lelaki cina tinggi,putih-putih. 

sah! memang sah! geng dorang. panik.panik. at last, nampak amira. sempat pulak dia peace. ceh! aku kat sini punya ke main 'debor', dia lak peace peace. haha. aku ingat pesan hafiz sebelum turun kereta tadi... "cool....laki tu cool je. kau kena la cool." okay, aku dah cool sekarang. habis sejuk tangan aku! yeah! cool~cool~cool~

cerita mengenai AMIRA akan disambungkan kat blog AMIRA. 

THIS IS AMIRA.. :)
amira telah belikan aku kek lapis n gula-gula lada hitam. haritu aku main-main je nak gula-gula lada hitam. hambik kau! kan amira dah belikan. makan la kau gula-gula tu. hahaha. kami makan gula-gula sama-sama dan ternyata aku tak dapat habiskan gula-gula tu. aku kalah kepada amira dalam makan gula-gula lada hitam. haha

p/s: seorang kawan aku yang nampak aku kat lcct semalam tanya:

"nik jumpa pakwe ke? nampak nik. tapi ko tak nampak aku pun,"
"eh, bukan pakwe. ala, sori tak pasan la u semalam.."

------------------------------------------

lepas dah selesai semua, kami bertiga pergi makan kat mcdonald nilai. dah lama tak makan mcd dan aku rindu sangat.  makan sambil gosip-gosip dan plan mana nak pergi lepas tu. pandai pulak kan kitorang gosip. 

next destination ialah pergi Alamanda untu ktengok wayang. cerita battleship. ni semua idea hafiz la ni. aku dah la lama tak tengok wayang. so, bila tengok wayang, aku tido! bangun pun bila dah setengah jalan. haha. dorang ingat aku khusyuk tengok wayang tapi aku khusyuk tido. hehe.

sebelum wayang mula, kami kena tunggu sejam. so, habiskan masa kat arcade. main game. aku dengan lin main game shoot basketball n main dengan hafiz jockey pe ntah tu. lepas untuk habiskan token, kami main game tembak-tembak alien. memang klaka tapi sangat syok. yang tak syoknya aku game over dulu dan pemenangnya ialah lin. hehe. sambil main sambil gelak-gelak. 

sebenarnya lepas main tembak-tembak tu, aku nak main game racing. syok gila tengok laki main tapi terlalu ramai lelaki. jadi aku malas main. lain kali je la.

then, kami lepak kat taman kejap sebelum masuk wayang. borak-borak secara rawak. contohnya hafiz tanya aku form berapa aku start pakai tudung full, dia cerita perempuan camana yang dia suka n bla.bla.bla.

aku terpaksa balik awal sebab rumet aku balik maktab dah. so, dia tak ada kunci nak masuk bilik. kesian rumet i tau. 

bile sampai maktab, tengok dia dah tido kat bilik jiran. kejut-kejut dia tak mau bangun. disebakan aku sangat penat hari sabtu tu, pukul 9 malam lagi aku dah tido lepas borak dengan eka. semua incoming calls n messages aku tak dengar pun walaupun tu la volume ringing tone yang paling maksimum. bapak penat aku!

tu je untuk harini. 
bui bui! :)

aa..thnks for the gula-gula n kek lapis. nyum nyum!

No comments: