KETIKA HATI BERKATA LALALALALA

hai.

harini aku memang malas nak buat assignment. ada sikit je lagi. so, seharian aku blogwalking je. ni adalah hasil blogwalking aku. aku jumpa soalan-soalan yang menarikminatakuuntukjawab. hehehe


Apa harapan you apabila berkenalan dengan seorang lelaki yang you suka, untuk saja berkawan atau untuk future husband? 
tengok jugak la. kalo tengah minat tu tiba-tiba lak dia tak padan dengan jiwa raga aku, for sure untuk berkawan je. kalau dia suit dengan jiwa raga aku, for sure for future husband.

Bila you planning untuk berkahwin?
urm...kalau ikut perancangan nak kawin bila dah habis belajar je. dalam umur 25 or 26. kalau jodoh datang awal, apa salahnya kawin awal. haha..

Bagaimana wedding yang you imagine kan, tahap artis ke, vip ke? 
kalau boleh nak se'simple' yang boleh. kalo boleh tak nak bersanding bagai. tak payah nak grand sebab semua tu membazir je. baik duit tu aku guna untuk pergi honeymoon kat oversea. bergantung kepada kemampuan aku dan bakal suami. setiap orang pun ada perancangan sendiri

Adakah you ni anak mak? Atau seorang yang hanya mengikut kata ibu bapa dalam perihal perkahwinan?
senang cerita kalau parents tak suka lelaki tu, aku tak kawin dengan lelaki tu. parents tau apa yang terbaik untuk anak dia. kalau boleh, nak suruh mak je yang carikan. apa yang terbaik bagi mak, itulah yang terbaik bagi aku.

Adakah you ni seorang yang boleh dikatakan sebagai seorang yang keibuan? 
hohoho. tak tau la pulak kalo aku ada sifat keibuan yang aku sendiri pun tak sedar.

Adakah you seorang yang sukakan kanak-kanak? Berapa ramai anak yang you mahu miliki? 
bolehla suka kanak-kanak. but then lebih spesifik, aku suka baby. kalau kanak-kanak tu boleh masuk la jugak. tak mau ramai. 2 orang dah cukup! sorang laki sorang perempuan. hahaha

Apa yang you shopping setiap bulan? 
ikut mood. tapi kebanyakan barang yang dibeli-belah kan adalah kasut dan handbag.

Bagaimana cara your money management? Suka menyimpan duit, atau suka menabung, melabur? 
boros! ada menabung tapi tabung tak penuh-penuh pun. haha. aku kurang menyimpan duit tapi tak delah tak simpan duit langsung.

Adakah you mempunyai hutang dengan mana-mana bank, finance company? 
for sure tak ada.

Apa yang you paling suka lakukan masa lapang? 
pergi jalan-jalan. tak kesah dengan siapa pun. tak kesah pergi mana pun sama ada pergi mall ke, taman ke, pantai. tak kesah. janji aku berjalan. hehe

You suka tidur tak, dan selalu bangun pukul berapa? 
suka. lepas kelas akan tido siang. waktu bangun bergantung kepada tahap keletihan. woha!

Pernah tak you jatuh cinta dengan 2 orang lelaki sekali gus? 
setakat ni tak pernah lagi sebab aku seorang yang lurus bendul setia pada yang satu. (perasan). haha

Adakah you ni boleh dianggap sebagai seorang yang romantik? Suka dimanjakan? Suka berkepit setiap masa? 
mungkin la romantik sebab aku suka suasana romantik bersama pasangan. woha! naluri perempuan semestinya suka dimanjakan. suka dibelai. berkepit setiap masa mungkin suka tp not all the time. nanti cepat bosan. mungkin aku jenis suka buat aktiviti sama-sama dengan pasangan macam main basikal sama-sama?!!

Adakah you mahu pasangan you seorang yang romantik? Jika dia tidak romantik macamana? 
mestilah nak! tapi kalo dia tak romantik pun tak pe. lelaki yang tak romantik ni, kalau sekali dia romantik, sangat sweet! kalau dah selalu romantik pun tak best jugak sebab nanti tak appreciate pulak.

Adakah you ni seorang yang cepat kasihan pada lelaki? 
depends. kalau memang dah dasar tu, buat apa nak kesian? lantak dia la.

Best vacation holiday yang pernah you pergi? 
naik kapal star cruise dengan big family. macam-macam kami buat atas kapal tu. semua pun serba lengkap. macam dalam kapal titanic tu. hehe

Adakah you ni seorang pembersih? Suka mengemas? Pakaian sentiasa berlipat dan barang ditempatnya? 
aku suka mengemas. pakaian sentiasa berlipat dan tersusun. aku seorang yang tak suka dan akan rimas kalo tempat sepah-sepah ni. so, memang lumrah aku akan kemas dulu tempat tu sebelum aku buat apa-apa. kalau mood malas, memang habis sepah la. tapi lepas tu aku akan kemas balik sebelum tido.

Perkara yang you paling benci dalam diri lelaki? 
menipu. full stop!

Perkara yang you paling suka lelaki lakukan untuk you? 
caring all the time :)

Lelaki yang sebagaimana yang boleh buat you rasa teruja? 
teruja? cmana tu eh? kalau lelaki tu sanggup bersusah payah semata-mata untuk aku kot. tacing terus!

Apakah satu hadiah yang paling you suka sekali pernah you terima? 
tahun lepas cincin white gold. tahun ni iphone :)


You suka berkawan dengan ex-boyfriend tak? 
tak adalah suka sangat dan tak ada la tak suka sangat. biasa-biasa je. but then memang kawan gitu-gitu je la. tak rapat. but mostly aku tak kawan sangat dengan ex aku.

You boleh terima tak kalau boyfriend you masih berkawan dengan ex-girlfriend dia? 
boleh terima. asalkan dia tau batas-batas pergaulan dia dengan ex dia. kalau dah menggatal tu, semua perempuan pun tak boleh terima.

Bila you sudah menjadi isteri, suami you nak keluar dengan kawan-kawan lelaki dia, you akan larang tak? 
tak larang. jangan balik lewat sangat dan semua pun kawan lelaki. tapi jangan la tiap malam pun nak keluar lepak dengan kawan. dah kawin dengan aku. bukan dengan kawan. pape pun, masih boleh keluar dengan kawan-kawan.



Bagaimana pula jika ada seorang wanita yang dalam kesusahan, perlukan bantuan suami you. Adakah you akan cemburu? 
kalau orang mintak tolong buat apa nak cemburu? asalkan both of them tau batas-batas. jangan nak menggatal sudah la. memang kena pelangkung dengan aku la nanti. hahaha

Seorang lelaki, sangat suka masakan ibunya, jadi apabila berkahwin, dia akan mengharapkan pasangannya pandai memasak sesedap ibunya, adakah you boleh lakukannya?
insyaallah boleh. usaha tangga kejayaan. hehe. tapi kalo dia teringin nak makan masakan mak dia, jom la kita balik rumah mak sama-sama. tak ada hal punya. :)

What is your favourite movie/songs… suka menonton movie or going for a concert? Mungkin suka tengok teater? 
buat masa sekarang ni tak ada feveret movie sebab jarang tengok muvie n dah lama tak keluar tengok wayang. kalau lagu, currently The One That Got Away by Katy Perry :)

Suka jogging? Exercise? Swimming? 
aku suka swimming. aktiviti feveret bersama kazen-kazen.

Apakah tabiat buruk you? 
 senang tidur dalam kereta. bahaya! kalau naik teksi sorang-sorang, memang menempah maut. haha

Very sure you tidak akan benarkan suami you kahwin lagi seorang, tetapi bagaimana jika dia dan girl tu sudah jatuh cinta… kalau tak kahwin nanti berdosa. So apa solutions dia?
:( sob.sob.sob. kalau berfikiran secara positif, izinkan la dia kawin dengan perempuan tu. tapi semua perempuan pun mesti tak nak bermadu kan? harap-harap tak adalah jadi cmni. nauzubillah..

soalan-soalan ni semua credit to sini

bui bui! :)

:)

hai.

harini adalah due date untuk hantar assignment math. hantar secara individu. disebabkan printer aku bbg dah amik, jadi aku tak ada printer dan terpaksa berebut-rebut dengan budak-budak lain untuk print kerja. ouh! sangat susah.

kantoi aku pakai baju adik aku..ni la kalo bdan kecik. baju adik pun blh muat. hahahah ------>

harini hari jumaat dan pukul 8 pagi lagi aku, kein n abe we dah tunggu depan kedai fotostat. tak bukak lagi. pukul 8.30 baru bukak kedai tu. untuk mengelakkan daripada berebut, aku sanggup tunggu depan kedai! hehe.

bila dah kelam kabut ni, panggil nama orang pun dah tak betul. cam tadi, panggil tini pun dah jadi nini. rumet aku pun same je. daripada panggil aku nik, dah jadi yen lak. sejak bila aku bernama yen ni? haha

at last, dalam kelam kabut nak siapkan assignment untuk hantar, siap jugak. dah hanta assignment, aku pergi kacau abe we. hehe.

minggu depan ada TIGA assignment yang nak kena hantar. nasib ada sikit lagi yang tak siap. fuhhhh. lega!

semalam amim cakap dia pergi shopping dengan mak. wah, jelesnya! kenapa perlu pergi shopping sakan masa aku dah balik sini? sob..sob..sob.. nasib mak i ada beli untuk i jugak tauuu... hehe. thank u! muah!

tak kesah la kasut pape pun. janji ada untuk anak kedua. sekian, terima kasih. hehehe

#btw, tadi tengok cite 7 petala cinta. syahdu nya rasa... hahah#

SHORT UPDATE #9

hai.

harini ada adegan tangkap leleh di mana aku berasa sangat stres! ye, salah satu cara untuk hilangkan stress versi aku. hihi.

harini tak ada mood la nak tulis. tadi pergi jalan-jalan kat metrokajang ibarat pergi melawat kandang kambing je. tak ada yang menarik minat pun. mak aih! hiperbola jugak metrokajang jadi kandang kambing. haha.

makan mcflurry kat mcd tadi pun tak de mood sangat. tengok mr bean pun tak gelak. salu gelak je. dengan pening kepala lagi. huargh! 

mana awak pergi malam ni, mood?
senyuman paling manis yang boleh aku bagi dalam keadaan hilang mood
harini pakai seluar track dengan baju sukan je. boleh pulak serbuk coklat tumpah kat baju n seluar. dah la baju warna kuning. obvious kotor!
#akhirnya aku ikut keputusan seseorang. dah dua hati sangat. baik dengar cakap orang yang lagi tua. hehe#

bui bui! :(

SHORT UPDATE #8

bila semuanya tak kena dengan apa yang kita buat, sila amik jalan alternatif untuk gembirakan diri sendiri.

bila rasa diri sakit, sila ambil jalan alternatif untuk tak pergi kerja harini. woha! haha.

 #aku pening kepala dan mual! tengok ikan lagi mual.#
 bui bui!

TOLONG JANGAN MARAH AKU TAPI AKU SERONOK SANGAT BERADA DI UPM :)

hai.

harini adalah hari pertama berada dan menjadi sebahagian daripada warga UPM. wahhhhh..aku rasa seronok sangat. 

dapat tengok orang ramai. pusing kanan, muka lain. pusing kiri, muka lain, toleh belakang, muka lain dan toleh depan tengok pekerja ice cool yang bajet bos duk sound aku. yeah, terbaik! HAHAHA.

ceh! panas jugak la sekejap tadi. actually dia bukan tujukan kat aku seorang tapi aku dengan ain. tetiba pulak aku yang naik angin sebab sepatutnya dia boleh je cakap lembut-lembut dan bukannya meninggi suara dengan kami yang dah senior n pro buat minuman okayyyyyyyy....apa dia ingat kami berdua ni baru masuk kerja haritu ke? hek mu! haha.

bila dah naik angin, taufiq dah perasan. but then aku teruskan senyum sebab ramai pelajar UPM tengah tunggu air dorang.  mana boleh masam-masam. tak market la aku nanti. hahaha. bapak perasan! haha
ye, mungkin taufiq memang tau aku tengah marah sebab aku tunjukkan kemarahan aku dengan menghentak benda-benda terdekat. haha. 

tapi aku marah kejap je. tak pelah, kau adik kan. aku kakak. aku kena la mengalah. tak pelaaaaa sabar jela...

kat UPM memang sibuk. ramai orang. memang tak sempat nak duduk la. aku ingatkan tak ramai orang dan baru je berhajat konon-konon nak buat analisis kemahiran menulis. ceh! tak sempat pun. tak terlayan pelanggan. haha

dalam pukul 7 cmtu, aku dengan ain jalan-jalan nak tengok kawasan. ada pulak seorang perempuan cina bagi kertas suruh datang pergi dewan sempena Pesta Ang Pau.


btw, tak ada muslim pun dalam dewan tu. kami berdua je yang bertudung. tak ada Melayu pun. semua pun cina. tapi kan, aktiviti-aktiviti yang diadakan kat mana-mana universiti aku rasa menyeronokkan. sangat! aktiviti kat maktab aku sangat terbatas. :( 

disebabkan aku tak reti tulis tulisan cina n pun nama aku ditulis cmni dalam kertas ni, aku mintak dorang yang tolong tuliskan nama aku dalam tulisan cina. seronok seronok!
                                                                                 yeah, tengah sibuk tulis nama aku. Ain Izzati.

kalo orang tu tulis "saya dinosaur" untuk nama aku pun, aku takkn pernah tau kn? hehe
dan...aku rasa perempuan kat universiti lawa-lawa. tapi perempuan IPG lagi lawa. (diskriminasi) hahaha. semua pun lawa..... :)

bila tengok keadaan kat kafe pun, tiba-tiba rasa seronok pulak. kalau orang yang ada boipren satu U, boleh pergi makan malam sama-sama. woohhhh...best best! 

at least sekarang ni aku dah jadi pelajar UPM jugak kan? haha.


 setiap sudut pun kitorang nak amik gambar. macam la dah tak de esok hari. haha

harini aku penat. kau faham? haha.

# tadi kan ternampak sebuah kereta yang buatkan aku ingat seseorang.#
sape la ye yang pakai kereta cmni warna putih ye? hahahaha
kesian tuan punya kereta aku snap gambar kereta dia curi-curi. haha.
bui bui! :)

IKEA :)

Hai.

Harini hari ahad kan? Dan harini aku berhajat untuk rehat kat bilik. Rehat daripada segala-galanya. Ceh, nak rehat saje padahal esok kena hantar assignment Hubungan Etnik. Tapi aku dah siap dah pun. Hehe.

Harini babang nak datang maktab untuk ambil langsir dan printer. Aku pun tak faham kenapa dia tak mau beli printer baru je. Aku la yang susah sebab nanti nak printer kerja semua kena pergi koperasi je. :( sebab aku adik dan dia abang, aku mengalah la sikit.

Dah alang-alang babang datang kan, aku cakap la dengan babang bawak aku keluar kejap sebab aku nak beli barang. Memang pakai selekeh la. nak keluar pergi Warta je pun. Bukan nak pergi KLCC. Haha.

Tiba-tiba bbg hanta mesej n tanya nak pergi makan meatball kat IKEA tak. Wooohhhhh, of coz la nak! Btw, aku ni sangat kesian tau sebab aku tak pernah lagi jejak kaki kat IKEA tu. Haha. On the spot, aku tukar baju. Haha. Pakai kemas kemas skit. Nak pergi jalan-jalan cuci mata ni. Hehe.

Akhirnya sampai jugak. Ramai orang. SALE. Tapi aku rasa aku sangat suka pergi  IKEA sebab barang rumah yang dijual lawa-lawa. Aku suka!
saya dan kak eyma. ya ampun. tembamnya si baju pink tu punya muka.
Tempat makan yang kami tuju tu memang ramai orang sangat. Sambil cari tempat duduk sambil cuci mata. Lepas ni dah tak boleh cuci mata dah. Hahaha. Sengal! 

Untuk ambik makanan yang kita suka, kena tolak troli. Dan troli dia sangat comel. Makanan dia pun sedap-sedap. Lagi sedap kalau abg sendiri yang belanja kan? Hahaha.

meatball. yum yum :)
 Lepas dah makan tu kan, aku nak la pergi jalan-jalan dalam IKEA tu amik-amik gambar kat perabot dia yang comel-comel tapi bbg tak bagi la pulak. Ala, bukan aku selalu pergi IKEA  ni. Entah bila pulak dapat datang situ. Kempunan.....~

Lepas dah kenyang makan, pergi Tesco. Sebelah IKEA ni je. Tujuannya adalah untuk beli barang-barang aku. Disebabkan tinggal kat asrama dan bukan kat rumah, semua barang pun kena ada. Mana boleh nak kongsi-kongsi dengan orang.  Haha.

Otw ke maktab, aku seperti biasa akan tertido dalam kereta. Yeah! Memang itu habit yang sangat tak best dan berbahaya. Haha.

Harini sangat seronok! :)

#ada satu sudut kat dalam IKEA tu yang kita boleh amik pensel IKEA n shopping list untuk shopping dalam tu. Aku amik 2 batang pensel IKEA. Nak buat kenangan laaaaaaaaaaa.... hahaha.#
pensel pun jadi laaaaaaaaaaaa.. hehe

Bui bui!

BABAI SABAH :( HELLO BANGI :)

hai.

at last selamat jugak sampai kat maktab. yeah, memang cinta betul dengan maktab ni. tapi cinta lagi kat rumah. 

BABAI AIR PANAS..BABAI AIRCOND..BABAI MAKANAN SEDAP..BABAI MEOW..BABAI KATIL EMPUK..BABAI INTERNET LAJU..BABAI KERETA..DAN BABAI KAT SEMUA.

sekarang ni, semua pun sama rata. apa yang org beli untuk makan, itu la yang aku makan, air yang org guna untuk mandi, itu la yang aku guna untuk mandi, cmana orang tido, cmtu la aku tido. 

kalau nak balik rumah pun, hujung tahun nanti je la baru balik. tak bestnya jauh dengan suami keluarga. tak seronok. 

*mood sedih dah habis*

sebelum balik sabah haritu, aku bawak 4 beg. lepas je semua. tak ada lebih muatan ke apa. dah lepas cuti ni, beg aku dah beranak jadi 5. bila dah beranak tu, kalau tak menyusahkan aku, tak pe la jugak kan. ni lagi menyusahkan aku. lebih muatan. babang pesan bawak langsir untuk rumah dia. langsir bapak berat. 
 
tak memasal aku kena bayar denda. RM80 kau tau! dengan RM80 tu aku dah boleh buat mas kawin tau. terkejut aku dengar sebab sebelum ni tak pernah kena denda. yang lagi tak boleh bla, duit dapat purse aku memang ada RM40 je. papa pulak sibuk cari parking. kat sapa aku nk mintak duit kalo tak kena pergi bank. cakap kt abg tu untuk pergi amik duit kat bank, dia tak bagi pulak. takut aku lari la tu. cis!

" bang, nak cash jugak ke? saya ada RM40 je ni. guna kad kredit atau debit boleh tak?"
" nak cash. kad kredit boleh tapi lambat la."

muka aku dah panas. siap kipas-kipas dengan tangan lagi. kau tau, punya panas aku time tu padahal dalam aircond. fuuuhhhhhh.... lebih 1kg, bayar RM20. mahal tau!

"sebab awak lawa, bayar RM40 je la."

haa..boleh pulak kan cmtu. hahahaha. lawak! tapi nasib jugak. RM40 pun RM40 la...lega jugak sikit tapi lepas tu purse aku kosong. tinggal duit seringgit2 je. haha. malas nak pergi amik duit kat bank.

papa datang dan papa tanya berapa kena fine. papa bising la jugak sebab tak tambah berat luggage. tapi papa bising bising pun, dia hulur jugak duit. hehehe. thank you, papa. hehe.

aku sempat lagi cakap dengan papa..

"ain nak bayar guna kad kredit yang papa bagi tu,dia cakap lambat la. nak cash jugak,"

mak pun marah aku kena fine.

"kenapa tak cakap je tak de duit? kan free free kena bayar. patutnya tinggalkan je barang yang tak penting."

"semua pun penting mak. :( "

dan sekarang aku sangat penat. penat mengemas. lepas makan tadi pun, aku pergi bilik eka untuk borak-borak. penat.penat.penat. :(

#tak de gamba untuk cerita pasal airport. tak ada jurugambar (adik). haha#

------------------------------------------------------------

btw, terima kasih untuk warga SK Pekan Tuaran. aku sangat seronok berada di sana seminggu. 

me and suli. ni la cenderahati kami berdua dekat sekolah. gambar cun kitorang. boleh guru besar tatap tiap hari. haha.. (tombam nya aku. urgh!)
nak relax-relax dlu la. bui bui! :)

PBS = PERGI BALIK SEKOLAH.. DAY 4

hai.
kebetulan hari ni kami tiga orang pakai baju warna biru. hehe

harini aku terlibat dengan pendaftaran Majlis Tilawah Al-Quran. aku kena handle pendaftaran nasyid sekolah menengah dan sekolah rendah. bila dah terlibat dengan kerja-kerja cmni, aku dah tak rasa macam tengah PBS ke atau praktikum. dah rasa macam dah posting betul-betul. dan sememangnya bila kita dah posting, suasana kat sekolah sangat berbeza dengan keadaan maktab. cikgu-cikgu pun semua yang dah berumur. kalau muda pun, dalam 27,28 ke atas. 

pendaftaran tadi sangat sibuk sampai aku pun dah naik pening. ramai. ouh, yang lawaknya masa pendaftaran tadi, ada seorang cikgu tua panggil aku "kakak". ouh, kenapa kakak? padahal dia dah macam mak aku je. muka aku ni punya la tegang lagi dia panggil aku "kak". hehe. tapi kan, bila kita berkomunikasi dengan guru-guru, aku panggil cikgu-cikgu tu akak je. dah macam kawan-kawan. hihi.

tadi, mak aku suruh aku kawal kelas moral untuk masa dia. kelas moral diadakan kat bilik pentadbiran. dalam bilik pentadbiran tu, ada lagi bilik-bilik untuk guru penolong kanan. mula-mula aku duduk kat sofa tengok murid-murid buat kad. lama-lama tu mata aku makin tertutup. aku pun masuk bilik mak n duduk atas kerusi. LELAP MATA! haha. bila aku dengar suara mak aku, terus aku terjaga n pura-pura tak tido. haha. bapak mengantuk aku. 

balik bilik guru pun sama. tengah buat kerja, tiba-tiba mata rasa mengantuk, lelap la kejap. hehe.

harini aku masuk dua kelas. kelas darjah 5 dan darjah 6. :)

PERGI BALIK SEKOLAH ...PBS.. DAY 2

hai.

aku tak tau kenapa PBS kali ni aku rajin betul amik gambar dan tulis dalam blog. semester lepas aku tak rajin pun tulis entri pasal PBS bagai sebab aku tau orang yang baca mesti bosan. haha.

disebabkan aku tdo agak lewat jugak semalam, pagi-pagi lagi aku dah telan nescafe. nasib jugak kat rumah ada nescafe sebab penghuni rumah ni sangat jarang beli nescafe. kami minum teh je. okay, sepanjang kat sekolah aku tak rasa mengantuk langsung pun. bagus!

tengah khusyuk buat assignment, tiba-tiba ada suruh cikgu suruh aku dengan suli relief kelas. bagi lembaran kerja je dengan dorang. kelas pendidikan muzik.

kalau suruh buat kerja bising je kan. suruh amik gambar lagi bising.
masuk kelas je, cm biasa murid ucap salam.

"baiklah, sesiapa yang dah siap kerja boleh hantar ke depan dan lepas tu jangan buat bising,"

aku ronda-ronda dalam kelas. saja nak tengok-tengok murid dan borak dengan dorang.

"cikgu zati, dia main pemadam,"
 budak tu siap sorok pemadam lagi bila aku datang meja dia. 

"haa, mainlah. tapi jangan buat bising. cikgu dulu pun masa sekolah rendah rajin jugak main lawan-lawan pemadam ni. selalu beli pemadam...bla...bla..bla.."

haha..entah apa-apa la aku ni. boleh pulak kan cerita pasal pemadam dengan murid-murid. haha

(sambung ronda ronda)
"cikgu zati..muka cikgu ni sama la dengan PK 1. cikgu anak Puan Siti Hirawati ke?"

"ouh, yeke sama? tak la.bukan pun,"

"cikgu ni comellah."

ouh, bila budak tu cakap cmtu, aku terus termalu lalu bunga menjadi kembang dan mekar. haha. aku abaikan je apa yang budak tu cakap. nanti perasan pulak. haha
urgh! cikgu baju wrna purple tu bapak lebar senyum dia.
ni ialah suli n aku rasa dia senyum sangat sweet. tuan badan pun sweet. :)
next destination is kami pergi ke bengkel kemahiran hidup. disebabkan Suli amik kos Reka Bentuk dan Teknologi, so, kena la usha-usha bengkel KH. aku singgah sekejap je bengkel tu. masa yang berlebihan tu aku pergi ke kelas sebelah. Kelas Pendidikan Khas.
murid tengah buat projek pasu bunga
sibuk dengan subjek major..kemahiran hidup.
terus terang ni la pertama kali aku berinteraksi dengan murid-murid pendidikan khas. DAN.. mereka sangat menakutkan aku sebab aku tak biasa, tak pernah datang dekat, bermesra or apa-apa je la dengan mereka yang berpendidikan khas.

kat kelas tu ada 3 orang down-syndrome, seorang terencat akal, autisma, disleksia, hiperaktif n beberapa masalah yang aku tak find out.

he is Sabaruddin.
Branley Tan. aku rasa dia ni autisma sebab cikgu cakap dia tak pernah bercakap. jerit je paling kurang suara yang dia keluarkan
murid yang membelakangi tu ialah Johan. budak ni disleksia. yang nampak gigi tu murid terencat akal. aku dah lupa nama dia. budak tu selalu senyum tak kira apa-apa situasi pun.
seorang budak down-syndrome adalah seorang kaki pukul dan kuat meludah. seorang lagi kaki lucah. dan seorang lagi aku tak tahu sebab budak tu tak datang kelas harini.

aku borak-borak dengan cikgu pendidikan khas tu. cikgu tu cakap, budak yang kaki lucah ni, dia suka mengada-ngada dengan orang yang baru dia nampak. so, tak boleh lembut sangat. nanti naik minyak. mula-mula dia akan mula sentuh-sentuh cikgu dan bila dah naik minyak, dia boleh sampai meraba cikgu. bahaya! dan murid ni suka melakukan aksi 18SX di kelas.

bila tadi budak tu angkat kerusi dia nak duduk sebelah aku, aku dah panik. berdebar. sebab takut jadi apa-apa. tapi kan sebenarnya budak ni dia nak perhatian dan kasih sayang. 

aku rasa kesian bila dengar cerita cikgu pendidikan khas yang budak kaki lucah ni, dia selalu kena pukul dengan mak dia. kena lempang, kena tunjal kepala, kena pijak. memang dah biasa. sampaikan cikgu pendidikan khas tu hampir bergaduh dengan mak dia tengok mak dia buat anak dia cmtu. dah la semalam budak tu kena  lempang dengan kasut sekolah dia. alasannya sebab apa? sebab stokin budak tu hilang sebelah. kesian. :(

sebelum balik tadi, budak tu peluk n salam. lepas tu aku terus ke tandas untuk basuh tangan. bukan apa tapi budak tu dah korek hidung. HAHAHAHAHAH. aku tengok dorang balik n lambai-lambai dorang. :)

tu je pengalaman untuk hari ni.

#balik rumah petang tadi lepas keluar dengan mak, adik aku buat kek. red velvet. ouh, sedapp!! aku suka. yum yum.. sampai terbawa dalam mimpi tau kek tu. hihi #


                            tahniah amim..anda layak ke peringkat seterusnya dalam masterchef. haha

bui bui :)

PBS = PERGI BALIK SEKOLAH

hai hai!
i'm back again :)

harini merupakan hari PBS pertama untuk semester tiga. disebabkan cuti seminggu aku asyik tido lewat je, bila nak PBS ni kena bangun pagi-pagi kau tau?! pukul 5.15 pagi papa dah bukak pintu bilik aku suruh bangun.
aku seorang yang cerewet bila nak jadi cerewet dalam pemakaian. kalau rajin, aku akan cerewet, kalo malas, aku akan jadi cacing kerawet. hahah
*gambar malam sebelum hari pbs*



PBS aku kali ni, aku dah tak keseorangan. ada seorang budak maktab teknik dan dua orang pelajar semester 5 praktikum. so, ada jugak kawan nak borak-borak. memang banyak perbezaan antara maktab aku dengan maktab-maktab dorang. contoh terdekat adalah pemakaian seluar jeans. hehe.

dari kiri :: merrylyn (praktikum), suli (pbs) n andreas (praktikum)


sampai je sekolah tu, ada beberapa keping gambar aku snap secara sukahatimakbapakaku. hehe

cikgu Nik Ain Izzati
mum :)
gamba sapa la ni ada dalam bilik mak aku. haha
serius hari pertama PBS aku rasa sangat mengantuk. pagi-pagi lepas buat assignment mak, aku tengok running man. tengah tengok running man tu, boleh pulak aku terlelap. tak senonoh betul padahal depan meja aku tu ada beberapa orang murid sedang amik exam. hihi.

masa balik, aku terjumpa murid pemulihan. wah wah wah. nakal ye murid aku ni. tapi murid tu sempat lagi pesan kat aku. "cikgu, nanti kita jumpa lagi ye? cikgu masuk kelas ye?"

nak tau sebab apa? sebab masa aku tanya dia darjah berapa dia cakap darjah dua dan  kelas pemulihan. hoho. ngam sangat la tu. "esok cikgu jumpa kamu." hehe

tengah duduk-duduk kat kantin, tiba-tiba ada sorang murid datang tegur aku dengan sorang kawan aku. "hai cikgu," terus datang salam aku. baiknya.  budak darjah dua jugak. 

balik dari sekolah dalam pukul 2 petang sebab nak kena tunggu my mum siapkan kerja. balik rumah, mandi mandi semua, tengok cite cina n tertido. memang penat betul harini. bangun tadi pun tak bermaya.

ingatkan petang tadi nak pergi amik gambar pasport. disebabkan penat, aku terpaksa korbankan dulu hal untuk harini. penat.penat.penat. esok la pergi amik gambar pasport.

#kat kantin tadi kan, patutnya makcik kantin tu kena la panggil aku cikgu, tapi dia panggil aku dan kawan-kawan aku nong la pulak. buruk kot nama tu. :( #

#tadi kan adik aku suruh bawak dia pergi kedai sebab nak beli bahan untuk buat kek. disebabkan kereta auto mak ada dalam garaj n susah aku nak bawak keluar kereta tu sebab kereta papa blocking, aku terpaksa bawak kereta manual. sampai jugak tau. terasa pro walaupun ada dua kali mati kat tengah jalan tdi. haha. nasib tak ada kereta lain tau! kalau tak, mau panik aku dalam kereta tu. hihi#
hati berkata mahu menunggu selagi mampu.
hati kecil pula terasa macam bodoh.

PERGI KLINIK HAIWAN HANTAR LABU

hai.

aktiviti bersama famili harini ialah hantar kucing yang bernama Labu ke klinik. nak pergi cuci telinga dia supaya dia dengar sikit bila ktorang panggil nama dia. hahaha.

untuk tunggu Labu cuci telinga, kena tunggu 2 jam sebab ada anjing tengah buat operation. patah kaki. hehe. so, ktorang tinggalkan Labu kat klinik dan pergi cuci mata kejap. but then, papa nak pergi makan pisang goreng kat gerai feveret dia. layankan aje. hehe.
then, ikut mak kejap ke kedai emas. aku usha-usha cincin white gold. actually cincin w/g aku dah ntah ke mana. aku dapat hadiah bday daripada somebody. tapi cincin tu dah ntah ke mana aku letak. so, kena cari balik dalam beg mekap mak, amim, laci-laci dalam bilik aku.
labu dah kena inject. so, dia akan jadi mamai untuk beberapa puluh minit.
aktiviti malam pulak aku bertungkus lumus siapkan assignment. tak tenang aku fikri pasal assignment. nasib dah hampir siap semua. hehe. terer kan? hahaha

rasanya dah boleh tido lena malam ni.. 

#hati-hati pergi ganu, awak! :)#

bui bui!

1 BORNEO :)

hai.


semalam dah pergi Centre Point kan? harini pergi 1borneo la pulak. kebetulan pulak nak hantar abang ke airport. dah kurang satu ahli keluarga tau.. T____T

mak dalam kereta dah mengadu dengan papa cakap selipar dia dah nak putus n bla.bla.bla.. so, untuk puaskan hati masing-masing, lepas hantar babang kat airport, kami terus ke 1borneo. kirenya kat Sabah ni, 1Borneo ni la shopping mall yang paling handal. haha

disebabkan mak dan amim masing-masing nak beli selipar tinggi n kasut, aku pun terpaksa la menyibukkan diri dengna memilih apa-apa yang aku berkenan kat bahagian kasut tu. aku ada berkenan dengan satu sandal ni. bila aku pakai saiz 7, dia macam ngam ngam je dengan kaki tapi kaki aku cam terlebih la pulak sikit daripada sandal tu. bila pakai saiz 8, okay..tapi sebelah kanan pulak yang longgar. dah jem aku sebab tak selesa pakai sebelah longgar. last last aku tak amik pun sandal tu walaupun lawa. sedih!
yang pink tu dah menambat hati aku.... ouh...
kau tengok! aku dah siap try nak beli punya pasal. tapi hampeh! :(
 dah merajuk dengan diri sendiri. aku ingat tak maulah beli sandal ke apa ke. tengah duduk mesej, tiba-tiba terpandang satu heel warna turquoise. on the spot mintak saiz dan..... it suits me well! suka.suka.suka.suka!

then, mak dengan amim beli baju. kali ni aku malas nak beli baju. malas nak pilih. macam magic je sebab aku jadi malas nak beli baju padahal aku sangat rajin beli baju sampai mak pun marah. haha.

"kakak tak nak beli baju ke?"
"tak nak la,"

wooooo...cam tak percaya jawapan aku. haha.
amik gamba dengan naga skit.. hehe
aku ingatkan aku yang paling tinggi. rupanya ada lagi yang lebih tinggi. haha
balik rumah rasa rindu dengan lula... :(

bui bui! :)