IKEA :)

Hai.

Harini hari ahad kan? Dan harini aku berhajat untuk rehat kat bilik. Rehat daripada segala-galanya. Ceh, nak rehat saje padahal esok kena hantar assignment Hubungan Etnik. Tapi aku dah siap dah pun. Hehe.

Harini babang nak datang maktab untuk ambil langsir dan printer. Aku pun tak faham kenapa dia tak mau beli printer baru je. Aku la yang susah sebab nanti nak printer kerja semua kena pergi koperasi je. :( sebab aku adik dan dia abang, aku mengalah la sikit.

Dah alang-alang babang datang kan, aku cakap la dengan babang bawak aku keluar kejap sebab aku nak beli barang. Memang pakai selekeh la. nak keluar pergi Warta je pun. Bukan nak pergi KLCC. Haha.

Tiba-tiba bbg hanta mesej n tanya nak pergi makan meatball kat IKEA tak. Wooohhhhh, of coz la nak! Btw, aku ni sangat kesian tau sebab aku tak pernah lagi jejak kaki kat IKEA tu. Haha. On the spot, aku tukar baju. Haha. Pakai kemas kemas skit. Nak pergi jalan-jalan cuci mata ni. Hehe.

Akhirnya sampai jugak. Ramai orang. SALE. Tapi aku rasa aku sangat suka pergi  IKEA sebab barang rumah yang dijual lawa-lawa. Aku suka!
saya dan kak eyma. ya ampun. tembamnya si baju pink tu punya muka.
Tempat makan yang kami tuju tu memang ramai orang sangat. Sambil cari tempat duduk sambil cuci mata. Lepas ni dah tak boleh cuci mata dah. Hahaha. Sengal! 

Untuk ambik makanan yang kita suka, kena tolak troli. Dan troli dia sangat comel. Makanan dia pun sedap-sedap. Lagi sedap kalau abg sendiri yang belanja kan? Hahaha.

meatball. yum yum :)
 Lepas dah makan tu kan, aku nak la pergi jalan-jalan dalam IKEA tu amik-amik gambar kat perabot dia yang comel-comel tapi bbg tak bagi la pulak. Ala, bukan aku selalu pergi IKEA  ni. Entah bila pulak dapat datang situ. Kempunan.....~

Lepas dah kenyang makan, pergi Tesco. Sebelah IKEA ni je. Tujuannya adalah untuk beli barang-barang aku. Disebabkan tinggal kat asrama dan bukan kat rumah, semua barang pun kena ada. Mana boleh nak kongsi-kongsi dengan orang.  Haha.

Otw ke maktab, aku seperti biasa akan tertido dalam kereta. Yeah! Memang itu habit yang sangat tak best dan berbahaya. Haha.

Harini sangat seronok! :)

#ada satu sudut kat dalam IKEA tu yang kita boleh amik pensel IKEA n shopping list untuk shopping dalam tu. Aku amik 2 batang pensel IKEA. Nak buat kenangan laaaaaaaaaaa.... hahaha.#
pensel pun jadi laaaaaaaaaaaa.. hehe

Bui bui!

No comments: