KETIKA HATI BERKATA LALALALALA

hai.

harini aku memang malas nak buat assignment. ada sikit je lagi. so, seharian aku blogwalking je. ni adalah hasil blogwalking aku. aku jumpa soalan-soalan yang menarikminatakuuntukjawab. hehehe


Apa harapan you apabila berkenalan dengan seorang lelaki yang you suka, untuk saja berkawan atau untuk future husband? 
tengok jugak la. kalo tengah minat tu tiba-tiba lak dia tak padan dengan jiwa raga aku, for sure untuk berkawan je. kalau dia suit dengan jiwa raga aku, for sure for future husband.

Bila you planning untuk berkahwin?
urm...kalau ikut perancangan nak kawin bila dah habis belajar je. dalam umur 25 or 26. kalau jodoh datang awal, apa salahnya kawin awal. haha..

Bagaimana wedding yang you imagine kan, tahap artis ke, vip ke? 
kalau boleh nak se'simple' yang boleh. kalo boleh tak nak bersanding bagai. tak payah nak grand sebab semua tu membazir je. baik duit tu aku guna untuk pergi honeymoon kat oversea. bergantung kepada kemampuan aku dan bakal suami. setiap orang pun ada perancangan sendiri

Adakah you ni anak mak? Atau seorang yang hanya mengikut kata ibu bapa dalam perihal perkahwinan?
senang cerita kalau parents tak suka lelaki tu, aku tak kawin dengan lelaki tu. parents tau apa yang terbaik untuk anak dia. kalau boleh, nak suruh mak je yang carikan. apa yang terbaik bagi mak, itulah yang terbaik bagi aku.

Adakah you ni seorang yang boleh dikatakan sebagai seorang yang keibuan? 
hohoho. tak tau la pulak kalo aku ada sifat keibuan yang aku sendiri pun tak sedar.

Adakah you seorang yang sukakan kanak-kanak? Berapa ramai anak yang you mahu miliki? 
bolehla suka kanak-kanak. but then lebih spesifik, aku suka baby. kalau kanak-kanak tu boleh masuk la jugak. tak mau ramai. 2 orang dah cukup! sorang laki sorang perempuan. hahaha

Apa yang you shopping setiap bulan? 
ikut mood. tapi kebanyakan barang yang dibeli-belah kan adalah kasut dan handbag.

Bagaimana cara your money management? Suka menyimpan duit, atau suka menabung, melabur? 
boros! ada menabung tapi tabung tak penuh-penuh pun. haha. aku kurang menyimpan duit tapi tak delah tak simpan duit langsung.

Adakah you mempunyai hutang dengan mana-mana bank, finance company? 
for sure tak ada.

Apa yang you paling suka lakukan masa lapang? 
pergi jalan-jalan. tak kesah dengan siapa pun. tak kesah pergi mana pun sama ada pergi mall ke, taman ke, pantai. tak kesah. janji aku berjalan. hehe

You suka tidur tak, dan selalu bangun pukul berapa? 
suka. lepas kelas akan tido siang. waktu bangun bergantung kepada tahap keletihan. woha!

Pernah tak you jatuh cinta dengan 2 orang lelaki sekali gus? 
setakat ni tak pernah lagi sebab aku seorang yang lurus bendul setia pada yang satu. (perasan). haha

Adakah you ni boleh dianggap sebagai seorang yang romantik? Suka dimanjakan? Suka berkepit setiap masa? 
mungkin la romantik sebab aku suka suasana romantik bersama pasangan. woha! naluri perempuan semestinya suka dimanjakan. suka dibelai. berkepit setiap masa mungkin suka tp not all the time. nanti cepat bosan. mungkin aku jenis suka buat aktiviti sama-sama dengan pasangan macam main basikal sama-sama?!!

Adakah you mahu pasangan you seorang yang romantik? Jika dia tidak romantik macamana? 
mestilah nak! tapi kalo dia tak romantik pun tak pe. lelaki yang tak romantik ni, kalau sekali dia romantik, sangat sweet! kalau dah selalu romantik pun tak best jugak sebab nanti tak appreciate pulak.

Adakah you ni seorang yang cepat kasihan pada lelaki? 
depends. kalau memang dah dasar tu, buat apa nak kesian? lantak dia la.

Best vacation holiday yang pernah you pergi? 
naik kapal star cruise dengan big family. macam-macam kami buat atas kapal tu. semua pun serba lengkap. macam dalam kapal titanic tu. hehe

Adakah you ni seorang pembersih? Suka mengemas? Pakaian sentiasa berlipat dan barang ditempatnya? 
aku suka mengemas. pakaian sentiasa berlipat dan tersusun. aku seorang yang tak suka dan akan rimas kalo tempat sepah-sepah ni. so, memang lumrah aku akan kemas dulu tempat tu sebelum aku buat apa-apa. kalau mood malas, memang habis sepah la. tapi lepas tu aku akan kemas balik sebelum tido.

Perkara yang you paling benci dalam diri lelaki? 
menipu. full stop!

Perkara yang you paling suka lelaki lakukan untuk you? 
caring all the time :)

Lelaki yang sebagaimana yang boleh buat you rasa teruja? 
teruja? cmana tu eh? kalau lelaki tu sanggup bersusah payah semata-mata untuk aku kot. tacing terus!

Apakah satu hadiah yang paling you suka sekali pernah you terima? 
tahun lepas cincin white gold. tahun ni iphone :)


You suka berkawan dengan ex-boyfriend tak? 
tak adalah suka sangat dan tak ada la tak suka sangat. biasa-biasa je. but then memang kawan gitu-gitu je la. tak rapat. but mostly aku tak kawan sangat dengan ex aku.

You boleh terima tak kalau boyfriend you masih berkawan dengan ex-girlfriend dia? 
boleh terima. asalkan dia tau batas-batas pergaulan dia dengan ex dia. kalau dah menggatal tu, semua perempuan pun tak boleh terima.

Bila you sudah menjadi isteri, suami you nak keluar dengan kawan-kawan lelaki dia, you akan larang tak? 
tak larang. jangan balik lewat sangat dan semua pun kawan lelaki. tapi jangan la tiap malam pun nak keluar lepak dengan kawan. dah kawin dengan aku. bukan dengan kawan. pape pun, masih boleh keluar dengan kawan-kawan.



Bagaimana pula jika ada seorang wanita yang dalam kesusahan, perlukan bantuan suami you. Adakah you akan cemburu? 
kalau orang mintak tolong buat apa nak cemburu? asalkan both of them tau batas-batas. jangan nak menggatal sudah la. memang kena pelangkung dengan aku la nanti. hahaha

Seorang lelaki, sangat suka masakan ibunya, jadi apabila berkahwin, dia akan mengharapkan pasangannya pandai memasak sesedap ibunya, adakah you boleh lakukannya?
insyaallah boleh. usaha tangga kejayaan. hehe. tapi kalo dia teringin nak makan masakan mak dia, jom la kita balik rumah mak sama-sama. tak ada hal punya. :)

What is your favourite movie/songs… suka menonton movie or going for a concert? Mungkin suka tengok teater? 
buat masa sekarang ni tak ada feveret movie sebab jarang tengok muvie n dah lama tak keluar tengok wayang. kalau lagu, currently The One That Got Away by Katy Perry :)

Suka jogging? Exercise? Swimming? 
aku suka swimming. aktiviti feveret bersama kazen-kazen.

Apakah tabiat buruk you? 
 senang tidur dalam kereta. bahaya! kalau naik teksi sorang-sorang, memang menempah maut. haha

Very sure you tidak akan benarkan suami you kahwin lagi seorang, tetapi bagaimana jika dia dan girl tu sudah jatuh cinta… kalau tak kahwin nanti berdosa. So apa solutions dia?
:( sob.sob.sob. kalau berfikiran secara positif, izinkan la dia kawin dengan perempuan tu. tapi semua perempuan pun mesti tak nak bermadu kan? harap-harap tak adalah jadi cmni. nauzubillah..

soalan-soalan ni semua credit to sini

bui bui! :)

No comments: