PERGI BALIK SEKOLAH ...PBS.. DAY 2

hai.

aku tak tau kenapa PBS kali ni aku rajin betul amik gambar dan tulis dalam blog. semester lepas aku tak rajin pun tulis entri pasal PBS bagai sebab aku tau orang yang baca mesti bosan. haha.

disebabkan aku tdo agak lewat jugak semalam, pagi-pagi lagi aku dah telan nescafe. nasib jugak kat rumah ada nescafe sebab penghuni rumah ni sangat jarang beli nescafe. kami minum teh je. okay, sepanjang kat sekolah aku tak rasa mengantuk langsung pun. bagus!

tengah khusyuk buat assignment, tiba-tiba ada suruh cikgu suruh aku dengan suli relief kelas. bagi lembaran kerja je dengan dorang. kelas pendidikan muzik.

kalau suruh buat kerja bising je kan. suruh amik gambar lagi bising.
masuk kelas je, cm biasa murid ucap salam.

"baiklah, sesiapa yang dah siap kerja boleh hantar ke depan dan lepas tu jangan buat bising,"

aku ronda-ronda dalam kelas. saja nak tengok-tengok murid dan borak dengan dorang.

"cikgu zati, dia main pemadam,"
 budak tu siap sorok pemadam lagi bila aku datang meja dia. 

"haa, mainlah. tapi jangan buat bising. cikgu dulu pun masa sekolah rendah rajin jugak main lawan-lawan pemadam ni. selalu beli pemadam...bla...bla..bla.."

haha..entah apa-apa la aku ni. boleh pulak kan cerita pasal pemadam dengan murid-murid. haha

(sambung ronda ronda)
"cikgu zati..muka cikgu ni sama la dengan PK 1. cikgu anak Puan Siti Hirawati ke?"

"ouh, yeke sama? tak la.bukan pun,"

"cikgu ni comellah."

ouh, bila budak tu cakap cmtu, aku terus termalu lalu bunga menjadi kembang dan mekar. haha. aku abaikan je apa yang budak tu cakap. nanti perasan pulak. haha
urgh! cikgu baju wrna purple tu bapak lebar senyum dia.
ni ialah suli n aku rasa dia senyum sangat sweet. tuan badan pun sweet. :)
next destination is kami pergi ke bengkel kemahiran hidup. disebabkan Suli amik kos Reka Bentuk dan Teknologi, so, kena la usha-usha bengkel KH. aku singgah sekejap je bengkel tu. masa yang berlebihan tu aku pergi ke kelas sebelah. Kelas Pendidikan Khas.
murid tengah buat projek pasu bunga
sibuk dengan subjek major..kemahiran hidup.
terus terang ni la pertama kali aku berinteraksi dengan murid-murid pendidikan khas. DAN.. mereka sangat menakutkan aku sebab aku tak biasa, tak pernah datang dekat, bermesra or apa-apa je la dengan mereka yang berpendidikan khas.

kat kelas tu ada 3 orang down-syndrome, seorang terencat akal, autisma, disleksia, hiperaktif n beberapa masalah yang aku tak find out.

he is Sabaruddin.
Branley Tan. aku rasa dia ni autisma sebab cikgu cakap dia tak pernah bercakap. jerit je paling kurang suara yang dia keluarkan
murid yang membelakangi tu ialah Johan. budak ni disleksia. yang nampak gigi tu murid terencat akal. aku dah lupa nama dia. budak tu selalu senyum tak kira apa-apa situasi pun.
seorang budak down-syndrome adalah seorang kaki pukul dan kuat meludah. seorang lagi kaki lucah. dan seorang lagi aku tak tahu sebab budak tu tak datang kelas harini.

aku borak-borak dengan cikgu pendidikan khas tu. cikgu tu cakap, budak yang kaki lucah ni, dia suka mengada-ngada dengan orang yang baru dia nampak. so, tak boleh lembut sangat. nanti naik minyak. mula-mula dia akan mula sentuh-sentuh cikgu dan bila dah naik minyak, dia boleh sampai meraba cikgu. bahaya! dan murid ni suka melakukan aksi 18SX di kelas.

bila tadi budak tu angkat kerusi dia nak duduk sebelah aku, aku dah panik. berdebar. sebab takut jadi apa-apa. tapi kan sebenarnya budak ni dia nak perhatian dan kasih sayang. 

aku rasa kesian bila dengar cerita cikgu pendidikan khas yang budak kaki lucah ni, dia selalu kena pukul dengan mak dia. kena lempang, kena tunjal kepala, kena pijak. memang dah biasa. sampaikan cikgu pendidikan khas tu hampir bergaduh dengan mak dia tengok mak dia buat anak dia cmtu. dah la semalam budak tu kena  lempang dengan kasut sekolah dia. alasannya sebab apa? sebab stokin budak tu hilang sebelah. kesian. :(

sebelum balik tadi, budak tu peluk n salam. lepas tu aku terus ke tandas untuk basuh tangan. bukan apa tapi budak tu dah korek hidung. HAHAHAHAHAH. aku tengok dorang balik n lambai-lambai dorang. :)

tu je pengalaman untuk hari ni.

#balik rumah petang tadi lepas keluar dengan mak, adik aku buat kek. red velvet. ouh, sedapp!! aku suka. yum yum.. sampai terbawa dalam mimpi tau kek tu. hihi #


                            tahniah amim..anda layak ke peringkat seterusnya dalam masterchef. haha

bui bui :)

No comments: