BABAI SABAH :( HELLO BANGI :)

hai.

at last selamat jugak sampai kat maktab. yeah, memang cinta betul dengan maktab ni. tapi cinta lagi kat rumah. 

BABAI AIR PANAS..BABAI AIRCOND..BABAI MAKANAN SEDAP..BABAI MEOW..BABAI KATIL EMPUK..BABAI INTERNET LAJU..BABAI KERETA..DAN BABAI KAT SEMUA.

sekarang ni, semua pun sama rata. apa yang org beli untuk makan, itu la yang aku makan, air yang org guna untuk mandi, itu la yang aku guna untuk mandi, cmana orang tido, cmtu la aku tido. 

kalau nak balik rumah pun, hujung tahun nanti je la baru balik. tak bestnya jauh dengan suami keluarga. tak seronok. 

*mood sedih dah habis*

sebelum balik sabah haritu, aku bawak 4 beg. lepas je semua. tak ada lebih muatan ke apa. dah lepas cuti ni, beg aku dah beranak jadi 5. bila dah beranak tu, kalau tak menyusahkan aku, tak pe la jugak kan. ni lagi menyusahkan aku. lebih muatan. babang pesan bawak langsir untuk rumah dia. langsir bapak berat. 
 
tak memasal aku kena bayar denda. RM80 kau tau! dengan RM80 tu aku dah boleh buat mas kawin tau. terkejut aku dengar sebab sebelum ni tak pernah kena denda. yang lagi tak boleh bla, duit dapat purse aku memang ada RM40 je. papa pulak sibuk cari parking. kat sapa aku nk mintak duit kalo tak kena pergi bank. cakap kt abg tu untuk pergi amik duit kat bank, dia tak bagi pulak. takut aku lari la tu. cis!

" bang, nak cash jugak ke? saya ada RM40 je ni. guna kad kredit atau debit boleh tak?"
" nak cash. kad kredit boleh tapi lambat la."

muka aku dah panas. siap kipas-kipas dengan tangan lagi. kau tau, punya panas aku time tu padahal dalam aircond. fuuuhhhhhh.... lebih 1kg, bayar RM20. mahal tau!

"sebab awak lawa, bayar RM40 je la."

haa..boleh pulak kan cmtu. hahahaha. lawak! tapi nasib jugak. RM40 pun RM40 la...lega jugak sikit tapi lepas tu purse aku kosong. tinggal duit seringgit2 je. haha. malas nak pergi amik duit kat bank.

papa datang dan papa tanya berapa kena fine. papa bising la jugak sebab tak tambah berat luggage. tapi papa bising bising pun, dia hulur jugak duit. hehehe. thank you, papa. hehe.

aku sempat lagi cakap dengan papa..

"ain nak bayar guna kad kredit yang papa bagi tu,dia cakap lambat la. nak cash jugak,"

mak pun marah aku kena fine.

"kenapa tak cakap je tak de duit? kan free free kena bayar. patutnya tinggalkan je barang yang tak penting."

"semua pun penting mak. :( "

dan sekarang aku sangat penat. penat mengemas. lepas makan tadi pun, aku pergi bilik eka untuk borak-borak. penat.penat.penat. :(

#tak de gamba untuk cerita pasal airport. tak ada jurugambar (adik). haha#

------------------------------------------------------------

btw, terima kasih untuk warga SK Pekan Tuaran. aku sangat seronok berada di sana seminggu. 

me and suli. ni la cenderahati kami berdua dekat sekolah. gambar cun kitorang. boleh guru besar tatap tiap hari. haha.. (tombam nya aku. urgh!)
nak relax-relax dlu la. bui bui! :)

No comments: