PBS = PERGI BALIK SEKOLAH.. DAY 4

hai.
kebetulan hari ni kami tiga orang pakai baju warna biru. hehe

harini aku terlibat dengan pendaftaran Majlis Tilawah Al-Quran. aku kena handle pendaftaran nasyid sekolah menengah dan sekolah rendah. bila dah terlibat dengan kerja-kerja cmni, aku dah tak rasa macam tengah PBS ke atau praktikum. dah rasa macam dah posting betul-betul. dan sememangnya bila kita dah posting, suasana kat sekolah sangat berbeza dengan keadaan maktab. cikgu-cikgu pun semua yang dah berumur. kalau muda pun, dalam 27,28 ke atas. 

pendaftaran tadi sangat sibuk sampai aku pun dah naik pening. ramai. ouh, yang lawaknya masa pendaftaran tadi, ada seorang cikgu tua panggil aku "kakak". ouh, kenapa kakak? padahal dia dah macam mak aku je. muka aku ni punya la tegang lagi dia panggil aku "kak". hehe. tapi kan, bila kita berkomunikasi dengan guru-guru, aku panggil cikgu-cikgu tu akak je. dah macam kawan-kawan. hihi.

tadi, mak aku suruh aku kawal kelas moral untuk masa dia. kelas moral diadakan kat bilik pentadbiran. dalam bilik pentadbiran tu, ada lagi bilik-bilik untuk guru penolong kanan. mula-mula aku duduk kat sofa tengok murid-murid buat kad. lama-lama tu mata aku makin tertutup. aku pun masuk bilik mak n duduk atas kerusi. LELAP MATA! haha. bila aku dengar suara mak aku, terus aku terjaga n pura-pura tak tido. haha. bapak mengantuk aku. 

balik bilik guru pun sama. tengah buat kerja, tiba-tiba mata rasa mengantuk, lelap la kejap. hehe.

harini aku masuk dua kelas. kelas darjah 5 dan darjah 6. :)

No comments: