1 BORNEO :)

hai.


semalam dah pergi Centre Point kan? harini pergi 1borneo la pulak. kebetulan pulak nak hantar abang ke airport. dah kurang satu ahli keluarga tau.. T____T

mak dalam kereta dah mengadu dengan papa cakap selipar dia dah nak putus n bla.bla.bla.. so, untuk puaskan hati masing-masing, lepas hantar babang kat airport, kami terus ke 1borneo. kirenya kat Sabah ni, 1Borneo ni la shopping mall yang paling handal. haha

disebabkan mak dan amim masing-masing nak beli selipar tinggi n kasut, aku pun terpaksa la menyibukkan diri dengna memilih apa-apa yang aku berkenan kat bahagian kasut tu. aku ada berkenan dengan satu sandal ni. bila aku pakai saiz 7, dia macam ngam ngam je dengan kaki tapi kaki aku cam terlebih la pulak sikit daripada sandal tu. bila pakai saiz 8, okay..tapi sebelah kanan pulak yang longgar. dah jem aku sebab tak selesa pakai sebelah longgar. last last aku tak amik pun sandal tu walaupun lawa. sedih!
yang pink tu dah menambat hati aku.... ouh...
kau tengok! aku dah siap try nak beli punya pasal. tapi hampeh! :(
 dah merajuk dengan diri sendiri. aku ingat tak maulah beli sandal ke apa ke. tengah duduk mesej, tiba-tiba terpandang satu heel warna turquoise. on the spot mintak saiz dan..... it suits me well! suka.suka.suka.suka!

then, mak dengan amim beli baju. kali ni aku malas nak beli baju. malas nak pilih. macam magic je sebab aku jadi malas nak beli baju padahal aku sangat rajin beli baju sampai mak pun marah. haha.

"kakak tak nak beli baju ke?"
"tak nak la,"

wooooo...cam tak percaya jawapan aku. haha.
amik gamba dengan naga skit.. hehe
aku ingatkan aku yang paling tinggi. rupanya ada lagi yang lebih tinggi. haha
balik rumah rasa rindu dengan lula... :(

bui bui! :)

No comments: