MUFFIN WITH STRAWBERRY SAUCE

hai.

aktiviti harini ialah ber 'muffin with strawberry sauce'. cuba teka apa dia? buat muffin? makan muffin banyak banyak?

 ouh, jawapannya tidak! jawapannya ialah.....harini pergi BERBEKAM. first time tau aku pergi berbekam untuk seumur hidup. hehe. gatal sangat nak berbekam. haa, hambik kau! hehe.

harini keluar pergi Parkson dengan mak, amim dan babang. actually aku memang nak pergi berbekam dari hujung tahun lepas lagi tapi sebab TAKUT, aku tangguhkan je. tapi kali ni tak boleh nak tunggu dah. nak keluarkan darah-darah kotor daripada badan cepat-cepat. hehe.

semangat dari rumah tadi memang berkobar-kobar nak pergi berbekam. bila dah sampai tempat berbekam tu, bila dah tengok gambar-gambar orang berbekam, memang gugur jugak lah jantung. sikit lagi nak bantutkan hasrat harini. hehe.

puas kakak tu pujuk punya pujuk. at last, aku try jugak la. aku kan berani! hehe.

btw, aku berbekam kat muka. so, kakak tu cakap muka memang akan jadi macam kita pakai blusher semulajadi la dalam beberapa hari. 

masa dia nak toreh pipi aku, Ya Allah, takut gila aku. dah la, kakak tu suruh aku pejam mata, aku tak pejam. memang aku nampak la pisau tu. habis biru tangan adik aku genggam. hehe. aku takutlah!
mata aku tak mau lepas bila kakak tu amik pisau... takut! bila muka dah kena sedut, bibir automatik akan jadi seksi! haha
so, korang dah faham kan kenapa tajuk entri aku bertajuk 'MUFFIN WITH STRAWBERRY SAUCE' ..hehehe
berbekam ni kejap la jugak. buat kat dua belah pipi, dahi dan dagu. masa dah siap semua, kakak tu nak letak minyak herba tau kat muka yang kena toreh tu, pedih dia jangan cerita la.. fuuhhhhhhhh! haha.

pergi tandas tengok muka sendiri yang telah ditoreh-toreh. sedih tau!

amim dan babang pun berbekam jugak. memang hari berbekam lah ktorang. hehe.
cmni la jugak kesan torehan kat muka i.. duk rumah je la 3 hari ni. hehe
lepas berbekam, aku tak boleh senyum lebar sebab bila pipi jadi tegang, sakit. kan pipi kena toreh sikit tadi. :(
untuk hilangkan rasa sakit berbekam, pergi shopping sikit dengan mak. disebabkan aku tak ada bawak balik wedges mahupun kasut untuk pergi PBS nanti, kena la beli yang baru. so, i got 2 pairs of shoes! sukaaaaaaa! hehe.
red
white ;)
#nak amik wuduk tadi, sakit kesan torehan kena air tau. pedihh bangat sih! dagu aku pulak dah bertukar wrna biru... aigoooo..haha#

#cuti kat rumah ni kan, senang betul aku jana pendapatan. tolong mak buat dua assgment, mak bayar RM100, lap tingkap kat dapur mak bayar RM 20. RM10 untuk sehari kalau kemas rumah. seronok! jadi kaya la lepas ni. hehe#

itu je untuk harini.
bui bui! :)