BABAI HUBUNGAN ETNIK. JUMPA LAGI MASA RESULT KELUAR (^-----^)

hai.

meh nak cerita sikit. agak klaka la jugak bagi aku. harini kan aku exam subjek Hubungan Etnik.

watak untuk hari ini : juwe dan saya :)
sebelum tu, aku nak bagitau. aku kalau exam, aku takut sangat nak meniru. aku akan jadi terketar-ketar dan merasakan penjaga exam tu perhati kat aku je. so, selalunya bila exam aku memang takkan jeling-jeling orang sebab aku takut nk meniru dan takut nak bagi jawapan bila orang mintak jawapan.

disebabkan hubungan etnik ni aku tak sempat stadi sangat untuk soalan objektif, ada satu dua tiga empat soalan yang aku tak tau. serius! aku tak sempat baca tajuk tu kot. esei dengan subjektif lancar je tapi bila masuk objektif yang ada pilihan jawapan tu, aku jadi, OH MAI! mana satu jawapan ni?

masa exam tadi, sebelah aku tu seorang budak lelaki. clasmet aku. juwe. sebelum exam, dia dah cakap kat aku, share-share la jawapan. so, aku cakap okay. bukak kertas soalan tengok-tengok soalan yang keluar. okay, juwe dah tunjuk-tunjuk kat paper dia jawapan untuk soalan subjektif tentang "Kebebasan Beragama" pasal akta-akta bagai.

dipendekkan cerita lepas kami dua dah siap jawab esei dengan subjektif, juwe jeling-jeling jawapan subjektif aku soalan yang pasal kebebasan beragama tu. dia tenung lama. i guess dia mesti susah nak baca tulisan aku. so, aku pun amik pensel n tulis besar-besar jawapan. pastu hulur kertas tu sikit-sikit kat dia. masa tu, kau jangan cakap la aku tak bergegar! rasa macam gempa bumi! haha

then masa jawab soalan objektif, ada satu soalan yang ktorang dua konfius jawapan dia. juwe cakap jawapan D, aku cakap jawapan B. so, ktorang berbincang la senyap-senyap. main bahasa isyarat. rupanya masa tengah bincang guna bahasa isyarat, ada penjaga kat belakang. memang tak pasan la.

then penjaga tu datang berdiri kat tepi meja aku. ya allah, time tu aku cuak gila. masa tu aku rasa macam "mak aih, memang aku kena tangkap meniru la ni," lama gila penjaga tu berdiri kat tepi aku. dah la masa tu aku tengah bulatkan jawapan objektif nak konfemkan kat juwe. memang mampus! juwe pulak buat-buat tengok atas la, buat-buat tido la. haha.

then, penjaga exam tu pergi kat meja kawan aku. kawan aku tu depan aku je. dia berdiri n perhati ktorang je. aku buat muka berkerut. konon-kononnya tengah berfikir gila la ni. padahal masa tu aku rasa nak tergelak campur takut! cuak!

nasib tak kantoi walaupun macam penjaga exam tu dah syak ktorang tengah bincang guna bahasa isyarat. fuhhhhh!

lepas ni aku tak mau buat kerja jahat lagi. sumpah takut! haha

btw, aku bincang pasal dua tiga soalan objektif je okay. yang lain aku buat sendiri :)

bui bui! :)

2 comments:

Uwais Al Qarni Bin Mohd Isa said...

Ish ish..cikgu bncg time exam..haha..

Mi$s NiCkeL=? said...

bincang sikit je ustaz