SHORT UPDATE #2

hai.

harini kelas ringan sikit sebab lecturer yang masuk harini ialah lecturer yang mengajar sempoi sempoi je. kelas tiga jam pertama di awal pagi adalah membuat kertas kerja untuk pergi ke sekolah n trip to Johor. masing-masing dibahagikan kumpulan untuk buat tugasan masing-masing. group aku pilih untuk buat kertas kerja ke sekolah.

harini pakai spec sebab nak tido dalam kelas. haha
aku taip bahagian aku je. lepas dah siap bahagian aku, aku jatuh pengsan. mengantuk gila. penat berjalan semalam. bangun-bangun tengok dah rehat. haha. dua jam lepas rehat lak aku dengar lecturer tu duk borak-borak kosong je. sambil tu aku surf tenet kat tab. memang ringan gila kelas harini. masa PBSM tadi pun tak ada buat apa pun. ukur-ukur baju uniform je.

bangun tido terus dengar gosip dorang. ish3
ukur baju :)





bui bui!

No comments: