CUCI MATA #1

hai.

semalam aku penat gila. harini pun masih terasa penat. penat cuci mata. penat melangkah. penat berdiri. penat tengok duit. penat fikir pasal duit. ouh, nak jadi kaya! nak jadi kaya! nak jadi kaya! hehe.

actually ktorang tak plan pun nak keluar. fik sebenarnya nak keluar tu pun sebab nak tunjukkan jalan pergi Sogo untuk kakak dia. dia ajak aku teman dia keluar. aku dengan mamai mamai yang tengah tido dalam kelas, iyakan aje. last-last lin dengan napi pun ikut pergi sekali. okayla tu. tak adelah bosan sangat. hehe.

napi nak cari kemeja slim fit plain colour. so, aku teman dia. aku tak reti sangat beli barang-barang lelaki ni. lagipun aku ada sorang abang je. kalau dia beli baju pun, dia pergi sorang je n mak tukang bayar. kadang-kadang je aku ikut abang aku pergi beli baju kemeja. tu pun sebab dia suruh aku pilih mana yang lawa. selebihnya aku tak tau. haha.

aku patutnya ada meeting for those yang terlibat dengan trip to Indon. tapi aku kan nak pergi Sogo, terpaksa la tipu sunat kejap. aku cakap aku nak pergi klinik. padahal 'klinik' aku kat kL tau! haha. tapi sebelum aku balik asrama, aku mintak jugak ketua projek tu briefing kat aku tentang apa yang dia nak cakap petang tu. hehe.
the white shirt is napi n the pinkish shirt is lin. hehe
naik ktm pukul 3. sampai kL Sentral dalam pukul 3.45 petang cmtu la. masa tengah tunggu budak laki pergi amik duit, aku terjumpa la pulak besfren abg aku masa diploma dulu-dulu. aku kira rapat jugak dengan dia sebab dia pun salu datang rumah kat seremban. n dia rapat jugak dengan family aku. :)
ni la abg faizal.
sekarang ni abang Faizal dah habis degree n dah kerja. dia sekarang manager Alyah, penyanyi Tak Mungkin Kerna Sayang tu. patutla haritu tengok Melodi ada nampak abg faizal. n masa AJL haritu pun adik aku cakap dia nampak abg faizal dalam tv. waaa, mesti salu jumpa artis-artis kan?!! bestnya. aku excited gila terjumpa dia haritu. dah lama ktorang tak contact n jumpa. ktorang exchange fon number. abg faizal cakap kalo dia tau aku blaja kat kL dia bagi tiket free pergi AJL haritu. dia cakap len kali kalo ada tiket free lagi, dia save kan untuk aku. hehe. untungla...tapi aku tak minat sangat tengok konsert konsert ni. whatever la.. hehe.

at last sampai sogo dalam pukul 4 lebih n ktorang pusing-pusing. aku sebenarnya bertujuan untuk beli purse baru disebabkan selalu tak ada masa n duit untuk pergi beli sendiri. sebab aku tau aku jenis rambang mata. kalau boleh semua pun aku nak. aku ni tamak tau! haha.
fik, lin n napi
aku ada jumpa dua purse yang sangat menarik minat aku. faktor utama yang buat aku tertarik dengan sesuatu benda adalah WARNA. aku suka warna yang funky sebab ceria je rasa. sejam jugak la aku buat pilihan. masa tu aku jalan-jalan dengan lin. tanya pandangan kawan-kawan. tanya pandangan aa. tanya pandangan salesman n salesgirl tu. adoy.. poning den! last-last bila aku dah decide nak pilih purse warna ungu lavender, tak jadi pulak nak beli sebab ada cacat sikiiiiit kat purse tu yang baru aku pasan. so, tak jadi beli. aku ingat nak pergi KLCC je cari purse yang sama. tapi bila sampai KLCC purse tu lagi mahalllll. URGH!
haa. ni la purse merah biru yang aku berkenan tu. United Colour Of Benetton
ni choice kedua..Paris Hilton
lin lak shopping sakan. adalah habis RM600. dia tak pelah sebab jarang shopping. so, bila sekali dia shopping memang betul-betul shopping la. tak macam aku. dah selalu sangat membuang duit. ish ish ish! habis pokai la suami aku nanti. haha.
dah penat shopping, makan dulu kejap before pg KLCC
ktorang sampai KL Sentral dalam pukul 10 malam. tunggu ktm to UKM, delay la pulak. dah la ktorang yang girls ni boleh masuk sampai pukul 10.30 malam je kalo weekdays. kol clasmet, Hafiz suruh datang jemput aku dengan fik kat UKM. tujuan aku suruh hafiz datang jemput aku dengan fik kat UKM adalah sebab kereta dia besa n tinted. so, kalau menyorok dalam kereta dia tak nampak la. haha. lagipun dia still ada kat luar maktab lagi.
ni la hafiz. dia adalah pemilik kereta civic. untung la dpt naik kereta baru dia
ktorang sampai dalam stesen UKM tu dalam pukul 10.45 malam cmtu jugak la. memang perempuan dah tak boleh masuk maktab. 

sampai maktab dalam pukul 11 lebih. sampai bilik, borak dengan rumet dulu, then baru bersihkan diri. memang aku penat gila semalam. yela, balik dari kelas je terus rush nak keluar. hehe.

sebelum aku tido, aku hanta mesej kat lin..aku cakap aku teringat-ingat la pulak purse merah biru tu. haha. cmtu la perangai aku. kalau aku betul-betul nak sesuatu barang n bila tak beli barang tu, aku jadi teringat-ingat dengan barang tu. haha. tinggi betul kan nafsu jadi perempuan. haha.
bye-bye. kalau i teringat kat u lg, i datang jmpe u sabtu nanti k? hehe
malam tu memang aku tido lena la sebab penat kan. hehe.

bui bui! :)

No comments: