BUDAK OH BUDAK

hai.

sekarang nak cerita pasal tempat aku selalu lepak petang-petang. tempat aku selalu lepak petang-petang tu aku namanya GIANT. kat Giant tu ada seorang budak perempuan yang berumur 4 tahun. dia suka ajak aku, ain n taufiq main ataupun bawak dia jalan-jalan dalam Giant.
aku kan dah pernah cakap, aku tak berapa reti sangat nak bermain dengan budak-budak. mungkin sebab rumah aku semua orang pun dah besar. dan...aku akan jadi rimas kalau tiap-tiap hari budak-budak melepet dekat aku. sekali sekala tak pe. :). mungkin sebab aku akan rasa lemas nak layan. haha.

sekali dua tak pe, dia kacau aku. kalau dah selalu kacau, pening kepala. haha. budak yang tiap hari aku jumpa kat Giant tu aku tak tau nama dia. tapi kami panggil dia kakak.

hari pertama aku layan budak ni, masa tu aku tengah makan. bapak lapar aku. yela, lepas senamrobik mana tak lapar. tengah aku makan tu, budak tu datang...

"kakak nak makan?" aku pelawa.

ye, dia nak makan. aku suap la ayam sikit. pastu demand nak nasi pulak. okay, aku suap. aku kekok suap budak kecik makan. lima jari aku ni macam tak muat je dalam mulut dia. haha. terpaksa guna tiga jari.
ingat kan dah habis. rupanya dia suruh aku suap sampai la habis MAKANAN aku. T_____T.  tak pelah, budak-budak. dia bukan tau apa pun.  aku consider la n beli makanan lain.

hari kedua pulak, budak tu ajak aku jalan-jalan dalam giant. aku bawak la dia sebab kebetulan aku nak beli barang kelas. layankan je. dah lepas pilih barang yang nak dibeli, budak tu ajak aku pergi bahagian Toys. mak aih, budak tu nak kopakkan aku. nak beli komputer mainan. siap bawak mainan tu pergi cashier lagi. tapi nasib la kakak kaunter tu dah faham perangai budak tu. kalau tak, melayang RM50 aku. haha.

hari ketiga, aku tengah makan. tiba-tiba budak tu datang.

"kakak, nak makan!"

aku buat bodoh je. aku dengar tapi aku buat tak dengar. malas nak layan. nanti habis nasi aku. dia pegang-pegang aku nak mintak kena suap ayam. aku suapkan. pastu bila dia mintak lagi, aku suh dia mintak makanan kat mak dia je. hehe. kejam kan aku. tapi nak buat cmana. aku nak makan. lapar!

ada haritu, tengah aku sibuk buat air nak bawak balik kat rumet aku, dia mintak-mintak pulak. haish! haha

nasib kau comel tau,budak! haha
sengal gila aku senyum. kakak yang suka melepet dekat aku. cmni la...
*aku suka budak-budak tapi bila dah lama-lama aku jadi rimas. menurun dari makcu aku kot..hehe*

bui bui :)

No comments: