GELANG OH GELANG...NASIBLAH KAU DAH KELUAR DARI TEMPAT KAU MENYOROK

hai.

semalam malang betul nasib aku. gelang kaki emas hilang, earphone iphone hilang. tapi syukur......dah jumpa balik. alhamdulillah. :) dah tak sedih dah. dan rezeki aku murah sebab...... adalah! hahaha.

aku tak dapat tido lena sebab fikir gelang kaki hilang. yela, mana nak lena, dah dua kali gelang kaki aku hilang. kali ni aku tak nak benda tu hilang tanpa dijumpai balik. aku punya kemain pergi tampal sana sini pengumuman. hoho. macam malu pun ada. haha.
geng cari gelang.. haha.
thnks to abe we sebab tolong aku cari gelang kaki satu maktab walaupun tak jumpa. haha. at last ada jugak orang yang baik hati terjumpa gelang kaki aku tu dan bagi kat ketua blok. terima kasih banyak-banyak kat orang yang jujur sangat tu. murah rezeki dia. :)
tak sia-sia aku kol mak menangis-nangis dan akhirnya dapat jumpa balik gelang kaki. alhamdulillah..

dan alhamdulillah..earphone iphone aku pun dah jumpa balik. hehehe. sukalah!

No comments: