TAHNIAH AWAK! MELAYANG DUIT UNTUK SUKA-SUKA

hai.

balik kelantan ni aku berani mati sebab tak bawak selipar langsung pun. yang aku selalu pakai kat kelantan ni ialah kasut getah. kasut getah ni aku akan pakai bila hari hujan sebab senang nak pijak-pijak air. tak payah risau kalo terpijak air. kalo pakai kasut yang lawa-lawa aku kena risau sebab leceh kalo kasut kulit kena air. hehe

ni lah padahnya. patutnya sejam sebelum aku pergi perhentian kajang haritu, aku kena ada kat bilik. tapi aku ada kat alamanda pulak. kelam kabut punya pasal, aku capai je kasut getah tu. akibatnya jari kaki i sakitttt. kalo setakat pakai kejap-kejap boleh la. ni pakai nak pergi shopping memang sakit la kaki i ni tauuu! haha

tadi aku pergi Vincci. aku memang tekad nak beli "selipar yang aku berkenan gila sampai tak sempat siang nak pergi beli kat alamanda haritu tapi kedai dia tutup lalu aku kecewa sendiri.". at first aku pakai tu nampak okay je. bila dah dua tiga kali posing depan cermin, cam hodoh la pulak. tak masuk ngn jiwa aku. tak jadi beli!

pergi pulak adidas. selipar adidas yang aku try haritu rasa lawa je masa aku pakai kat alamanda. pakai kat kb mall, terus nampak tak lawa. tapi selipar tu memang selesa la kalo nak shopping dan berjalan seharian.
strap yang aku nak tu bukan warna pink. dia warna hijau. lagi comel. haha
at last aku cam dah give up untuk beli selipar. suna bawak aku pergi al-ikhsan. ingat kan nak hold dulu beli selipar sebab nak tengok kat Sogo ke or nak beli sandal Clarks je terus. biar beli sekali je yang mahal. lepas tu mesti dah tak mau beli sandal lagi. haha

masuk kedai tu, aku dah terpikat dengan kasut Nike yang warna pink. aku pun tak tau kenapa la sekarang ni aku demam kasut pink. pelik!

pink ke purple? nak dua dua boleh?
tengok dua tiga kali, kasut yang warna purple pun tak kurang lawa nya. bila fikir fikir balik, kasut pink aku dah ada. apa kata beli warna purple pulak. tanya abang tu saiz 5.5 tak ada la pulak. so, it means that dia suruh aku amik warna pink. okay! i'm PINK! pink pun lawa la. lagipun aku suka warna yang cerah cerah ni. rasa riang je. [sebab tu la kawan aku cakap aku tak matang dan macam budak-budak]. haha

tadaaa! dah selamat beli! hehe. saya degil tak nak dgr cakap aa. haha
ka-ching ka-ching! $$$ [bunyi duit keluar].. okay fine..beg duit yang ada duit not warna biru dan ungu dah makin berkurang. sedihnya. duit.....turunlah dikau kepadaku! beranaklah dikau dalam 'bank'ku.. aminn.. hehe.

* budak-budak maktab, jom doa setiap saat supaya duit cepat beranak dalam bank.. :)

bui bui! :)

No comments: