SAEGIL CHUKKA DADDY!

hai.

sambil tulis entri sambil dengar layan lagu slow. lagu I will love you by Whitney Houston. baru la datang sikit idea nak tulis entri. 

malam ni aku nak tulis entri pasal seorang clasmet aku yang aku agak rapat. entri ni specially untuk dia. ouh, semester ni rajin pulak kan aku tulis birthday entries. takpelah! kawan rapat kan.

untuk entri ni saje aku akan pecahkan sikit rahsia tentang kawan aku ni n cerita sikit-sikit pasal persahabatan kami.
dulu rambut dia kerinting alleycat. pas botakkan rambut, rambut dia jadi lurus. MAGIC! haha
SELAMAT HARI DIJADIKAN KEPADA MOHAMMED RIDZWAN BIN AHMED. orghe ganu kito tuuu. haha. harini genaplah umo kau 22 tahun. harap-harap makin matang la ye perangai tu. jangan buat aku malu. haha. semoga dimurahkan rezeki.semoga mendapat hidayah dan hidup diberkati selalu. semoga dapat beat result aku semester ni. semoga banyak duit selalu supaya dapat belanja aku. aminnn

bsama catwoman. haha
MOHAMMED RIDZWAN BIN AHMED ni kat kelas aku panggil abe we. dulu lagi comel panggilan aku kat dia. aku panggil daddy. aku perasan jadi anak dia. haha. dia adalah salah seorang daripada peminat kipas-susah-mati korea. dia tak layan la filem-filem melayu, barat semua ni. korea je semua. kalo aku nak tanya dia pasal filem terbaru yang keluar kat panggung wayang, baik tak payah tanya la. baik aku google sendiri. hehe.

aku suka amik gambar sengal sengal dengan daddy. haha
dulu-dulu masa aku tak rapat dengan dia aku annoy gila dengan dia sebab dia suka tanya kerja kat aku. pastu dia suka tengok assignment aku. HAHAHA. (jangan tacing okay abe we..itu dolu-dolu. haha) aku dah tak ingat bila aku mula rapat dengan dia. sepanjang 3 tahun aku clasmet dengan dia, dia pernah blanja aku sekali je. tu pun aiskrim singgit. hehe. dia sangat susah nak belanja orang sebab aku pun tak pernah belanja dia. haha.

ni masa sem 1 foundation. ouh, abe we kurus gile time ni. aku lak gaya ntah pape je. haha
then, sepanjang kami clasmet, aku pernah keluar sekali je jalan-jalan dengan dia. yang lain tu semua keluar ramai-ramai dengan clasmet. masa shopping berdua dengan dia ktorang pg Sogo nak beli baju raya. kami keluar berempat. kakak dia dengan pakwe jalan sekali, so, aku pegi shopping berdua je la ngn abe we ni. mesti orang ingat kami kapel sebab pilih-pilih baju raya macam laki bini! haha. tapi kan..seronok keluar dengan abe we ni sebab dia sangat gentleman. semua barang yang aku beli dia pegang. aku lenggang kangkung je. hahaha. tak pernah lagi aku keluar dengan laki jenis cmni. dia memang jaga gila aku. bagus! jaga adik baik baik ye? haha
satu lagi, masa aku keluar shopping dengan dia haritu, aku dah rambang mata nak pilih wedges yang mana satu. black or grey. bila aku tanya abe we, dia boleh bagi jawapan konkrit dengan alasan lagi. cun kan? kalo aku kuar dengan dot dot dot dulu, dia tak boleh bagi jawapan  konkrit. jawapan dia hanyalah... "mne-mne jela," tak seronok kan? euwww. haha
tu la wedges pilihan abe we. hasil rambang mata aku. haha
abe we ni sangat sporting. dia adalah orang kedua yang jadi tempat aku luahkan perasaan aku. contohnya macam aku tengah dilemma ke, aku ada masalah ke. dia kaunselor aku yang kedua selepas rumet aku. hehe. aku ingat lagi, masa aku tengah berduka semester lepas, tiap-tiap hari dia tanya keadaan aku. :)
bajet romantik la ni konon padahal nak tergelak gila aku pndang dia ala-ala bahagia cmtu. haha
aku kalo mengantuk kat kelas, mesti aku mesej n kacau dengan dia. mesej pertama ktorang "wei, ngntuk gile aku," haha. kadang-kadang untuk hilangkan rasa mengantuk dalam kelas, aku mesti baca mesej yang jiwang-jiwang. pastu aku forward kat abe we suh dia baca. aku suh dia simpan n bagi kat 'cikgu pemulihan' dia. haha.

lastly, dulu aku banyak gila jerawat. yela, sebab masa form 5 dulu, tak naik jerawat. bila dah masuk maktab n hormon tak stabil, naik jerawat bertubi-tubi. hodoh gila. nasib ada geng kat kelas tu. abe we la geng aku. haha. agaknya sebab tu la kot ktorang blh rapat. haha. tapi sekarang alhamdulillah..muka i dah okay tau! haha
masa ni byk gile jerawat aku.lepas aku dah hbis zaman kgemilangan jerawat baru la abe we punya zaman kgemilangan lak. haha. sengsara gila. lec pun naik plik npe aku naik jerawat. haha
waaa..panjang dah aku tulis. ni mesti terlebih dengar lagu jiwang. okay, sampai sini je nak cerita.

ONCE again...happy birthday abe we! :)

bui bui

No comments: