AKU MEMANG PENCINTA KUCING NAMUN KU BUKAN BUAYA. HAHA

hai.

sebelum aku balik maktab, aku nak cerita sikit pasal kucing. ouh, aku sangat suka kucing. tapi aku hanya suka kucing PARSI sahaja.

nama meow ni BABY. mcm baby kan? hehe
aku sangat suka dengan kucing yang berbulu tebal, gebu gebu, tomei tomei. rasa nak gigit je kucing tu. tapi itu perlakuan gigit mengigit tu hanya available untuk kucing parsi sahaja. kalo kucing jalanan yang tak comel, berkurap, aku tak suka. tiba-tiba badan aku rasa nak demam bila nampak kucing jalanan. haha. nampak sangat menipu kalo demam nampak kucing jalanan. haha. 

aku alergik dengan kucing jalanan. kalo mood tengah baik, terus jadi badmood kalo kucing jalanan ni nak menggesel-gesel. sebab tu, bila aku nampak kucing jalanan nak dtg dekat, aku cabut lari dulu. dikhuatiri aku akan melakukan keganasan terhadap kucing. kesian la pulak nanti. haha

sebagai konklusi, aku suka kucing belaan. tak kesah la parsi ke pasir. janji dibela orang. sekian terima kasih.

jom tengok kucing belaan makcu aku. :)

baby......comelnyaaaaaaaaaaaaaa....nak gigit! baby ni kan meow yang nakal dan kuat sabotaj. haha

kimi. kimi ni muka dia garang sikit kan? dia tak suka bermanja dengan orang.

yang meow hitam tu nama dia Uban. dulu mase kecik-kecik bulu dia ada bulu warna putih macam uban. haha

si comel ni ialah CINTA. Cinta ni kan dia suka sangat warna pink.

ni ialah bubi. bukan babi. hahaha

adik :)

ni meow feveret aku jugak. nuning... dia kucing obesiti.

ni ialah kakak.
EJ. EJ ni mase anak dara dulu suka kacau aku tido. kejut aku tengah malam ajak main dengan dia. haha

kucing bangle ni namanya jugui. garang. tapi suka manja dengan orang. feveret jugui ialah tido kat laptop. aku pun tak tau npe dia suka sangat dengan laptop
banyak lagi meow makcu tapi ni antara meow feveret aku. hehe.

kat bawah ni pulak ialah meow-meow aku.

meow yang kat rumah sabah. namanya ialah EB

kucing aku yg seterusnya ialah LULA. lula ni ada kat rumah kak eyma kat sabah

kucing ni belum lagi naik kapal terbang utk ke sabah. coming soon. ni ialah odie.

dah habis nak cerita pasal meowwww...

bui bui!

* tadi kan ada kucing jalanan nak curi mcdonald aku. cis! nasib aku tak guna kaki aku yang panjang ni utk attack meow tu. naye kang!*

2 comments:

AA said...

eeee..xsuke.haha

Mi$s NiCkeL=? said...

kena la suka dengan kucing! haha