ANAK BUAH PART 2

hai.

setiap isnin, kelas mesti start pukul 11.15 pagi. memang lama la relax-relax dalam kelas. selalunya bila tak ada kerja nak buat, aku mmg akan borak dengan clasmet aku. tak kesah la pasal apa pun. kami open-minded. setakat pasal kawin tu, dah biasa lah! #kenapaperlumentionpasalkawinlagi?aigooo!#

entri semalam aku ada mention kan yang aku nak sangat ada anak buah. sejak naik umo 21 tak rasmi ni, membuak-buak gila nak ada anak buah. jelesssss dengan orang lain yang ada anak buah. #mintak satu korang punya anak buah! aku nak bela.# hehe.

tadi geng-geng borak aku ialah abe we, lin n faiz. aku malas nak join dak perempuan borak sebab dorang borak pasal rumah sewa. malas nak fikir pasal rumah sewa.

#1# abe we  #2#lin  #3# faiz  #4# saya
# tulisan ungu tu adalah aku.#

"aku rasa nak sangat ada anak buah,"
"suruh la abg ko kawin,"
"abg aku nak kawin lambat. dalam 28,29 cmtu."
"ko la kawin dlu,"
"aku tak nak kawin awal2 lagi. tunggu 25 ke 26 ke,"
"aku rasa nanti mak ko mesti kawinkan ko sekali dengan abg ko,"
"aah, mak aku mmg plan cmtu pun. tgk2 nnti anak aku sebaya je dengan anak abg aku. haha"
"kalo abg aku kawin awal pun, kne tunggu 9 bulan pulak."
"pe susah, buat la anak sebelum kawin,"
"BENGONG! haha"

tu antara perbualan aku dengan clasmet aku tadi.

lepas tu, beralih pulak cerita pasal panggilan panggilan pulak.

"aku kalo ada anak buah, aku nak suruh dorang panggil cik ann. cm anak sepupu aku panggil,"
"cik ann? cm susah je dorang nak sebut,"
"ko anak ke berapa? kedua kan?"
"aah, anak kedua tapi aku tak nak la dorang panggil aku MAK NGAHHHHH!"
" haha. panggil mak ngah la sedap. nanti dia panggil laki ko pak ngah. haha"
" xmo la... buruk! haha"

aku gelak-gelak je borak dengan clasmet aku tadi. memang geli perut aku. rasa tak nak stop ketawa je.

------------------------------------------


perbualan kat bilik pun terbawa-bawa pasal anak buah. memang musim anak buah la ni.

#1# ain  #2#saya  #3# fik  #4#ira #5# mawa
rumet aku tunjuk gambar anak buah dia. tiba-tiba...

"ee, jeles betul korang dah ada anak buah. aku je yang tak de lg,"
"aku dah ada 6 orang anak buah."
"aku ada sorang anak buah,"
"aku bakal dapat anak buah!"
"waaa, jelesnyaaaaaaa. wei, ada ke lin suh anak buah aku panggil aku mak ngah? haha.. xmo la aku. aku nak cik ann. baru la western sikittt.. xpun cik ain. haha"

" anak buah mawa panggil ko pe?"
"cik ma,"
"ko lak fik?"
"cik yu,"
"ain?"
"mak teh,"
"ira, ko lak? nak suruh bakal anak buah ko panggil pe?"
"org kat tawau ni lain sikit. kena panggil bu' ira. sebenarnya babu. tapi budak-budak kan panggil nama yang belakang je. so, bu' ira,"

SEMUA GELAK. 

"pelik betul kena panggil babu. jangan anak buah ko main-mainkan panggil ko sudah la...napa dia panggil BABUUUUUUUUUUNNNNNNN!"

SEMUA GELAK.

macam-macam ktorang borak pasal anak buah. timbul rasa CEMBURU aku. nak jugak! :(. nak pinjam anak buah sape eh?

seronoknya ada anak buah. tak pe tak pe. sabar ye cik ain.. lima tahun je lagi. hehe

* clasmet aku dah addicted main game fruit ninja kat tab aku. hahaha*

bui bui!

No comments: