HAPPY BIRTHDAY TO MAWA OMOT :)

hai.

aku ni selalu lambat sikit nak update blog. nampaknya aku dah semakin sibuk. bukan sibuk apa tapi bila dah ada kelas petang ni, rasa penat pun ada. jadi, aku sibuk merehatkan diri. haha.

harini nak cerita pasal birthday celebration rumet aku. birthday rumet i adalah semalam, 17 Jan 2012, Selasa. wah, rumet aku dah masuk 21 tahun secara rasminya. disebabkan petang tu aku pergi kayuh basikal, jadi malamnya tu aku agak penat untuk prank rumet aku. jiran aku je yang buat prank. kerja aku ialah tido dan bangun apabila dah nak pukul 12 tengah malam.


kepada MAWA OMOT, selamat datang ke alam 21. aku akan menyusul kemudian bila dah bulan Ogos. hehe. umur semakin meningkat. berat jangan bagi tingkat tau! hehe. semoga dimurahkan rezeki, dihadirkan jodoh yang baik-baik hendak-Nya. aminn.. 

handmade utk rumet.. aku men bantai je la buat. penat sgt. hehehe
 terima kasih sebab sentiasa ada di sisi aku dikala aku berduka dulu. sentiasa dengar rintihan hati aku. sentiasa dengar cerita kegembiraan aku. sentiasa support aku untuk terus lupakan kisah hitam. semua tu ajar aku untuk lebih tabah dan kuat hadapi masalah yang menimpa. and yes now, i did it! Love You Roomate

euww..knapa tdung aku begitu bulat? haha. ktorang malas nak tukar baju yang sopan. sebab tu la aya berbalut dengan slimut. mawa tutup seluar dengan kain batik dan iera pgg lelibu. hahaha
disebabkan penat dan mengantuk, mata i pun dah sepet. urgh!
kat sini mari kita cerita pasal aku dengan rumet aku.
  1. rumet lah orang pertama yang aku akan cari bila aku rasa gembira dan sedih. dialah pemegang rahsia sukaduka aku. terima kasih mot!
  2. aku pernah gaduh dengan rumet aku. kalo tak silap, dua kali. Semuanya pasal SUKAN. haha. bila ingat balik rasa klaka pun ada. tapi kami gaduh tak lama pun. sebelum aku / rumet tido, kami akan tulis surat pe yang tak puas. then, salah sorang antara kami balas surat tu n esok paginya dah baik. aku tak suka gaduh lama-lama.
  3. rumet aku adalah seorang yang cepat gelabah. dan dia berperangai macam aku je. macam budakbudak. haha. kalo datang gila tu, memang gila. haha
  4. rumet aku adalah seorang yang obses dengan apa-apa yang berkaitan dengan korea.
  5. dalam kelas aku duduk satu meja dengan rumet aku.
  6. rumet aku tinggi sikit la daripada aku.
  7. she's a good listener n caunselor.
dulu kan masa baru datang mendaftar kat maktab, aku ingat lagi, orang pertama yang aku tegur ialah rumet aku. last-last tak sangka la plak aku dengan dia rumet. rumet aku ni dulu sekolah agama. jadi, persepsi aku tentang dia adalah seorang yang alim dan warak. aku dah risau dah sebab takut tak selesa. tak boleh get along. dah la aku masa tu banyak lak tindik telinga. berbaris subang kat telinga. dengan kuku yang aku inai hitam. ish ish. tapi bila dah lama-lama kat mktab ni, aku tutup satu persatu lubang subang sampailah tinggal satu je. haha. persepsi rumet aku masa mula kenal aku, dia cakap aku rock gila tindik banyak-banyak. sekarang dah insaf dah. hehe. Thanks for being my roomate, mawa! hehe


 bui bui! :)

No comments: