BABY? MUNGKIN TIDAK SEKARANG

hai. 

sambungan untuk entri kat bawah ni ha. siang tadi lepas dah sampai rumah makcik, aku siap siap untuk pergi makan. lepas pergi makan tu, makcik aku nak lawat kawan dia yang baru lepas bersalin.

untuk terus terang, aku sangat sukakan baby. tapi kan. aku memang tak biasa pegang / dukung / or main dengan baby. mungkin disebabkan faktor dalam keluarga aku semuanya dah besar besar. tak ada baby baby dah. jadi, aku kurang pendedahan dengan teknik nak menjaga n pegang pegang baby ni. kazen aku pun cakap yang aku panggil baby pun dah macam aku panggil kucing je. sebab kat rumah aku ada kucing. biasa main dengan kucing je la. haha.

tadi aku tengok baby alolololo keciknya dia. aku pegang pegang tangan n kaki baby tu. memang kecik tapi seorang baby sangat besar bila berada dalam perut ibu. 


kawan makcik aku tu dia kena bedah untuk bersalin baby tu. dia cakap sakit sangt. terasa kena toreh hidup-hidup. OMG! takutnya aku. rasa lemah badan aku dengar cerita bedah bedah jahit jahit ni. serius takut. rasa tak sedia lagi. dan mungkin takkan sedia kot. banyak lagi dia cerita pasal dia bersalin.

aku baca kat majalah yang bersalin dalam air kurang rasa sakit. but then still rasa sakit. tak de ke bersalin secara magic? haha. aku cakap dengan seorang kawan aku tadi yang aku takut la nak bersalin nanti. aku nak bersalin secara magic je. gila tak matang pemikiran aku! haha.

sebenarnya benda ni dah macam jadi satu fobia untuk aku. walaupun aku tak pernah lagi rasa sakit bersalin tu camana tapi ntahla. takut la rasa. nakkan plak kalo tengok video orang bersalin. rasa nak pengsan dengan dengar suara perempuan tu jerit-jerit lagi. 

aku masa form 2 dulu pernah bagitau seorang kazen rapat yang aku takut nak kawin. bila kazen aku tanya kenapa takut, aku akan jawab " sebab nanti aku kena tido dengan suami aku." [hebat kan alasan aku?! hehe]  so, kalo dah tido berdua berlainan jantina, korang tau la kan pe akan jadi. nak kan plak kalo dah sah suami isteri. lepas tu, nanti kena bersalin. korang bayangkan aku masa form 2 aku dah risau pasal benda-benda ni. mungkin sebab aku rajin baca buku biology masa form 2. haha. sampai sekarang la aku sentiasa rasa risau. tapi aku tau, segala dosa perempuan yang bersalin akan terhapus.

entah bila la aku akan hilang fobia ni. harap-harap fobia ni akan hilang. takut! so, perbanyakkan baca al-Quran masa tengah mengandung dan amalkan doa-doa mudahkan bersalin. dan masa tengah tunggu kelahiran baby tu, baca la surah Maryam, Yassin, Yusof dan Luqman. ada lagi surah-surah lain. boleh la google untuk surah surah yang lain. :)

* baby kat bawah ni ialah anak sepupu aku yang ketiga. baby girl. tadi dia nangis bila dengar aku nyanyi lagu twinkle twinkle little star. haha. panik terus aku. aku angkat baby ni, lagi la dia nangis. aku tak reti la nak main dengan baby tapi dengan budak-budak kecik aku reti! haha. tak berjiwa ibu betul la aku ni. hehe
p/s: kena tunggu adik beradik aku kawin n dapat baby baru aku reti main dengan baby kot. haha.

bui bui!

No comments: