PLEASE LA JANGAN BUAT AKU CMNI :(

hai.

harini hari ketiga aku ke kelas. subjek harini ialah Kurikulum Matematik di Malaysia. kenapa subjek semester ni banyak subjek macam sejarah-sejarah? matilah exam semester ni. mesti byk benda kena stadi.

bila dah belajar sejarah awal pagi, of coz masing-masing dah patah tulang belakang. aku mengantuk masa kelas math! mata aku rasa berat sangat harini. at first utk hilangkan rasa mgantuk, aku melukis. at last, aku terlelap masa melukis. bila terjaga, aku dah tau menatang pe yang aku lukis tu. huruf- huruf yang aku tulis masa salin nota pun dah tak macam huruf dah. haha
nak tido pun kena ada gaya jugak.
kelas quran harini tak de lec masuk. yey! bila lec dah tak de, ktorang memang suka borak. borak dengan dak laki pasal gadget n tengok dorang main game kat tab aku.

kalo borak dengan budak perempuan pulak, mesti borak pasal masa depan. tu je la hot issue ktorang. tak habis-habis pasal kawin. HAHAHA. agaknya sape la classmate aku yang kawin dulu ye?! tak sabar nk tunggu kad jemputan kawin beberapa tahun akan datang ni. n aku selalu terfikir dengan sape lah aku kawin nanti.. hehe

ouh, petang semalam kan, aku belajar pakai kain batik dengan rumet aku. belajar beberapa minit je, aku dah rasa fade up. aku tengok rumet aku buat demo senang je nak pakai. tapi kenapa bila time aku nak pakai je, kain batik tu jadi comot? lagipun rumet aku cakap pinggang aku kecik. kain batik boleh belit 2 kali.

so, petang tadi mood nak belajar pakai kain batik datang lagi. hehe. aku tak belajar dengan rumet aku dah. tapi aku pergi belajar kat youtube. haha. same je. tak reti jugak aku pakai. at last, aku arrange sendiri. pakai cm yang rumet aku ajar tapi aku susun cantik-cantik skit. at last....yeyyyyyyyyy! berjaya! 

aku jerit kat rumet aku. gembira btul! rumet aku gelak je. then aku pergi bilik jiran aku. bilik aya.

"aya, at lasttttttttt....aku reti pakai kain batik....." aku gelak je. hepi kot. hehe

" sengal. hahaha"

so, untuk malam ni, aku pakai kain batik. dah rasa macam perempuan melayu terakhir. hehe. tapi nak tido nanti aku pakai la seluar pulak. senang nak peluk bantal. haha.

bila dah reti pakai kain batik ni, aku rasa macam dah ckup syarat dah nak kawin. HAHAHA. gile gatal. haha. dah boleh kawin ngn orang kampung dah. ala, aku pun tinggal kat kampung.. main pasir jugak dlu- dlu. ingat bandar sangat ke aku?! haha.

lately, aku rasa macam kurang sihat la. sebab P.M.S ke ye? dah macam cite Ombak Rindu la pulak kan. Iza Ombak Rindu tu mual-mual, pening-pening masa P.M.S. haa, aku pun cmtu la sekarang. tak tau kenapa. yang aku tau sejak aku P.M.S bulan ni la.

cm pagi tadi, aku hampir pitam kat tandas masa nak mandi. hampir jatuh. berpinar-pinar pandangan aku. aku ingatkan aku mamai lagi.

then tengahari tadi masa nak makan, aku tengok muka ikan yang aku makan tu, aku rasa mual sangat. mual tengok muka hodoh ikan yang kena goreng tu. sorang kawan aku tadi pun buat demo orang kena sawan,  aku rasa mual gile tengok muka dia. rasa nak muntah je. semalam masa keluar dengan kawan aku pun, aku rasa mual bila dah duduk lama sangat dalam kereta. pelik betul eh aku bulan ni.

sem lepas aku rasa mual bila makan nasi. lapar tapi aku sengsara nak makan. bila dah mual, mesti la tak nak makan dah kan?! peliknya mual mual ni. for sure tak de pembawakan ANAK! i masih dara. haha.

dah habis cerita pasal mual mual, n sekarang aku pelik betul tiap malam aku mesti dapat mimpi yang extreme. tak kesah la extreme cmana pun. kadang-kadang mmpi yang aku dapat tu tak padan dengan status bujang aku. hahaha. mimpi hantu la. mimpi laki yang aku minat tulis surat kat aku n nak masuk meminang. (aku cam betul laki yang dalam mimpi aku ni ). n macam-macam la. 

malam ni pe lagi mimpi extreme aku ea? nak cakap tak baca doa, baca je. nak cakap tak basuh kaki, basuh je. n nak cakap aku terlalu berfikir sesuatu perkara, tak ade la pulak. setan la tu tumpang tdo sebelah aku. haha

harap-harap aku mimpi best la pulak malam ni. pleasseeeeee :)

*panjang la pulak entri aku ni*

No comments: