EXCITED SANGAT PETANG PETANG MAIN BASIKAL, MALAM SENGSARA

hai.

entri harini adalah mengenai aktiviti kayuh basikal. tengah seronok-seronok online fb, tiba-tiba ain datang bilik n ajak pergi taman botani utk pergi main basikal. urm, aku jenis tak ada hal sebab aku suka pergi jalan-jalan. hehehe. jauh perjalanan, luas pemandangan. lagipun dah lama aku tak main basikal. paling last pun aku pergi kayuh basikal semester lepas je. masa tengah bahagia dulu-dulu. tak boleh bla punya ayat! haha.

dulu-dulu punya cerita.



masa ni nak hujan dah.
 kalau dulu pergi kayuh basikal berempat. kali ni pun berempat. tapi ahli baru yang menggantikan yang lama. seperti biasa...aku..ain, cucut n ahli baru ialah iera.hehe. seronok la jugak. tapi penat la pulak aku. dah la lupa nak warming up. memang nak tido malam tu memang jadi udang la aku. aku terlebih excited sebab lumba basikal dengan dorang.

"sapa yang last, kawin dengan orang gila!"

hahaha. terus semua pun cepat-cepat kayuh basikal. haha.

iera, saya n ain
sori cucut tapi aku lagi tinggi. sekian terima kasih. hehehe
ouh, mcm romantik je kalo men 'ciku cak' kat pokok dengan pakwe. hahaha
 baru je 10minit kayuh basikal, masing-masing dah pergi serbu vending machine. tak kuat betul stamina. haha.
dr rendah kepada tinggi. haha
masa tengah kayuh-kayuh basikal nampak orang berkayak. waa, macam nak je berkayak. tapi ktorang tak de chance nk berkayak sebab nak ke tempat sewa kayak tu tak boleh masuk dengan basikal. disebabkan malas nak jalan kaki ke tempat kayak tu, kami tengok je la orang berkayak.

tengah amik gambar, nampak orang berkayak. macam nak berkayak jugak!
kat sini la ktorang tengok orang berkayak.
dalam pukul 6 cmtu, ktorang selesai main basikal. ouh, kaki aku rasa macam tak kuat je. rasa nak kena dukung je sebab bila berdiri rasa cam tak stabil je. nak terjatuh je. tu la, padan muka! tak warming up sangat! haha

main basikal ni banyak membuang tenanga dan lemak aku yang terkumpul. dah la badan aku jenis kurang lemak. ish ish ish. risaunya kalo berat badan turun. sob..sob..sob.. 

disebabkan banyak tenaga digunakan, aku jadi lapar. padahal sebelum keluar tu aku baru je lepas makan. jadi lapar yang membuak-buak. ktorang pun pergi singgah Presint 16 untuk makan petang kejap.

dah kenyang. rasa nak tido je. mata pun dah tak brapa nak bukak dah tu
balik asrama, lepas maghrib aku terus pengsan. rasa nak demam pun ada sebab terlalu penat. haha.

bui bui!

p/s: aku dah la rabun jauh, rabun cahaya n terbaru ialah silau pada cahaya matahari. mata aku macam dicucuk kalo berada di tempat yang terlalu banyak cahaya. untuk mengelakkan rasa sakit pada mata, terpaksa pakai sunglasses.dah la aku jenis tak ske pakai sunglasses. tibai je la sunglass mak. nnti ain bagi balik ye? hehehe