AKTIVITI CUTI DEEPAVALI PART 1

hai semua! hehe..

sekarang ada mood sikiiitttt... okay, nak sambung cerita. seminggu aku ada kat rumah, aku rasa seronok sangat. yela, tiap-tiap hari habiskan masa bersama family lebih-lebih lagi dengan mak aku.

aku suka keluar dengan mak aku sebab dia banyak duit. heheheeh.. aku tak do duit. haha
#rumah seremban#
hari pertama, mak aku bawak pergi klinik. actually nak bawa adik aku pergi inject sebab dia jatuh tangga semalamnya tu. tak pasal-pasal aku pun kena inject jugak. urghh! kalau kena inject kat lengan tak pe jugak. ni kena inject kat punggung. tiga hari tiga malam aku tido mengiring tau! sengsara i. sob..sob..sob. sebelum tu doktor tu ada bagi choice. nak inject kat punggung ke atau masukkan ubat melalui tiub. tapi kena cari urat la kat tangan. alahai...nak masukkan ubat melalui tiub sejam i kena admit kt klinik tu. at last my mum suruh inject je la. gila takutttttttt

rasa macam kena sengat tebuan! haha
*tiap-tiap bulan sekarang ni aku kena inject! takutnyaaaaaaaa.. :(

lepas dah kena inject tu, kebas gila punggung aku. then kami gerak ke shopping mall.. hehe..sakit tu tetap ada tapi shopping punya pasal, aku redah je. hehe.

tak ada beli apa pun. pergi format laptop mak and rawat baby dslr. tu je.

-------------------------------------

esoknya tu parents aku kena pergi Kudat sebab papa dapat Anugerah Guru Cemerlang. adik aku pulak ada stadi group kat starbucks. gila kaya kan kawan-kawan adik aku ni. stadi pun nak kat starbucks. tapi dorang memang kaya pun. so, aku terpaksa la drive bawa adik aku pergi starbucks. nak pergi starbucks tu dalam 30 minit jugak la perjalanan. first time aku drive kereta kat kawasan Kota Kinabalu. hehe. rasa macam pro la pulak kan. 

my beloved parents..ni kat rumah lama ni.
tunggu adik aku punya pasal habis stadi, aku pun pusing pusing la shopping mall. SORANG-SORANG. kesian dan bosan gila! semua kedai aku masuk. dan bila dah masuk kedai itu kedai ini, mula lah aku beli benda yang mengarut.

dalam pukul 8 malam barulah aku dengan adik aku balik rumah. susah la aku nak drive malam malam. tak nampak sangat. nak kan pulak aku ada rabun cahaya. silauuuuuu.. tapi pape pun selamat sampai rumah.

ouh, papa aku dapat anugerah guru cemerlang ni kan, dia dapat duit. so, dia bagi abg aku RM1K sebab abg aku dapat 4flat untuk exam dia. aku bet la dengan papa aku..

 antara perbualan aku dengan papa:

aku:     papa, kita bet pa.. kalau ain dapat 4flat jugak, papa kena bagi ain RM1K jugak macam babang.
papa:   tok se (tak mau). nanti duit papa terbang.

aku gelak. yela, kalau aku bet dengan papa aku, mesti papa aku kalah. hehe.

last time papa bet dengan aku masa aku tingkatan dua. kalau aku dapat pointer 3.5 above, dia belikan fon apa je aku nak. aku berjaya! and then masa form 3, papa bet kalau aku dapat straight A's PMR, dia belikan aku kasut Clark. dan aku berjaya.. hahahaha

:::conclusion::: dorang tak boleh bet dengan aku. kalau tak, mesti dorang rugi. sebab aku akan berusaha lagi kuat untuk menang bet tu. hehe.

okay, tu je. babai!