"JANGAN TENGOK MACAM TU!"

hai semua!

sekarang ada di rumahku syurgaku. disebabkan makcu tiada di rumah, jadi aku telah menjadi seorang ibu mithali / kakak yang sangat baik sebab aku mengemas rumah dan memasak untuk adik-adik. actually kazen. 

disebabkan aku sentiasa berada di asrama sejak umur 13 sampailah 20 tahun, aku kurang terdedah dengan kemahiran memasak. haha. okay, bukan aku tak reti memasak. reti tapi tak adalah semua masakan aku reti. setakat masak cincai tu bolehlah. 

aku rasa masak yang aku reti pun macam ayam masak blackpepper, ayam masak madu, masak lemak cili api, buat sup, udang goreng kunyit, udang masak sambal dan sebagainya. tapi cam aku cakap tadi, tak delah semua benda aku reti. haha. takpe! hujung tahun ni mak i nak hantar i pergi kelas memasak dan kelas buat kek. ting tang ting tang alexander! haha. rasa macam seronok dan teruja pulak nak ke kelas memasak dan buat kek. hehe.

petang tadi pulak, tiba-tiba rasa nak buat cucur ikan bilis untuk hi-tea. dah siap masak, melantak dengan kazen sambil layan filem Klip 3gp. tak best pun cerita dia. best lagi kunyah cucur ikan bilis aku. haha.

perancangan esok pulak ialah ke rumah makcik nora. makan tengahari di sana. yes! tak payah masak dah. haha. perkaran yang paling utama aku balik seremban adalah untuk belajar mekapppp... 

thank you ye Cik B sebab sudi ajar i mekappp.. biar i kelas gitu! haha. tak sabar gila. so, muka yang di'mekap'kan oleh Cik B aku akan cerita kemudian okay?

ouh, kejap! jumaat lepas aku balik Seremban. bila dah sampai stesen ktm seremban, aku pergi la kat kaunter sebab aku ingat nak reload touch n go aku. lepas tu, aku tanya la

"encik, kat sini ada tak yang untuk reload touch n go?"

masa laki tu nak jawab soalan aku, aku tengok la dia. bagi tumpuan. lepas tu boleh pulak dia cakap 

"awak jangan la tengok saya macam tu, takut saya tengok,"

aku terkejut. ekspresi cmana yang aku tunjuk kat dia? adakah aku terbuat muka manja kat dia sampai dia cakap cmtu? aku rasa tak adalah pulak sebab aku sedang bertanya. bukan nak menggoda dia.

mata yang innocent okay!
aku rasa malu gila. biarlah tak ada orang masa aku tanya laki tu. cis! dia dah memalukan aku depan kawan dia. urghh!

aku telefon cerita dengan mak pasal ni!

okay, tu je nak cerita. dah banyak hari aku postpone entri ni. tak ada masa. musim exam lah!

bui bui

No comments: