PRIVATE HI-TEA

hi.

selongkar kenangan- kenangan lama, terjumpa satu disc yang simpan gambar-gambar keluarga. rindu pulak zaman dulu-dulu. sekarang ni dah kurang buat aktiviti keluarga. masih buat tapi tak gempak macam dulu lagi.

aku dah tak ingat la bila aktiviti keluarga ni dibuat. atuk dan wan bawa kami ke private hi-tea. tema yang kami rancang adalah gothik. actually kami tak pakai pun gothik gothik. tema saje nak gempak padahal tema pakaian kami ialah warna hitam. hehe. nak sehati sejiwa la katakan. 

tema gothik tu adalah rancangan aku dan kazen kazen aku. lepas tu kami sebar kat makcik pakcik. pesan supaya pakai baju tema warna hitam. sibuk sebar menyebar lupa pulak nak pesan kat wan dan atuk, konklusinya wan dan atuk hadir private hi-tea tu pakai baju lari tema. tapi dorang still sedondon. pakai baju yang sama warna. hihih. tak pelah. VIP dikecualikan. hehe.

atuk dengan wan masih sedondon wlaupun lari dari tema. hehe
hi-tea tu diadakan di Royal Bintang. hi-tea tu mmg dibuat khas untuk kami sekeluarga. orang lain tak boleh kacau makanan yang disediakan untuk kami. hehe. punya seronok makan. tak payah nak tengok orang lain menyemak  ambik makanan. hehe.


lepas dah makan muntah makan muntah, aku dengan kazen ambik gambar. rutin biasa kami. kami memang gila bergambar! hehe



pemakaian aku dulu dulu tak kelasssss! haha

love mum!
*kamera yang aku guna dulu tak berapa nak kelas macam kamera yang orang lain guna sekarang. sedih betul. hehe

bui bui!