KE ALAMANDA UNTUK BUANG DUIT PART 2

hai semua!

baiklah sebelum aku mula belajar *konon lah kan* aku nak warming up jari dulu. hehe.  ayat nak manis je kan?! 

semalam aku dengan ain keluar berdua. ke ALAMANDA. again! again! again! tujuannya adalah untuk keluar makan je pun. tapi tak sangka sampai pergi enjoy la pulak. terlebih sudah! tak ingat dunia. haha

pas solat malas nak pakai pashmina yang kompleks. haha
meet my buddy::: ain..
*aku selalu lupa nak setting tarikh betul betul*

pergi makan mcdonald, tiba-tiba mata terpana kat seorang lelaki. pergh! hensem gila! sumpah hensem! indahnya ciptaan-Nya. cuci mata sekejap sambil makan. kalau lah jumpa facebook orang tu, memang nak add habis-habisan! haha. *terlebihsudahakunih!*

lepas makan, tak tau nak buat apa. pergi jalan-jalan konon nak tengok wayang tapi urm.. tak nak lah. nanti masa banyak habis tengok wayang je. jalan punya jalan tiba-tiba nak singgah kat Etude. aku tak pernah la pulak kan singgah kat Etude ni. sebab bila lalu je, rasa harga produk dia mahal.

bajet macam orang ada sejuta ringgit la kan. tapi kan aku rasa produk Etude ni sangat interesting la. nak tak nak, aku tanpa sedar telah TERbeli hand cream Etude. ouh, tapi aku sangat suka sebab wangggggiiii... aku suka benda-benda yang wangi. heeeeeee...

jakun! jakun! jakun!
pashmina style turban tu kan aku pakai on the spot. orang yang dalam utube tu ajar pakai style ni, aku ikut on the spot sebelum nak keluar. sebab tu nampak lain macam je. tapi berjaya jugak la kan aku pakai turban style. hehe

lepas tu jalan-jalan masuk Watson. kawan i nak beli eyeliner. and at last aku  pun TERbeli eyeliner jugak. eyeliner warna biru. alasan aku kat diri sendiri tak boleh blah! "tak de eyeliner biru lagi ni," urgghhh!

jalan-jalan lagi cuci mata. okay fine, si hensom dah tak kelihatan lah! sedih la pulak kan. haha. dah tunaikan kewajiban pada-Nya, kami sambung lagi pergi enjoy.

pergi karaoke kejap kat malaysian idol. rasa nak menyanyi la. tak puas menyanyi kat bilik. lepas tu pergi makan dan balik maktab. penat tapi tidur tetap lambat. ish ish ish.

cudcud adalah driver kami. haha
yang ni aku tak kenal siapa! =_='
sampai bilik tu aku makan nasi goreng cendawan cepat-cepat. pukul 4 pagi pulak makan burger mcd. ish ish ish. nak gemokkkkkk!


okaylah! nak pergi belajar dulu. bui bui!

No comments: