SELAMAT BERCUTI

hai semua!

sebelum balik ke sabah.
btw, selamat bercuti kepada sesiapa yang tengah bercuti macam aku ni. fuhh, memang seronok. cuti kali ni aku tak ada nak rasa rindu rindu kat sesiapa. 

aku cukup puas berada di rumah di samping keluarga aku. itu sudah cukup bagi aku! nak kan pulak makanan kat rumah banyak la pulak. memang seronok la. hehe

macam adegan semalam. datang rajin aku nak susun makanan yang ada dalam peti sejuk. sambil menyusun, sambil makan makanan yang ada dalam peti tu. minum vitagen, makan yogurt, makan kek lapis sarawak, makan itu makan ini, memang tak payah cerita la. seronok gila kalau kat maktab ada makanan macam ni. hehe.

petang tadi aku buat ayam masak madu. disebabkan ayam tu kena kukus lama sikit sebab nak bagi sedap, aku tengok la tv. 15 minit kemudian aku kembali ke dapur untuk terbalikkan ayam. setiap 15 minit. sampai la papa aku panggil aku untuk minta aku hantar dia ke pekan tuaran. dia nak ambil teksi dan terus ke Kota Kinabalu. nak ambil kereta Mercedes katanya. anak bertuah punya anak, aku ingat nak hantar papa ke pekan kejap je la. jadi, aku tinggalkan la ayam madu aku tu dengan api yang perlahan.

driving dengan vios. sekarang ni aku dah berani okay drive kereta kelisa. kereta tu manual. dah handal betul aku. haha. jalan nak ke pekan tuaran tu bengkang bengkok sikit. banyak selekoh. tengah syok drive, papa aku tegur aku,

" bawa kereta jangan bawak macam ular. matured la sikit,"

slumber je papa aku cakap. 

haha. agaknya sebab setiap kali selekoh, aku malas nak brake kot. laju pulak tu. bahaya kan pemanduan aku.

setakat cuti ni, aku tak keluar jalan-jalan lagi dengan mak aku. mak dan papa sibuk kerja lagi. adoi, kenapa lah dorang tak cuti padahal dah cuti sekolah. jadi, aku kat rumah tugasnya jadi orang gaji. orang gaji bergaji tauuuuu! i sukalah dapat duit $$$$. 

dah dapat duit tu nanti, aku ingat nak beli barang mekap Mac. takpun nak beli fon. tapi fon samsung galaxy i camana? kena sabar sikit la kalau macam tu. aku rasa duit aku akhirnya habis belanja entah beli ntah pape je.

tu je untuk kali ni. jumpa lagi lepas ni. bui bui