SEPETANG BERBASIKAL BERSAMA PAPA

haluuuuu..

sori okay, tapi aku cerita aktiviti aku sepanjang cuti ni secara rawak je sebab aku dah semakin lupa aktiviti mana yang aku buat dahulu.

baiklah, sabtu lepas, masa tu mak ada kelas. so, aku, amim n papa je yang ada kat rumah.

petang tu, papa ada tanya
"nak ikut papa main basikal tak?"

at first aku macam malas sebab masa tu aku baru balik rumah dari salon kecantikan. ceh! konon salon kecantikan la sangat. hahahaa. lagipun masa tu pukul 4 petang. panas. bahang. dah la bilik aku menghadap matahari terbenam. so, terasa hottttttt jugak la kan sikit-sikit. hehe

yeah! get ready

then, aku pun fikir-fikir balik. yelaaaa...baik aku ikut. at least ada jugak aktiviti kekeluargaan aku dengan papa. cewahhh! heheeh. so, aku pun bersiap. dan adik aku pun ikut. tapi dia tak aci. dia drive kereta. cis!

kayuhan bermula!
mula-mula papa cakap dengan adik aku yang ktorang akan kayuh basikal sampai Rasa Ria Resort. aku ingatkan resort tu dekat je. mungkin dalam 2km ke. tapiiiii.... harammmmmm..kayuh punya kayuh  tak sampai sampai. penat kot aku!
mak tersilap bagi info cakap beli basikal fixie. rupanya basikal lain
masa ni boleh lagi senyum senyum.. ceh!
aku asyik tanya papa "jauh lagi ke pa?"

yeah! jauh meninggalkan papa. lepas tu aku dah kayuh slow sebab penat dah.
adik aku duk lambai-lambai je dari dalam kereta. urgh!

sampai je resort tu, aku turun dari basikal. aku mintak papa tolong naikkan tempat duduk kat basikal tu sebab cam terlalu rendah dan penat kaki aku nak kayuh. sambil tu aku pergi baring dalam kereta. penat! rasa macam nak angkut basikal tu dalam kereta dan balik je.

tapi disebabkan aku ni kuat lagi perkasa, aku kayuh la jugak basikal. dah alang-alang kan. alah balik ktorang ikut jalan kampung.

aku nikmati pemandangan dalam kampung tu. ada ladang jagung, sawah padi, kandang kuda, kandang kambing, kandang babi, kandang lembu. semuaaaaaa ada! dan aku dah kenal dah macamana bau tahi babi! HAHAHAAHAH.

btw, untuk pengetahuan, rumah aku ni dekat jugak (tapi still jauh okay) dengan kandang babi and it is not good for health. kalau dekat-dekat maghrib tu, kalau dah terbau busuk-busuk tu, aku dah agak dah. pastu mesti akan cakap cmni...
"mula dah bau tahi babi meresap...!"
 hahahahaah
so, kena tutup tingkap dan pintu semua.

masa tengah nikmati pemandangan kat kampung tu, aku dah la tengah penat dah kayuh basikal dalam 10-12km, aku pun kayuh perlahan-lahan je la, then tiba-tiba datang 5 ekor anjing duk "woof woof woof" kat aku dengan papa. gila ah! masa tu, tak de rasa penat langsung! aku kayuh basikal laju-laju. sadis kot kena kejar anjing masa tengah penat. HAHA.

at last sampai jugak rumah. adik aku dah lama sampai rumah sebab masa ktorang kayuh basikal untuk balik, dia dah balik dulu. aku turun basikal dengan lemah longlai. kaki ni rasa macam lumpuh je sebab tak larat nak berdiri dengan betul.

ketuk ketuk pintu rumah adik aku tak bukak. jerit-jerit panggil adik, dia tetap tak bukak.urgh! nasib la kejap lepas tu mak dah balik dari kelas. masa tu rasa nak masuk rumah, dan minum air sejuk dan terus baring. penat!

esoknya tu punggung aku sakit. aku syak mesti sebab aku duduk lama sangat atas basikal. HAHAHAHA.

bui bui! :)

No comments: