CERITA BASI; AWAK SAYA PUNYA BLACKBERRY!

hai.

malam ni aku ada cakap nak sibukkan diri kan? so, aku menyibukkan diri update cerita basi. haha. jom!

sebelum raya haritu, aku bersama beberapa orang clasmet ke Mines. tujuan utama adalah sebab dua orang kawan aku nak beli fon baru.

alin, fik, napi n mawa

aku tak ada plan nak beli apa-apa. hanya nak usha baju raya. tapi semua baju raya aku tak kena approve dengan mak sebab mahal. hurm.. so, kiranya masuk fitting room untuk fitting baju kurung cmtu je. aku hanya cari baju kurung warna kelabu je sebab tema warna kelabu. raya tahun depan, dorang plan nak warna turquoise untuk big family. 


lama jugak la tunggu clasmet duk usha fon dan pujuk-pujuk kakak tu letak harga murah. at last dalam sejam lebih cmtu la dorang selesai beli fon. mawa beli Samsung II dan fik beli Samsung Advance. aku usha-usha blackberry je. tanya harga. 

yeah! selamat dah
fik resah gelisah duit dia bakal melayang.hehe
okay fine! masing-masing sibuk dengan fon baru.

kemudian kami pergi bukak puasa. masa on the way nak buka puasa tu, adik kol suruh beli blackberry. amboiii..dia ingat beli blackberry macam beli asam boi ke? haha.

then, aku kol clasmet, hafiz untuk tanya pasal blackberry. aku bukan pengguna blackberry. so, aku tak tau apa yang perlu aku amik tau sebelum beli bb. hafiz pun promote itu ini dan bla. bla. bla. bla.


lepas buka puasa dan smbhyg maghrib, dalam masa 30 minit aku dah selamat beli blackberry curve 4. napi dan alin yang temankan aku. 

saya geng bb dah! hehe
aku dah selamat menjadi pengguna bb. at first bb ni macam leceh sikit la. satu sebab keypad dia kecik dan penat aku nak taip. mungkin sebab aku dah terbiasa touch screen. tapi yang best bb ni adalah internet plan dia yang murah. RM30 untuk sebulan bagi maxis. kalau internet plan untuk iphone, mahal! malas aku layan kau, iphone! hahaha.

semenjak pakai bb, aku rasa iphone aku merajuk sebab aku dah anaktirikan dia. apa-apa mesti aku bawa bb. iphone aku bagi tinggal camtu je. haha. best la jugak guna dua-dua fon.tapi bb ni kuat makan bateri. sehari tu entah berapa kali aku nak kena cas. cis!


bui bui! :)

No comments: