JALAN-JALAN PART 1

hai.

hari pertama cuti aku, mak, amim dan papa pergi suria sabah. saje jalan-jalan cuci mata. lagipun aku dah lama tak round shopping mall kat sabah.

masuk suria sabah aku nampak butik COACH! waaaa...dah maju dah..terus tarik mak masuk butik coach. usha handbag tapi kan design handbag coach kat sabah ni macam lebih kepada design orang tua la. aku nak cari coach poppy! so, aku just survey harga je. tempat letak syiling je pun dah RM200++ pergh!

coach poppy design cmni la...comel comel groovy cmni. barulah remaja! hehe

jalan-jalan lagi dan jumpa pulak PANDORA. oh mai! syoknyaaaaa.... sambung jalan-jalan dan masuk butik Roxy. beli beg roxy satu dan masuk parkson.

sambutan deepavali. ada pelajar UMS buat persembahan.

masuk parkson pergi bahagian pinggan mangkuk, pergi bahagian cadar katil. hajatnya nak beli cadar katil. tapi semua pun cam terlalu mahal. semua RM200++ kalau sekali dengan comforter. kita harus tengok bed sheet yang berbaloi dan murah. hehe.

tadaaaaa! shopping dengan membawa troli polka dot. senang nak letak barang.. over tauuuuu! haha
tengok alas kaki la, tengok bantal la..semua nak tengokk....

dah penat jalan-jalan round satu suria walaupun tak habis, kami berhenti makan kat kenny roggers. makan bersama family sangat seronok. sambil makan sambil borak. seronok! 

lepas makan, terus singgah pasar ikan kat pasar philipines. nak beli ikan. kat pasar ikan ni kan...ada ramai sangat budak-budak kecik yang jual plastik.. kadang-kadang dorang datang tepi dan terus masukkan barang kita dalam plastik. kadang-kadang dorang ni memaksa suruh kita beli plastik. dorang akan ikut kita sepanjang kita beli ikan. rimas jugak. rasa takut pun ada sebab dorang memaksa. dengan buat muka kesian lagi. ish ish ish.


ikan fresh dari laut. gambar kedua tu ada nampak budak kecik bawak plastik kuning kan? haa..tu la geng-geng jual plastik.

 mak sedara dtg sabah terkejut sebab sayur kat sini murah-murah serendah RM1. beli timun satu plastik besar RM1. JULING MATA DORANG! haha

bui bui! :)

No comments: