JALAN-JALAN PART 3

hai.

saya telah kembali normal. malam ni rasanya macam nak sibukkan diri. mungkin nak sibukkan diri cari resepi kot. tak pun sibukkan je la diri buat apa-apa yang patut.

baiklah, selepas Jalan-Jalan Part 2 kat 1borneo haritu, esoknya tu kami ke 1BORNEO LAGI! tujuan utama adalah untuk hantar induction cooker hantar repair. mak cakap induction cooker tu tak panas la pulak. so, siap-siap dan terus ke 1borneo.

perjalanan kami kali ni ada papa sebab papa tak ke sekolah harini. sampai 1Borneo parking penuh. entah event apa yang ada kat 1Borneo ni. pastu baru ingat yang harini ialah Deepavali. tapi tak de la pulak tarian-tarian india ke apa kat 1Borneo tu.

sampai 1Borneo terus ke Aowa untuk hantar induction cooker. promoter tu tengok-tengok apa yang rosak tapi sebenarnya tak rosak pun! just beberapa setting kat atas dapur gas tu yang ktorang tak tau.

mereka bertiga

kebaikan guna induction cooker ni adalah bila kita jerang air, bila dah masak, dia akan off sendiri. tinggalkan je cerek tu atas cooker ni. bila masak nasi dan megi dia akan off sendiri. tinggal nak amik megi dalam periuk stainless steel dan masuk dalam pinggan je. hahaha. kiranya induction cooker ni sesuai untuk orang malas pun boleh jugak. temperature cooker ni pun dia akan adjust sendiri. keburukan dia bila tak ada letrik, tak boleh memasak! hehe.

lepas dah settle semua tentang induction cooker, kami lepak makan-makan dan minum-minum kat Big Apple. then pusing-pusing dalam 1borneo.

papa, mak n amim

lepas tu keluar dari 1Borneo dan ke Centre Point (CP). pg CP sebab nak makan roti canai je. mak cakap roti canai kat mamak tu sedap. 

maluuuuu sebab muka buruk! hahaha :")
dah selesai makan, kami pusing-pusing CP kejap dan balik rumah.

simple je kan hidup aku cuti ni kan? hehe

bui bui! :)