BILA KELUAR BERGONJENG-GONJENG, DUIT PUN IKUT BERGONJENG-GONJENG JUGA

HI  SEMUA!

hari ni jari aku jadi ringan sikit untuk update blog. padahal isnin ni aku kena hantar assignment Perkembangan Kanak-Kanak dan laporan PBS. cis! baru je nak relax goyang kaki tengok cerita Mean Girls 2 tapi mulai esok aku kena struggle buat assignment la pulak. =_='

ouh, tadi role play untuk assignment Pengurusan Gerko berjalan dengan cemerlang sekali! OMJayyyyy... aku suka lah buat assignment Gerko tu. memang memerlukan kerjasama padu daripada ahli-ahli sekelas. PISMP 1.14, korang memang the best! i love u all!

Sabtu lepas aku telah digoda oleh dua oleh perempuan yang banyak duit untuk menghabiskan duit aku. aku ingat weekend tu tak mau keluar. yela, aku ada aim nak simpan duit dan nak beli kereta dan camera DSLR kepunyaan sendiri. tak mau minta belas kasihan orang. tapi aku gagal la wei! dua orang perempuan ni memang hebat menggoda aku sampai aku pun bersetuju untuk keluar.

sekali keluar, bukan sikit duit nak kena pakai. walaupun keluar pergi Alamanda je tapi seyes wei habis duit. ish ish ish! tapi tak pe lah. aku rasa puas hati jugak. 

kami pergi tengok wayang dua kali. wayang pertama pukul 1 sampai 2.50 petang. cerita Sucker Punch. bagi aku, cerita ni memang best! aku suka. nak kan pulak dia tentang perempuan in action. memang terasa aku jadi hero la dalam cerita tu. kalau tak khusyuk tengok cerita ni, memang takkan faham dan terpinga-pinga lalu tuduh cerita ni tak best. =(.haha...kan best kalo sucker punch ada sambungan yang kedua...=)
 dalam cite sucker punch tu, aku paling suka watak babydoll..kawan aku, kein cop watak sweet pea n tyqa watak blondie...hahahaah
cerita kedua start pukul 3 petang. nasib la kami semua sailormoon...tak boleh solat. haha. so, memang dah keluar dari panggung, terus masuk panggung lain lak. kami tengok cerita Dalam Botol. ngok kan? mcm tak de cerita lain je nak tengok. cerita ni memang lambat dan bosan. grr!

dah habis tengok wayang, kami gerak pergi MCD kejap sbb dah lapar tapi nak pergi beli fries je sebab terasa nak makan fries je. haha. dah beli semua, terus kami gerak untuk karaoke. oleh sebab yang ktorang keluar ni tak de lelaki, so, xde la nak malu-malu kambing nak melalak dalam bilik karaoke tu. haha
 mulut kena muncung muncung skit kalau nak jadi penyanyi yang berjaya. jangan lupa tutup mata untuk menjiwai..haha
 
 posing pilih lagu pun ada gaya tau! haha

 aku dah la masa tu tengah sakit tekak masih ada hati nak menyanyi. haha. tapi sakit tekak pun, aku tetap puas hati. hehe.

dalam pukul 9 malam cmtu kami pun balik! i love girls day...=)

2 comments:

AiDa AzRyN said...

wah... karok ye.. :D

Mi$s NiCkeL=? said...

aida: hehe..dh lama tak karok.hehe