7 STEPS "BYE BYE BLACKHEAD"

hi dudes!

hari ni aku terpanggil untuk menulis entri baru lak. dah lama kan? exam pun dah nak dekat. ouh, assignment dah habis. yey! boleh la post hadiah. hehe.

aku sekarang ni setiap malam sebelum tido, mesti akan minum susu. aku nak jadi gemok. nak gemok. =( lagi satu, kalau kita minum susu sebelum tido, tido kita pun akan lena. dan bangun pun akan rasa cergas je. tak penat dan malas malas. hehe. betul tak?

dan sekarang ni juga, aku makin jaga muka. eh, bukanlah aku nak cakap aku lawa lepas tu kena jaga muka ke apa. aku sekarang ni jaga muka aku betul betul sebab aku tak mau ada jerawat jerawat durjana tu singgah dah kat muka aku. baru la berkeyakinan sikit. walaupun muka aku dah tak de jerawat, aku sekarang ni dalam proses nak menghilangkan parut parut dan benda benda yang spoil kn muka. hehe..

sekarang ni setiap dua hari mesti aku akan bersihkan berus muka. eh kejap! BERUS MUKA







ye...berus muka la yang oi.. ingat baju je ke ada berusnya? muka pun ada.tapi bukan guna berus baju la. haha. korang pernah jumpa tak benda yang kat bawah ni?


haa... ni la dia pemberus muka. specifically untuk hidung dan untuk remove blackhead. aku guna benda ni la. benda ni senang ke ha nak jumpa? cm susah je kan? 

untuk sesiapa yang dah ada pemberus ni dan masih tak tau nak guna cmana blh la baca apa yang aku nak ajar ni.
  1. mula-mula basahkan muka korang dan jangan lupa letakkan pencuci muka. pencuci muka mana-mana pun boleh. tapi kalo nak memberus muka dengan pemberus ni aku selalu guna pencuci muka yang berbentuk sabun. sebab buih pun banyak. jadi takkan melukakan hidung dan muka kita yang anggun ni. auww! hehe
  2. lepas sabun dah berbuih dengan lebat  banyak, ambil pemberus muka tu dan berus secara circular movement. kalau buat secara circular, senang la blackhead, whitehead,readhead,bluehead nak keluar. tak payah beriya sangat nak memberus muka sebab terlalu taksub. perlahan-lahan sudah. kang luka lak muka.
  3. normal la tu bila dah memberus muka akan rasa pedih sedikit. sebab sebelum ni tak pernah pernah berus muka kan? tapi JANGAN LUPA.. BERUS PERLAHAN-LAHAN je.
  4. berus la selama mana yang korang nak. sampai jerawat tercabut pun tak pe. haha.ada ke jerawat tercabut?  
  5. lepas tu, kalo ada Blackhead Remover Acne Pimple Extractor Needle (aku just panggil BRAP je la k?)  ni pun bagus jugak. lepas dah berus muka secara circular movement, ambil BRAP tu dan tarik segala whitehead blackhead redhead korang secara ke atas. guna yang hujung bulat tu tau. bukan yang jarum tu. buat secara ke atas untuk pastikan semua kotoran tu terkeluar.   
  6. basuh dan bersihkan muka dengan air. lepas dah mandi tu, sapukan apa-apa krim muka untuk mengelakkan mengekalan hidung merah pada keesokan hari. jangan lupa tau! kang korang pergi kerja ke kelas ke berhidung merah macam badut pulak. hehe
  7. * sabun muka tu perlu sentiasa diletakkan kat muka sepanjang memberus muka tau. bagi permukaan muka licin.
 

dah habis share pun. pemberus muka tu sangat bagus tau. cubalah nanti... caru jangan tak cari tau pemberus tu. ini adalah cara mudah untuk mengeluarkan blackhead, whitehead, redhead, bluehead dengan cara mudah tanpa  picitan.

untuk senang, korang pergi cari kedai 100% je.. banyak dia jual dengan harga yang gila-gila muraaaahhhh beb!  sape nak, meh aku belikan. RM2.80 je.hahah

4 comments:

zakiah said...

sedih oo.. sem ni dasyat sangat jerawat naik.. habis parut muka :'( camna nak hilan kan parut =.=! hehe

Mi$s NiCkeL=? said...

hi zakiah...kalo dulu risau gak de parut jerawat..nmpk same je ade jerawat kn?

baru2 ni ada guna 1 krim yang jual tepi jalan je...mmg bkesan la..parut jerawat pun dah tak de...

kalo tak silap nama krim tu SPF..
later i konfemkn blk kt u...

Herba An-Nabaat said...

Assalamu'alaikum..

BRAP tu jual kat mana yer?
boleh tolong belikan?

013-3112724

Mi$s NiCkeL=? said...

herba an-nabaat: bnda tu ada jual kt kedai2 aksesori wanita.