APA PERASAAN KAU KALAU KAU TAK KENTUT TAPI ORANG TUDUH KAU KENTUT?

Assalamualaikum dan hi semua!


korang tengah buat apa? aku tengah nak minum susu cap Fernleaf. uols tau tak, semalam aku pergi Pesta Buku kat PWTC dan u know what penat aku berjalan seharian. sampai maktab, aku skip minum susu sehari. pagi tadi aku bangun rasa badan aku penat sangat dan kaki aku lenguh-lenguh. jadi, malam ni aku tak boleh skip minum susu walaupun sekali pun. nanti badan aku rasa penat.

cerita pasal Pesta Buku yang aku pergi semalam [27 April 2011], tu la kali pertama aku pergi pesta buku, kesian kan? dah la first time pergi maktab lain, ni first time jugak pergi pesta buku. bukan apa, tapi kelas aku ni macam kena 'bias' je. asalkan ada program yang berkaitan dengan subjek BM mesti kelas aku tak terpilih walaupun major aku BM. mungkin sebab pemulihan kot. hmph..tapi agak agak la der. adil la sikit.

okay, aku bukan nak cerita pasal pilih kasih ke apa. aku nak cerita pasal pesta buku yang aku pergi semalam. SANGAT SERONOK! sebab...

1. ramai orang. aku suka tengok orang ramai. [sometimes]
2. banyak buku.
3. pergi jalan-jalan
4. tak payah pergi kelas Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

tu la sebab yang menyokong dan memantapkan lagi alasan kenapa Pesta Buku itu seronok! hehe. aku pergi Pesta buku tu aku beli sebuah buku je. Buku panduan solat-solat sunat. aku memang nak cari buku tu dan at last jumpa kat pesta buku. kawan-kawan sekelas aku ada yang hbiskan duit beratus-ratus membeli buku. semangat kan dorang? hehe

dah habis pusing-pusing untuk pusingan yang pertama kat pesta buku tu, aku dengan beberapa orang budak kelas aku pergi jalan-jalan ke The Mall. hehe.

tu la girlfrens i.. yang dua orang kat blkg tu. hehe

ni nak dijadikan satu cerita. serius aku bengang gila.

ada sebuah kedai aksesori kat The Mall tu. aku dengan dua orang kawan perempuan masuk la kedai tu. tengok tengok cuci mata. masa tu aku tengah tengok headband. aku dengan roomate aku memang sebelah je. then serius aku tak perasan ada 1 barang jatuh. memang bapak tak perasan la. pastu aku blah la pergi kat bahagian keychain lak. tiba-tiba kami kena tegur 

" dah jatuhkan barang tak reti nak angkat balik ke?"

aku dengan roomate aku ni terpinga-pinga la. aku pelik la tiba-tiba lak kena sound cam HARAM je. yang salesgirl tu pun dengan emo nya datang dan angkat benda yang jatuh tu. memang nampak la cara dia angkat benda yang jatuh tu menunjukkan dia tengah bengang.

aku pun menjawab la. bukan salah aku. bukan salah kami. 

" eh, tak perasan la,"

bengang aku. dah la time tu aku tengah pegang keychain. ikutkan hati aku nak je sengaja jatuhkan keychain tu dan blah dari kedai. pastu aku terfikir juga yang aku nak laporkan kat bos dia supaya dia kena marah dengan bos dia sebab attack pelanggan lak.

 tapi tak buat pun. dalam hati aku menyumpah je la. GERAM GILA!

Ibarat ::: KALAU KAU TAK KENTUT TAPI ORANG TUDUH KAU KENTUT?:::

mesti geram gila kan? grr!

aku dengan kawan-kawan aku blah dari kedai yang TAK LAKU tu! badmood terus kejap. then hadiahkan diri dengan beli shawl. pastu aku tak badmood dah. hehe.

muka stress selalunya akan menimbulkn jerawat yang luar biasa. T__T

lepas dah puas jalan-jalan kat The Mall tu, aku dengan kawan-kawan aku pun balik ke PWTC untuk usha buku pusingan kedua. sayang pulak kan kalo pergi pesta buku tapi tak bawak balik apa-apa.

sepanjang aku pusing-pusing dalam pesta buku tu kan, salesgirl dan salesboy yang ada terlibat dengan penjualan buku secara pakej mesti ingat aku ni guru yang dah mengajar dan ada yang tanya aku ada anak ke tak. bapak ah! adakah muka mudaku ini sudah kelihatan seperti aku sudah beranak 1? pandai je dorang ni. aku cepuk kang! haha.

okay, tu je yang kongsi hari ni. bui bui ~

minggu depan aku dah mula exam..stress nya..nak balik rumah .tak nak amik exam. boleh tak? tapi nak pointer tinggi..boleh tak? hehe

1 comment:

Aida Azryn said...

meh aida tolong picit jerawat tu. nak?XP