RIANG RAYA PART 4

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5

hai. i'm back again.

harini mood tengah rajin jadi aku nak sambung untuk part 4 pulak.

4 Syawal kami ke Tampin. kat Tampin ada rumah sepupu mak. selalunya bila raya kami memang pergi tampin dan melaka. saja nak berjalan beraya rumah sedara. harini ktorang beraya kat rumah sepupu mak tu je. 

dalam pukul 2 ktorang bertolak dari Seremban. sepanjang perjalanan aku dengar lagu dan tdo. bila bangun tengok-tengok dah sampai.

keluar daripada kereta acap cakap dengan aku,

" tak de la jauh sangat kan?"
" yeke? ntah la. aku tdo dalam kereta tadi,"
" kau memang! itu je aktiviti kau."

HAHAHAHA.

orang tua berborak sampai entah pukul brapa aku pun tak ingat. ktorang pun berborak tapi borak kosong.

orang tua-tua khusyuk berborak
 
 sempat pulak acap tdo kat rumah orang tu. kazen yang lain ada men kad. kad apa entah aku pun tak tau.


bila lama-lama datang beraya kat rumah orang, rasa bosan gila. at last balik jugak ktorang. dan seperti biasa aku tdo dan akan terjaga bila sampai rumah. hehe.

malam tu aku plan dengan kazen untuk pergi main boling kat Seremban Parade. dah lama rasanya tak main boling. main pun dah tak terer. dah berat punggung aku. hahaha. dan lagi satu aku terlupa nak bawak bedak dan menyebabkan tangan aku licin dan yang tu penyebab kurang power tu. hehe

aish!
atur strategi dengan kazen. hehe
bui bui! :)