RIANG RAYA PART 5

PART 1  | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5

hai..

part ni ialah part terakhir aku cerita pasal raya tahun ni. lokasi part 5 adalah beraya di rumah paklong iaitu di Taman Tasik Jaya, Seremban. kiranya malam ni malam terakhir la berkumpul satu family sebab keesokan harinya masing-masing dah nak balik rumah dan asrama masing-masing. 

malam tu rumah paklong ada makan-makan. semua makanan tu dimasak oleh ibu dan acap. ada masakan barat dan juga masakan negeri sembilan. memang seronok bila berkumpul satu keluarga dan makan bersama.


sambil makan sambil tengok karoot komedia ramai-ramai. mak aih... episod raya dia kelaka betul. dulu aku tak suka la pulak tengok cerita tu. bila semua orang kat rumah tu tengok, aku pun terikut-ikut tengok. hehe.


lepas makan, lepak kt bilik acap. bilik kazen aku ni sangat pelik. aku pun tak tau hobi dia yang sebenar. pelik. lain daripada orang lain. bilik dia penuh dengan herba-herba, lilin la n macam-macam la. sebelum ktorang masuk bilik dia pun, dia akan hembus-hembus satu aroma herba yang teramat BUSUK! nak pengsan aku bau. macam bau bangkai tikus setahun. hahahaha.

 lukisan tangan acap. acap sangat pandai melukis dan mewarna tau n sebab tu dia amik interior design

patung yang dijahit sendiri oleh acap. hehe. comel
patung voodoo..
patung comel dari tanah liat tu pun acap buat sendiri. acap ialah yang pakai spec tu la.
gambar ni nampak mcm lucah sedikit. haha. bnda yang kat punggung acap tu ialah ekor kuda. aku no idea kenapa dia nak smpan ekor kuda tu. that's y aku cakap bilik dia pelik.

kemudian, bila dah pukul 11 lebih macamtu, orang-orang tua balik rumah dan aku dengan beberapa orang kazen stay lagi kat rumah paklong. balik lewat sikit sebab nak borak-borak. kerja ktorang ni tak habis-habis berborak. panjang lebar ktorang borak. rasa macam tak ada penghujung. semua ktorang share bersama.

bulat mesej bila nak balik rumah. haha


duduk kat luar rumah sambil makan cheese cake yang acap buat. sambil tu main game bola. ktorang borak sampai la pukul 1 lebih. lepas tu baru acap hanta ktorang balik rumah. :)

eskandar n amim
game bola. aku xtau la permainan ni nama apa  =,='
keesokannya semua pun siap-siap nak balik. family aku nak balik sabah. aku nak balik mktab, kazen nak balik tempat blaja dia kat perak n kiranya semua pun akan sibuk dah lepas ni. tunggu cuti yang akan datang je. tak sabar nak cuti hujung tahun. :)

entri Riang Raya tamat di sini..bui bui! :)

No comments: