mula-mula sekali, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. aku mintak maaf dengan seikhlas hati tanpa dendam kepada sesiapa yang mengenali diri aku yang serba kekurangan dan kurang matang ini. hehe. Semoga raya pada tahun ni lebih baik daripada raya tahun-tahun yang lepas. insyaallah.
walaupun aku berpuasa tak cukup sebulan :P, tapi aku tetap nak beraya dengan riang rianya. hehe. sebenarnya banyak cerita yang aku nak tulis tapi aku selalu malas sebab yelah, bila lepas balik sekolah, penat. bila penat dah malas nak bukak laptop dan menaip.
tahun ni aku beraya kat Seremban,Negeri Sembilan. setiap tahun kami raya bergilir-gilir dengan Kelantan. baiklah, persiapan raya aku rasa sangat penat. penatttt sangat. ada seorang je yang tau betapa penatnya aku sebab aku selalu mengadu kat dia. :3
disebabkan rumah atuk hanya akan berpenghuni bila kami balik seremban, jadi rumah tu kena dibersihkan sebelum family dari sabah balik seremban. hari jumaat lepas, aku dengan bbg bertungkus-lumus kemas rumah tu dengan sebersihnya. pinggan mangkuk yang tak elok dan rasanya tak perlu simpan, kami buang. barang-barang yang tak guna dah, kami jual dekat besi buruk. hehe. seharian tu aku berkemas rumah. penat dia tak payah cerita la. sakit pinggang, kaki, tangan, bahu, belakang. semua sekali sakit.
malam raya pun aku macam sibuk tapi tak adalah sibuk sangat. hanya make sure pinggan mangkuk dikeluarkan daripada almari. malam raya tu aku iron baju 1 family awal-awal untuk elakkn aku rasa malas menggosok baju waktu aku mengantuk.
--------------------------------------------------------------
pagi raya, semua orang pergi solat aidilfitri. aku dengan adik je tinggal rumah sebab tak boleh sembahyang.. jadi, kami dua yang prepare makanan untuk dorang yang pergi solat tu makan nanti. buat kerja cepat-cepat. aku tak suka buat kerja lambat-lambat sebab aku akan penat kalau buat kerja lambat-lambat.
mesej raya memang berlambak aku terima. ada yang aku tak balas. ada yang balas. biasalah, anak dara kena tolong mak kat dapur. so, aku jeling je mesej-mesej yang kawan hanta. thnk you sebab ingat kat aku walaupun ada certain orang aku tak blas mesej dia.
keluarga pertama yang sampai adalah keluarga makcik nora dan seterusnya keluarga makcu. keluarga paklong macam biasa. lambat tiap tahun. hehe. rupanya ramai pulak orang pilih tema warna kelabu. ada la jugak dalam family tadi yang tersama warna baju.
family paklong. ada anak perempuan tunggal |
*semua pun ada posing masing-masing. rasa kelaka pun ada.
ni la mak dan makcik-makcik aku yang kuat shopping. kaki berjalan |
siblings.. kami sangat jarang amik gmba bersama. raya je baru ada chance. hehe |
satu-satunya abg dan adik yang aku ada... :) |
rumah minang |
berjoget di pagi raya. memang tak ada kerja la kan.. haha |
makan makan, ambil gambar, beraya dengan family masing-masing, borak-borak, dan dapat duit raya. stesen pertama untuk claim duit raya ialah famili aku. stesen kedua family makcu, makcik nora stesen ketiga dan paklong stesen terakhir.
raya pertama ni kalo tak de kerja mesti makan.orang-orang tua entah brapa round makan. dalam pukul 4 lebih macam tu kami gerak balik kg padang lebar, rembau. rembau ni ktorang mesti balik raya tiap tahun. rembau ni kampung belah atuk. kat sini la adik beradik arwah atuk berkumpul. benda pertama kami buat bila sampai kg. padang lebar ni ialah lawat kubur arwah atuk, wan n wan bidan tupin.
cium sampul raya amik berkat duit raya daripada papa. hahaha |
dari depan - papa, paklong, pakcik fadli, pakcik azam |
COMPLETE! |
cousins.. mula dari yang tua kat depan sampai muda yang hujung sekali. kami seimbang. sedozen! 6 perempuan 6 lelaki. |
raya pertama ni kalo tak de kerja mesti makan.orang-orang tua entah brapa round makan. dalam pukul 4 lebih macam tu kami gerak balik kg padang lebar, rembau. rembau ni ktorang mesti balik raya tiap tahun. rembau ni kampung belah atuk. kat sini la adik beradik arwah atuk berkumpul. benda pertama kami buat bila sampai kg. padang lebar ni ialah lawat kubur arwah atuk, wan n wan bidan tupin.
kat kg ni kan, aktiviti tiap tahun ktorang mesti buat video seekers. disebabkan kat kawasan rumah yang ktorang datang beraya tu banyak rumah tinggal, jadi ktorang bajet jadi pengacara pastu pergi jelajah rumah tinggalan tu la. pastu mula mengarut-ngarut. hahaha. habis miang-miang badan aku men kat semak kat kg tadi. hehe.
dalam pukul 7 petang baru balik seremban balik. penat sangat. esok sedara mara nak datang rumah. so, mesti sibuk basuh pinggan. aiyooo x_x
apa-apa pun hari raya tahun ni best la jugak. walaupun dah dua tahun raya tanpa atuk, tapi kami sentiasa rasa atuk ada bersama kami setiap masa. hopefully hari raya korang pun best jugak. masing-masing ada cerita raya yang tersendiri jugak kan? :)
p/s: serius segak dengan baju melayu biru tu.. ikhlas dari hati suci bak minyak seri murni. hehe bagi 7/10. potong 3 markah sebab tak pakai songkok. hehe.
bui bui! :)
bui bui! :)