SELAMAT HARI JADI YANG KE-21, DIRI SENDIRI ! ;D


hai.

alhamdulillah..aku dah bergelar gadis yang berumur 21 tahun secara rasmi dan masih belum menukar ic daripada darjah 6 dulu. hehe. walaupun dah 21 dan dah boleh daftar untuk mengundi, tapi aku terasa diri masih keanak-anakan. huhu.

terima kasih kepada mak, papa, babang dan amim sebab masih menyayangi aku dulu, kini dan selamanya. aku sayang keluarga aku. terima kasih sebab selalu ingat birthday ain :) mereka adalah orang-orang penting dalam hidup aku.
raya tahun lepas. aku nampak semacam gumuk pulak
kalau birthday -birthday yang lepas, aku ada cerita aku dapat hadiah handbag la, broadband maxis la, cincin la n etc tapi tahun ni aku dapat hadiah yang sangat bermakna dan paling bermakna. aku dapat keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa menggembirakan aku. :) terima kasih.

btw, bithday tahun ni aku rasa macam special sikit kot sebab ada dua round celebration. serius macam terharu jugak la.

mula-mula aku ke Baskin Robbin untuk beli kek aiskrim. sampai je sana, aku tengok kek yang slices je yang tinggal. jadi, untuk mengelakkan balik maktab dengan tangan kosong, aku pun beli la jugak 3 potong kek. dua potong kek oreo dan sepotong kek perisa strawberry. nyum nyum.
yeye! :D
 balik maktab kena cepat-cepat sebab orang BR cakap dorang tak de dry ice. takut cair pulak kek tu. sampai je bilik terus kelam-kabut panggil jiran kiri kanan untuk get ready untuk sambutan sebab takut kek aiskrim cair. awal tau ktorang buat celebration. masa tu baru pukul 10.30 malam. hahaha.
prepare untuk celebration cepat-cepat
 

prepare kek, unpack makanan, sediakan paper plate tinkerbell yang mmg aku dah beli masa kat sabah dulu lagi, sedia air n at lastttttt.....moment paling penting... AMBIL GAMBAR. hehe.

untuk 1st round, kami makan semuanya western kecuali 1 je makanan. oblong. oblong tu aku beli kat bazar sebab teringin pulak tiba-tiba.
dua potong kek aiskrim oreo utk mewakili 2. sepotong kek aiskrim strawberi utk mawakili perempuan 1. so, ia bmaksud 21. hahaha. nth pape la.. hehe
popcorn caramel almond + popcorn cheese. nyum nyum
donut tapi bukan donut big apple. mybe another donut kot.
makan.makan.makan dan makan. sambil makan sambil borak. sambil makan sambil amik gambar. macam tu la kami. seronok tau hidup kat maktab. malam-malam free je. tak de benda nak buat. hehe.

tak terlepas air cendol satu jug. hahaha
yg pakai tdung hitam tu ialah rumet fik, ateh
akhirnya dalam pukul 11.30 malam habis dah makanan untuk 1st round. aku pun duk ucap terima kasih kat dorang sebab tolong makan. hehe. masa tu blackberry pun sibuk bunyi notification facebook. banyak orang wish. kat mesej blackberry, org mesej wish birthday, kat iphone pun clasmet n kawan wish. sibuk. sampai aku balas mesej-mesej orang terdekat je dulu sebab nak makan.


borak punya borak, dah pukul 12 tengah malam. lagi la orang rancak wish kan. aku ignore je dulu semua wishes tu. then, masa nak keluar bilik, rumet bawak kek. waaaaa....dah la tadi baru habis makan kek, ni makan kek lagi. beruntung sungguh.

kalau 1st round celebration tadi macam makan western sikit kan, 2nd celebration ni kami makan masakan melayu tauuuu.. kat situ ada nasi dagang, nasi ayam, kuih badak berendam dan ayam goreng. nyum nyum. :)
 

malam tu jangan cerita la. kenyang sangattt...rumet aku yang diet pun tak de kawal-kawal makan dah. semua pun melahap habis-habis. hehe. then, rumet bagi hadiah. dia bagi bantal.

nak dijadikan cerita, rumet cerita la masa dia nak beli hadiah tu. disebabkan aku suka babi hijau angry bird, rumet pun cari bantal babi hijau tu. hahaha. masa kat kedai beli hadiah,

"adik, beli la bantal ni angry bird ni. murah je,"
"urm...yang babi hijau ada?"

kakak tu buat ekspresi terkejut. mungkin sebab pakaian rumet aku cam muslimah skit tapi rupa-rupanya cari bantal babi hijau. haha

"erk, saya nak belikan untuk kawan,"
"kawan awk bukan muslin?"
"urm, muslim tapi dia suka babi hijau tu,"

kakak tu speechless lalu cakap babi hijau tak ada. angry bird je ada. hehehe.

apa-apa pun terima kasih untuk hadiah tersebut. tiap tahun, rumet aku memang setia bagi hadiah. hehe.

dan masa tengah makan 2nd round tu kan, rupa-rupanya rumet aku buat video untuk birthday aku. terharunya rasa. MASEH OMOT!

terima kasih yang bagi aku hadiah. walaupun tak banyak tapi aku sangat suka.

thanks napi sebab bagi advance present. dia buatkan aku paper toy dan suruh aku pilih mana satu aku suka.
thanks uwais sebab bagi aku pewangi bilik secara percuma sempena birthday sebab aku dah tolong dia jual semua pewangi dia tu. hehe
thanks kawan babang sebab hadiahkan aku selipar yang sangat selesa.
thanks ira dan fik sebab bagi kad birthday. dah lama tak terima kad birthday. :)
thanks mak sebab mak la hadiah yang paling berharga dalam hidup ain. terlalu banyak hadiah yang mak sediakan untuk ain :'(

ada lagi ke aku tertinggal? kalau ada, sori. aku tak berapa ingat la tu. hehe

sebelum tu, ni ada 1 wish yang adik aku tulis yang aku punya tak tau kenapa aku rasa tacing sangat. padahal bila aku baca balik, wish ni macam biasa je. tapi sensitip pulak aku malam tu. terus menitiskan air mata. hehehe.
serius tacing aku baca. hehe




apa-apa pun thank you untuk semua. muah3.

bui bui! :)

p/s: kepada orang yang tak reti buat suprise kt mesej tu, saya tetap hargai wish dia yang terlalu awal tu. tak nak berebut katanya. hehehe :3