TO UIA GOMBAK WITH LOVE

hai.

berkulat dah pulak blog aku. hihi.

baiklah, disini saya ingin melaporkan cerita hujung minggu lepas di mana aku telah selamat merayap dan merayau-rayau ke UIA Gombak. fuhh, alhamdulillah. hehe.

bersama ayin. kami dua dua ain okay..
at first kan aku berkira-kira jugak nak pergi ke tak. tapi atas urusan yang perlu diselesaikan, aku kuatkan juga kaki untuk ke Gombak seorang diri. cewahh! actually tujuan utama ke Gombak adalah untuk ambil blackberry putih. 

sebenarnya aku plan gerak ke Gombak dalam pukul 2.30 petang. yela, tak pernah sampai sana. tapi kan kau tau je la kalau tido masa tengah puasa. memang extra berat segala-galanya. dan dalam tido aku tu, aku rasa malas je nak pergi. 

dalam pukul 4 petang aku bangun. masih berkira-kira nak pergi ke tak. at last, aku kemas-kemas je pakaian dalam beg galas n bersiap. masa tu memang tak tau sama ada nak pergi ke tak. kol teksi sampai pukul 5 petang. tak dapat. teksi penuh petang-petang tu. rasa nak give up je. kol untuk kali terakhir dan dapat jugak teksi. so, aku kena teruskan niat ke Gombak.

sampai ktm ukm, bapak panjang barisan nak tiket kat mesin. btw, aku tak reti beli tiket kt mesin-mesin tu. touch&go pun tinggal seringgit lagi. mana nak ckup. at last, bila sampai turn aku beli tiket kat mesin, aku mintak lelaki kacak kat belakang aku tolong belikan. HAHAHA. itu satu taktik okay! hahaha

" awak, boleh tolong tak?" sambil tunjuk mesin tiket bila menampakkan aku tersalah tekan butang.

mamat kacak terus mengeluarkan skill kacak untuk tolong aku beli tiket. nampaknya bukan semua lelaki kacak sombong dan perasan bagus. ada juga yang baik hati. hihihi.

dipendekkan cerita, aku sampai kl sentral pada pukul 7.15 petang. masa tu belum bukak puasa lagi. fast food yg ada kat kl sentral tu penuh dengan orang berbaris panjang. aku beli air mineral dan teh bunga. cukup la untuk sementara tu. nanti dah sampai gombak baru aku pulun makanan.

"makcik, awak dah sampai mana dah?" seorang kawan mesej aku sebab dia yang akan jemput aku.

aku duduk kat kerusi sambil tunggu lepas maghrib untuk naik lrt ke Gombak. disebabkan aku minum air je, dan orang sebelah aku tengah syok-syok makan nasi ayam, lagi buat aku lapar. cis! terus aku blah dari situ untuk elakkan perut aku berbunyi. HAHAHA.

dalam pukul 8.45 aku sampai stesen Gombak. Gombak stesen lrt yang terakhir. aku tunggu kawan sampai dia datang. bila dah sampai, aku suruh dia bawa aku pergi makan. LAPARRRRRR!

pukul 9 lebih aku sampai UIA Gombak dan kawan aku tu bawa aku ke kolej kediaman kawan sekolah aku, ayin. masa mula-mula jumpa ayin, Ya Allah, seronok gila. hampir jerit-jerit aku. yela, dah 3 tahun lebih tak jumpa. dulu, kami selalu gurau-gurau. kami sekelas dan dia duduk belakang meja aku. apa-apa mesti bergosip. haha.RINDU SANGAT!

malam tu, panjang lebar kami borak, tukar-tukar cerita, gelak-gelak. aku dah la jarang jumpa kawan sekolah. mungkin sebab tempat belajar dorang jauh-jauh dan aku pun jarang balik sabah.

n masa tengah borak-borak tu, aku dengan ayin decide nak kol ann kat kuantan. ann ni blajar kat UIA Kuantan. aku dengan ayin ingat nak pergi UIA Kuantan tapi ann nak datang kL weekend tu. so, aku dengan ayin kena plan balik.

------------------------------------------------------------------------

esoknya tu, aku dengan ayin tak pergi mana-mana pun. aku ingat nak jalan-jalan sekitar UIA je tapi entah macamana kami boleh terlepas ke KLCC. bila kat klcc, terjumpa ramai orang. antaranya terjumpa abe we n kakak dia n kawan babang. so, why not kami buka puasa sama-sama disebabkan tempat makan kat klcc tu dah penuh.

kat klcc tak beli banyak pun. pergi beli hadiah untuk baby yang nak lawat esok n aku usha selipar sebab kawan abang aku tegur selipar aku. haha.

" ain pakai selipar ni je ke?"

okay, fine aku tau selipar tu dah hampir 3 tahun aku beli. kalau aku pakai wedges nanti lenguh kaki nak jalan jauh-jauh. sebab tu aku pakai selipar flat je. masa tengah usha selipar, ada 1 selipar Guess sangat menarik minat aku. tapi sayang..tak ada saiz aku. susah jugak kalau kaki besa macam gajah ni. haha. akhirnya aku tak beli apa-apa selipar. kita usha tempat lain pulak lain kali.

lepas tu, aku beli cover fon je. comel la pulak. tapi pape msti aku akan pilih pink. apa dah terminat pink ke ni? haish!
tadaaaa! suka nya dengan benda-benda comel cmni! hehe
dalam pukul 9.45 malam, aku dengan ayin balik UIA. penat tapi still seronok. tapi kan...aku tak puas lagi berjalan cuci mata. masa dah sampai, aku dengan ayin jalan-jalan sekitar UIA sambil borak-borak. tak hbis berborak. haha
part yang paling aku suka kat bilik tu ialah cermin gergasi dia. hehe
cmni la keadaan dalam setiap bilik d uia. aku suka sebab macam ada privacy. aku tdo kt compartment yang langsir warna maroon tu and bhagian ayin yang pink sbelah kiri ni

esoknya tu, aku dah nak balik maktab dah dalam pukul 12 tengahari. sedih tapi nanti lain kali boleh jumpa lagi :)
seorang kawan hadiahkan ole-ole dari UK. maceh!
bui bui! :)

No comments: