RIANG RAYA PART 3

PART 1 | PART 2 | PART 3 | PART 4| PART 5
hai.

harini aku akan sambung Riang Raya Part 3. raya part 3 kami pada kali ni adalah di 1Utama. orang lain semua pergi beraya kat rumah sanak saudara tapi kami pergi beraya kat butik-butik. hehehe. lagipun rasa macam dah lama tak jalan-jalan satu family.
kami geng bibiran. haha
pergi KL naik 3 buah kereta.  kereta acik nora 1, kereta bbg 1 dan kereta acap. seperti biasa, aku bersama geng-geng bibiran satu kereta. dan aku seperti biasa, bila naik kereta aku akan tido dan akan terjaga bila dah sampai. hahaha.
aku kena duduk depan sebab dorang kt blkg buas. harus bg chance sleeping beauty tdo kt depan. haha
kat 1Utama ramai orang tp majoriti chinese la. xhabis pusing 1Utama sebab 1Utama sebab terlalu besaaaaarrr... makanan pertama yang kami beli adalah mochi sweets. makanan jepun. mula-mula takut nk beli sebab takut tak halal. tp bila tnya orang yang jual tu n ingredients mochi, so, kami pun beli la. sekadar merasa. tapi sedap! serius!
mochi sweets.
saya sudah beli mochi sweets. anda bila lagi? hehe
kemudian kami menuju ke Candylicious. kat sini kami beli popcorn Garrett yang sedap sangat tu. macam macam perisa. then aku beli aiskrim gelato. campur perisa dark chocolate + cookies. sedap! nyum nyum. kat 1Utama banyak sangat jual makanan yang aku tak pernah makan.




masuk butik Guess.masuk iSetan. semua cuci mata. tak ada yang menarik. then, masa tengah jalan-jalan kat deretan butik kat 1Utama, tiba-tiba kami tertarik untuk tengok seorang perempuan cina yang tengah cukur kening dia dengan gunakan benang. magic. ternganga ktorang tengok dari luar tingkap butik tu. hehe.
masuk untuk try shades Guess.


bila dah bosan jalan-jalan dalam 1Utama tu, ktorang plan nak pergi makan meatball kt IKEA. masa perjalanan nak pergi parking, tiba-tiba mak, makcik nora n makcu stop kt satu tempat mekap. Shizens. orang tu promote mascara yang boleh panjangkan bulu mata dan lip tattoo yang boleh pink kn bibir walaupun cium selama 3 jam. amboihhhh.. haha

saya juga mau di' make over'.  bulu mata kakak tu, adalah bulu mata asli dia. no extension. semua tu dia buat sendiri dengan mascara yg dia pakaikan kat aku
makcu, makcik nora dan mak
sdap memakai. sedap juga membayar. hahaha. swipe kad kredit saje la mama kite utk pbelian 1K. hehe
sejam lebih kot dorang makeover kat shizens tu. aku pun termasuk la tu. hehe. dorang yang laki semua dah masam muka sebab dah lapar. haha. klaka gila.
anak dara sulung juga tidak terlepas dapat shizens okay! boleh guna 4 tahun. haha
at last sampai jugak IKEA. ramai orang. semua pun nak makan meatballs. meatballs dia memang sedap. semua pun makan cepat sebab lapar. hehe.
tak payah cerita. masa ni aku lapar tahap gaban gila!
lepas siap makan, aku dengan geng bibiran pergi showroom. actually haritu aku pergi IKEA dengan bbg n kak eyma. aku berminat sangat nak tengok showroom dia. tapi bbg lak tak bg. so, ni la peluang terbaik untuk tinjau-tinjau n amik gmba kat showroom.
bajet berborak kat ruang tamu rumah ni konon-konon
katil dia sangat lembut!
breakfast dengan pinggan mangkuk
cek peti sejuk mana tau ada makanan. boleh masak
at last, bila dah habis pusing-pusing showroom, kazen-kazen yang len nak pergi IPC. so, aku biarkan dorang pergi IPC n aku pergi cari mak n makcik-makcik aku yang tengah shopping kt IKEA. barang-barang kat IKEA ni simple dan murah. kualiti pun kualiti jgk.

dah habis shopping kt IKEA, kami ke The Curve. sempat shopping 10 helai tudung aidijumma n shopping kat Body Shop. kat body shop aku beli bb cream yang glitter. bb cream dia akan tinggalkn muka berkilau. hehe.
part yang paling best pergi shopping adalah bila bayar guna duit mak. weeeee! heheh
bila dah habis shopping dalam body shop, keluar je dari body shop tu, ktorang terkejut sebab semua kedai dah tutup. rupanya dah pukul 10 malam. ingatkan baru pukul 8 malam. haha
semua pun dah penat tapak kaki. haha

then, ktorang jalan-jalan kat the street kt The Curve sambil tengok orang menyanyi n menari. then, disebabkan malam tu cam sejuk-sejuk, ktorang stop kat theodrama chocolate untuk minum-minum kopi n hot chocolate.

masa ni semua nak menuju ke car park tapi tak jadi bila terdengar orang menyanyi

white latte
bila lepak-lepak cmtu, teringat zaman dulu-dulu. dulu wan dengan atuk selalu bawak ktorang lepak minum malam-malam sambil tengok orang nyanyi.  rindu sangat. pastu kalo tetiba atuk teringin nak makan nasi lemak kL ke, mesti wan bawak ktorang pergi kL. kadang-kadang pergi makan haagen dasz. rindu sangat!

dalam pukul 10 malam ktorang balik rumah. kali ni aku tak tdo. tak tau kenapa pulak.  ada la satu cerita ni. kazen-kazen aku yang duk kat belakang main ambik-ambik gamba dalam kereta. mase kat traffic light sebelah kereta ktorang ada lelaki kacak. pastu kazen-kazen aku duk amik gmba dia. kamera tu ada flash. so, bila terlalu banyak flash, laki kereta sebelah tu pandang ktorang. ktorang dah gelak-gelak dalam kereta. pastu terus dia drive laju gila. hahahaha.
masa untuk duduk diam-diam dalam kereta dan dengar lagu
sampai rumah dalam pukul 12 malam. tapi ktorang sempat lagi borak-borak. esok pagi tu baru kaki aku mula lenguh sebab berjalan seharian semalam. hehe

bui bui! :)