BERBUKA PUASA DENGAN MEREKA


hai. 

walaupun cerita macam dah hampir basi sebab cerita tu berlaku seminggu yang lepas. baiklah, kita mulakan cerita dengan seringkas yang boleh. 

setiap tahun, kelas aku mesti akan buat majlis buka puasa satu kelas.  so, sangat memening dan menyusahkan kepala otak pada siapa yang jadi ketua dan penolong sebab kena survey harga, tempat, urus cmana nk gerak ke sana dan macam-macam dan aku pun tak suka macam tu. hehe. kira macam ada extra job pulak masa bulan ramadhan.

so, setelah berbincang dengan jayanya, majlis buka puasa diadakan pada hari rabu sebab sebelum balik cuti tu jadual memang padat sangat.

clasmet aku ada 21 orang dan hanya 20 orang je yang dapat hadir. yang selebihnya tu cakap dia tak dapat datang atas alasan yang tak dpat dielakkan. okay, layan kan aje. apa boleh buat kan kalau tak dapat datang. tapi kan, apa-apa pun kalau buat majlis buka puasa ke, ambik gambar kelas ke, kelas aku selalu takcukup ahli. menyampah kan? hehehe.

aku, mawa, fik n iqram naik kereta nuar. biasalah, ktorang yang duduk dalam maktab mana ada kenderaan sebab pergi kelas pun jalan kaki je. so, kami keluar maktab pada pukul 6.40 petang. destinasi adalah menuju ke Ana Ikan Bakar Petai. dekat je pulak dengan maktab. biarpun kedai tu dekat tp aku tak pernah makan pun kat situ.

selalunya aku  minum sikit air, solat dan baru makan puas-puas sebab bila aku dah kenyang nanti, aku rasa aku akan jadi malas nak bergerak. so, lepas solat, baru la aku jumpa clasmet yang lain utk sambung buka puasa.

abe we jadi bapak senduk nasi untuk anak-anak. haha
menu dia yang aku ingat ialah tomyam, sotong celup tepung, ikan bakar, ikan masak 3 rasa.. tu je kot rasanya.

sambil makan, sambil borak. malam tu kan aku rasa macam seronok sangat. tak tau kenapa. mungkin sebab rasa macam rapat macam dulu balik kot. sekaran kami macam renggang sikit. mungkin sebab certain dah duduk luar. so, masa untuk spend time bersama dah kurang. kami ada 4 semester lagi untuk bersama. lepas tu, masing-masing akan mula dengan kehidupan baru.
kein
kalau dulu, kami rapat macam satu family. kat situ ada mama, ada umi, ada kakak-kakak tiri, ada auntie, ada daddy, ada abah, ada walid. macam satu kelas tu ada panggilan tersendiri. dannnnnnnn.... dorang panggil aku adik nik. terasa macam adik pulak kan? hehe

dalam pukul 9 malam kami pun balik. walaupun sekejap tapi sangat best bila buat sesuatu benda bersama-sama. :)

rumet
bui bui! :)

No comments: