TO SETIA ALAM WITH LOVE

hai.

im back! :)

harini nak sambung cerita yang rasanya hampir basi. bulan Syawal pun dah tinggalkan kita semua tapi aku masih nak cerita peristiwa di bulan syawal. sori untuk entri yang lambat macam siput bebi.

beberapa weekend yang lepas, aku bersama tiga orang kazen telah ke Setia Alam untuk beraya ke rumah ella. ella adalah girlfren kepada acap dan aku pun tak pernah jumpa in person dengan ella ni. so, harus grab peluang keemasan ini. hehe.

disebabkan pada weekdays sebelum pergi beraya rumah ella ni, aku ada program kat Port Dickson, jadi perut aku dah memang dah reset kalau pukul 7 petang dia mesti akan menangis minta diisi makanan. hehe. so, aku balik seremban dalam pukul 7 petang dan masa tu jugak la kan perut eden ni nak berbunyi. masa tu dah lapar gila lah. kalau boleh nak jadi gorilla cm bulat makan char kuey teow! hahaha

sampai stesen ktm senawang hampir pukul 8. cepat-cepat balik rumah makcu dan tunaikan apa yang patut sambil tunggu kazen bersiap. selepas tu, kami pun menuju ke Setia Alam. 

perjalanan ke rumah ella ambil masa dalam sejam jugak. so, dalam kereta ktorang berborak. dan yang paling penting acap mesti tak ketinggalan cerita pasal korea dia. HAHA. tak habis-habis dengan korea dia. biasa la, baru balik dari Korea. hehe

nak masuk kawasan perumahan ella ni, cerewet sangat. selalunya kalau kita nak masuk kawasan perumahan yang ada security, SELALUNYA LAH tinggalkan ic je kan. ni tak.. tinggalkan lesen memandu dengan ic, nak kol tuan rumah la tanya kenal ke tak pelawat, cek bonet la dan siap hantar guard lagi untuk ikut kereta ktorang. guard tu akan kembali ke pondok guard bila kita dah selamat masuk rumah yang dituju. serius cerewet! dan setiap penjuru kawasan perumahan ada guard jaga. phewww... rasa macam nak langgar je dengan kereta.

at last kami sampai kat rumah ella. expectation aku terhadap ella, dia adalah seorang yang berisi dan tinggi. tapi  rupanya jauh meleset sebab sekurus-kurus aku, dia lagi kurus. dan dia pendek je dari aku. kiranya ella ni kurus dan kecik. hehe.


and satu lagi...dorang boyfren girlfren ni sempoi sangat. tak macam kapel-kapel lain. dorang ni macam bestfren plus dorang ni tak adalah obses sangat cam kapel-kapel lain yang perlu mesej n kol 24jam. n this is SUPERCOOL okay!

rumah dia sangat grand. walaupun besar rumah tu cam rumah aku je kat sabah tapi perabot dan susunan perabot menampakkan rumah tu luas dan mewah! rumah dia tak banyak perabot dan itu yang seronok tu.

masa ni dah pukul 1.30 pagi. langsir rumah pun dah tutup. hehe

ktorang tetamu yang pertama sampai. masa tu dah pukul 10 malam. lewat kan datang beraya rumah orang. hehe. dan selepas beberapa minit duduk lepas ambik makanan, tiba-tiba ramai pulak tetamu datang. 


malam tu mak ella buat soto, nasi impit, kuah kacang, lontong dan ada marshmellow with chocolate fountain. hehe. aku dengan 3 orang kazan tak beria-ia pun makan sebab malu. acap je yang tak tau malu. so, acap je yang tolong amik makanan kat ktorang n ktorang makan! haha.

see...kecik kan mak dia.
aku yang kelaparan dalam ktm tadi terus tak rasa lapar bila segan datang rumah orang. hipokrit kan.. pastu bajet makan sikit. ceh! padahal realitinya perut aku sorang je yang tau betapa aku LAPARRRRR tahap babun dah. HAHA.

dalam pukul 12 malam semua tetamu pun balik dan ktorang je yang tinggal lagi tak balik-balik. ni la kali pertama aku datang beraya kat rumah orang pastu balik lewat malam. ktorang balik pukul 2 pagi. tu pun lepas aku paksa-paksa kazen aku suh balik. kalau tak, mau pukul 5 pagi kazen aku nak beraya.


mak ella ni orang sabah. orang papar. so, apa-apa mesti mak dia cakap sabah dengan aku. hehe.  pastu kan...mak ella ni sporting dan mesra. mak dia suka buat lawak dan mak dia ni kecik je. bila ktorang je tetamu yang tinggal, mak dia ajak karaoke dan poco-poco! gila la..tak pernah dibuat orang. datang beraya rumah orang haruslah sopan dan tatatertib tapi akhirnya terbongkar semua perangai bila mak dia ajak karaoke dan poco-poco.

euwww..tengok sape la yang baju kemeja petak tu..ish ish. teruk!


bukan terbongkar apa..masa tu tak de rasa malu-malu dah nak menari, nak bergelek, nak suara pecah, lari pitching ke apa.  HAHAHA. dah lupa diri pulak yang ktorang ni tengah beraya kat rumah orang. hehe. kazen aku siap bertarian endang lagi tauu.... ish3..


at last, bila dah penat menari dan poco-poco aku pun ajak kazen aku balik. dah mengantuk dah masa tu. mata pun dah merah. sampai rumah makcu dalam pukul 3 pagi jugak la. memang masa dalam kereta aku dah terlelap gila sebab penat sangat. 
sebelum balik harus amik gamba kenangan. hehe

terima kasih ella dan keluarga atas layanan yang sangat seronok!

bui bui! :)