THANK YOU MAMA! ❤

 hai.

harini aku akan fetch mak kat tempat exam. mak habis exam pukul 1.30 petang. dan kami sebenarnya dah lambat untuk hantar dslr kt mak. mak pesan hantar dslr pukul 11.30 pagi dan sekarang dah pukul 12 tengahari. 

drive dengan muka yang serius sebab nak cepat. hahaha
disebabkan lusa adalah krismas, sekitar kk ni jadi jem. especially kat depan 1Borneo dan UMS. urgh! memang patah seribu la kalau dah tersepit dalam jem. tapi tak dela bosan sgt sebab boleh la aku berkaraoke dalam kereta. hehe.

so, bila dah stuck dalam jem, dalam pukul 1.20 petang baru aku sampai kt tempat mak. mak dah bising sebab lambat. okay, sampai je terus pergi snap gambar mak dan kawan-kawan dia sebab lepas ni dah tak jumpa dah sebab dah habis stadi kan. dah tamat degree.

mak dan kawan-kawan dia

lepas habis photoshoot, mak tanya "nak pergi mana lepas ni?" seperti yang telah dirancang, aku nak ke butik Ariani sebab nak beli tudung warna hitam. itu je tujuan aku nak ke Ariani. serius!

ready to Ariani. hehe
tapi rupanya timing ktorang datang butik tu memang tersilap kot ataupun bertuah? aku pun tak tau. Ariani buat BIG SALES la pulak. so, kami bertiga ni TERshopping tudung dengan lahapnya. ceh! TER okay. TER....hahaha

adik aku dah hitam sebab asyik berkawad je

ramai orang dalam butik tu. bila perhati macam ramai orang kaya-kaya je. tengok handbag masing-masing Coach, Gucci, Guess je semua. dan jumpa jugak kenalan mak dalam butik tu. beli tudung Ariani RM700++.. boleh pulak dia pelawa mak beli satu tudung cm dia beli tu. :O mahal sangat la makcik...

aku masih tetapkan iman cari tudung warna hitam. pusing-pusing dalam butik tu, tak jumpa. jumpa tudung warna hitam tapi terlebih mahal la pulak.

bila dah pusing-pusing tu, haaaa...mulalah macam-macam kita belek tudung. kang kejap kang, "eh, lawa la.." "eh, comel la pulak.." "eh, padan pulak.." banyak dugaan wei..

"eh, macam padam pulak dengan muka aku."
ni la hantu tudung. hahaha
tudung dalam butik selalunya disangkut dengan hanger kan, so, tengok lawa je, sangkut tudung tu kat handbag. sampaikan tak sedar, penuh dah handbag dengan tudung yang bersangkut. at last, kakak promoter tu yang tolong pegang tudung-tudung tu semua.

" haa...amik mana yang korang nak. mak bayar.." heaven okayyy..
sebelum bayar, kira balik berapa helai tudung dan saring balik tudung mana yang betul-betul nak. ada la satu tudung warna purple aku terpaksa letak balik sebab aku rasa macam tak perlu kot. 

kakak cashier pun dah pening. nasib lah ada kad ahli Ariani. ada la jugak diskaun 5%. hahaha. dengan member pun nak kedekut. ish

"thnk u, please come again bila ada duit lagi okay".. haha
akhirnyaaaaa...aktiviti "TER" sudah selesai..aku muka puas. tapi macam over la pulak sebab datang butik tu untuk beli sehelai tudung je tapi dah berbelas-belas helai la pulak. insaf kejap.

my mum..my banker..my everything. hehe
balik rumah, aku try tudung 3 round. satu masa kat ruang tamu tingkat bawah. kedua masa dalam bilik sebelum mandi. ketiga sebelum tdo. hepi gila dapat tudung baru. at last, semua pun dapat tudung masing-masing. hehe

alhamdulillah dengan rezeki yang KAU berikan.. alhamdulillah. syukur.. :)

p/s: aku hanya menceritakan kegembiraan aku pada waktu cuti.  :)